.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, January 5, 2012

TAJUK 295: ADIDAS dan Penyakit GOOGLEMANIA Pelajar MASTER/PhD (Bhg 2)

Bahagian 2..........


Ada lagi ke bro?


Tadi pasal artikel, ada sikit lagi pasal buku teks pulak....


Kenapa lak?


Skang dah terlalu banyak buku yang nampak macam ilmiah tapi sebenarnya hanyalah rumusan, pendapat atau ringkasan oleh penulis yang memetik sana sikit sini sikit tanpa memberikan sumber merujuk asal khususnya sumber primary. 


Buku teks yg sesuai dirujuk utk thesis adalah sumber secondary yang memetik dan merumus dari research article yang menjadi sumber primary. Contohnya buku2 sebegini banyak diterbitkan oleh penerbit yang established seperti McGraw-Hill Education, SAGE Publication, Oxford University Press, Prentice-Hall, PEARSON EDUCATION, ALLYN and BACON etc. Buku ilmiah terbitan penerbit2 tersohor ini sgt mementingkan kualiti dan setiap statement dlm buku tersebut perlu disertakan rujukan yang teliti dan lengkap.  Ini bermakna, setiap Chapter dalam buku tersebut mesti ada senarai Bibliography... malah sampai ratusan rujukan hanya dalam satu Chapter sahaja.


Salahb satu buku terbitan SAGE Publication


Bagi buku terbitan tempatan, pastikan at least buku yang di keluarkan oleh penerbit IPTA spt Penerbit UPM, UKM dll sebab buku2 ini dihantar dan disemak terlebih dahulu. 


Utk tujuan rujukan dalam thesis, elakkan merujuk kepada penerbitan buku utk bacaan umum wpun tajuknya seperti buku ilmiah. Buku2 ini boleh dibeli dan dibaca bagi mendapatkan idea tetapi bukan utk rujukan peringkat Master dan PhD. Sebab itulah dalam membina course outline di IPTA, rujukan buku2 sebegini tidak disenaraikan atau akan di reject bila disenaraikan.  Malah pihak librarypun akan mengambilkiran aspek ini sebelum membeli buku2 sedemikian. 


Buku2 sebegini mempunyai tajuk pelbagai dan memang sesuai utk bacaan awam.... yang ditulis dgn memetik idea2 dari sumber secondary atau primary dicampur dengan pendapat sendiri..... selalunya ditulis tanpa rujukan ataupun dengan rujukan yang terhad. Ini samalah levelnya dengan majalah ataupun suratkhabar. Buku-buku ini juga tidak direview dgn ketat oleh pakar, malah ada kalanya tanpa sebarang reviewpun.


Biasanya buku2 sebegini dikemukakan secara santai dgn tajuk2 yang kelihatan akademik seperti "Fahami Cara Otak Anda Memproses Maklumat" atau "Teori Motivasi Remaja Yang Wajid Diketahui" atau dihasilkan dengan tajuk yang catchy seperti  "20 soalan POWER tentang PhD" atau " Pelajar PhD yang Cemerlang, Gemilang, Terbilang dan Tak Hilang"  atau "Bahagia dan Tangis Seorang Pelajar PhD"...."Katakan OK kepada PhD"..... hu hu...


Oleh itu, ingat !!! Jgn sebarangan merujuk kepada buku teks, khususnya oleh penerbit buku awam baik tempatan atau luar negara.....jika sekadar ingin memanjangkan senarai bibliografi anda .... asal buku ada kaitan sahaja terus rujuk.... pastikan buku teks tersebut adalah buku akademik yang diterbitkan utk tujuan akdemik kerana telah di melalui proses review oleh pakar, lengkap dgn rujukan .....bukan buku teks utk bacaan umum ! 


Ok..OK aku ingat tu.....


Jadi...bacalah seberapa banyak buku.... tak der hal punya.... belilah apa bukupun.... tak der hal punya...tetapi be selective apabila membuat rujukan sumber secondary utk thesis...sebab thesis ada kualiti yang perlu anda jaga.... sebab thesis adalah contribution anda... bukan orang lain...



OT

1 comment:

  1. Terima kasih Dr OT kerana selalu memberikan tips yang sgt bermanfaat. Btw, tergelak besar sy bila tgk cth tajuk buku 'Pelajar PhD yg Cemerlang,Gemilang dan Tak Hilang'!:D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...