.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, January 1, 2012

TAJUK 292 - 4 langkah validate (dan realibility) questionnaire (Bhg 2)

Sambungan Bahagian 2....

Aku sambung balik.... sat tadi shoutmix aku dah expired.... then kena subcribed bro...

Bukan ker free?

Mula2 free ler.... pastu kena bayor ler..... aku ambik yang basic jer.... USD 0.99 sebulan bro... kalau sorang USD0.99.... kalau 2 juta orang yang guna shoutmix.... kaya...kaya... kat Rembau, org jual durian pun tak kaya2...


Ko selalu balik Rembau ker bro.... ?


Selalu gak.... dan selain petik rambutan, aku sempat membonsaikan 4 pasu kemboja cina....nak bawa balik Bangi ler bro.... sebab pokok2 tu terbiar jer kat rumah mak aku ni....


Pokok kemboja cina yang baru aku naikkan akarnya....

Ok...ok... ko sambung ler balik langkah 3....

Emmmm... tarik nafas dulu....

Langkah 3:
Langkah seterusnya adalah utk memantapkan content validity dan menentukan realibility instrument. Pada peringkat ini, qnaire ko dipilot testing kan dan jalankan analisis item discriminant. Ko perlukan sample yang besar, katakan 100 kerana ko akan juga akan jalankan factor analysis. 


Katakan selepas ko analisis item discriminat, ko ambil item dgn discriminant index melebihi 0.4 (ko kena faham teori nilai ni), dgn jangkaan nilai tersebut dapat membezakan antara responden yang setuju dengan yang tidak bersetuju (jika skala Likert ko pasal persetujuan....)

Katakan selepas analisis ini, ko berjaya mengurangkan item kepada 35. Kemudian dari item ini, ko dapatkan nilai alpha chronbach.... hah..... barulah betul caranya....

Langkah 4:
Kemudian jalankan factor analysis bagi mengesahkan bilangan construct yang diukur dalam qnaire ko tu.  Ko bacalah sendiri camner nak jalankan FA - ko perlu mengetahui bahawa item ko tidak violated the assumption of multicollinearity, misalnya. Ko dapatkan scree plot, dan jalankan varimax rotation bagi mengesahkan bilangan factor / construct dalam qnaire ko. Katakan FA sahkan ko ada 3 construct / factor (bukan 5 spt yang mula2 ko buat), dan ko boleh labelkan semula construct qnaire ko sesuai dgn kelompok item yang diwakili oleh setiap factor.

Katakan pada peringkat ini tinggal ko ada 30 item…. mesti yang kaw2 punya.....dan ko boleh run lagi SPSS ko bagi mengetahui nilai cronbach alpha bagi setiap construct / factor dan juga crombach alpha bagi keseluruhan qnaire. Barulah mantap dgn qnaire ko.....

Langkah seterusnya.....he he apa lagi…. bolehlah jalankan kajian sebenar anda !!

Fulamak bro.... ada 4 langkah yang kaw2 bro.... lotehlah macam tu.....ada short cut tak?

Kalau ko loteh.... aku lagi loteh nak menaip dan bagitau ko.... 


He he.... sabar bro....ada lagi tak?


Selalunya student buat FA terus, tanpa buat analisis discriminant. Boleh juga....cuma aku syorkan buat analisis item discriminant tu supaya bila ko run dgn FA samada ko guna CFA atau PFA, ko akan dapat hasil yang lebih clear... dan pasti persembahan ko akan lebih menyerlah semasa viva.... selain dari memberi pengalaman yang berguna utk ko sendiri.....


Ye tak yer jugak.......tapi kalau aku buat short cut.... bina item syok sendiri, tunjuk kat pakar dan run chronbach alpa jer? Kan tu yang selalu student buat..... tak der masalahpun?

Memang ler tak der masalah.... sebab SV dan pemeriksa kata OK.... tapi masa ko viva nanti belum tahu lagi..... Apa yang aku bagi tau ini adalah langkah meningkatkan quality kajian ko berbanding dengan kajian yang lepas2.....sebab tu aku angkat kening jer bila student bandingkan apa2 pun dgn kajian lepas....spt tak tahu apa yang sebenarnya lebih baik...dan kalau ko tak nak buat tak per.... nanti ko jadi SV, ko suruh jer supervisee ko buat lagi short cut .... kalau boleh... ko jadi panel semua qnaire supervisee ko....

Come on bro....jgn ler perli2.... ok...ok...aku akan consult SV aku.... tapi aku setuju gak sebab nak buat PhD mesti betul2 tahu apa yang kita kena buat....apatah lagi jika kita yang bina qnaire tu....atau buat amendment yang major..... baru confident...

Ada langkah2 tambahan utk validate qnaire ni bro....dan check reliability...

Ada lagi..... ?

Misalnya ko boleh check concurrent validity atau predictive vaidity .... supaya memastikan lagi apa yang ko buat selari dgn instrument orang lain yang dah established dan sahkan lagi cronbach alpha ko dengan test retest pulak. 

Mak oii.... aku buat yang 4 langkah tu jer lah......taknak lah tambahan2 tu.... 

Sukati ko ler....  

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...