.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, January 2, 2012

Tajuk 294 - Confirmed SV saya "Lu fikir lah sendiri !!"

Semasa saya menulis tajuk stail supervision, saya hanya menambah stail ke 8 iaitu "Lu fikirkanlah sendiri". Saya taklah menjangka ada SV yang mempunyai stail supervision tersebut, jika adapun tentunya isolated case. Namun, sebaik sahaja saya pos entry tersebut, saya menerima satu email..... confirmed ada SV yang memang begitu. 



4 bukan 3....... fikirlah sendiri !!


Salam Dr,
Saya baca artikel Dr berkaitan stail SV.... SV saya stail ke 8... "untungnya" saya diberi peluang bentang proposal. SV saya hanya semak pembetulan 2 huruf shj...tiada sebarang komen ttg objektif, persoalan kajian, pernyataan masalah....dia seolah2 mengharapkan penilai2 yang akan menyemak proposal saya...


Sebelum bentang proposal saya ada minta cdgn beberapa pensyarah lain yg ada pengalaman dgn kajian yg saya nak buat. Saya bagitau cdgn n pdgn pensy tu pada SV. Dia kata saya supervisee dia n ikut aje ckp dia. 


Memanglah saya dah lulus proposal tapi dgn "major correction".. saya jd bingung...dia keep on saying....dah lulus proposal kira dah ok lah tu....


Saya sekadar ingin share pengalaman yg membingungkan dan kdg2 menyedihkan n boleh buat hilang semangat.....


Afriani
IPTA


Emmm.... saya tak der komen, sekadar memaklumkan bahawa andalah yang menjadi key player dalam research anda sendiri....tak kira style bagaimanapun SV anda. Inilah nature menjadi calon PhD / Master. Jgn rasa terkilan atau kecewa..... moga anda lebih cepat matang samada dgn minimal supervision ataupun dgn stail2 yang lain. 


Entry saya cuma menyedarkan pembaca terutama calon2 baru yang akan mendaftar bahawa terdapatnya pelbagai style supervision dan ada kemungkinan stail2 ini tidak akan menyebelahi expectation anda... so bersedialah... dan cari ruang perbincangan yg lain sebelum berjumpa dgn SV anda....dan hadiri2 kelas, bengkel dan diskusi spt Doctorate Support Group Facebook.....dan bacalah keseluruhan blog ini bagi membantu anda....supaya anda TIDAK HILANG SEMANGAT malah sentiasa bersemangat!!


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...