.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, January 28, 2012

TAJUK 303: Cukup ke satu teori satu research?

Hello bro…Wa ucap Selamat Tahun Baru….Tahun Naga maaaa


Tahun naga semangat ko mesti macam naga…. berapi2….


A ah....tengah bersemangat mau buat kajian menguji keberkesanan satu courseware…...wa nak buat computer-assisted mastery learning, computer- assisted cooperative learning and computer-assisted cooperative-mastery learning, CML, CCL dan CCML…..


Wooo…. Banyaknya ko nak buat…….


Tak cukup lagi….. wa nak buat based on Benjamin Bloom dan Thomas Guskey theories+ Mayer multimedia learning.. + theory cooperative learning lagi…..sekarng tgh polish tajuk dgn supervisor.. SV suruh wa cuba tengok scientific thinking…..


Ni baru semangat Naga….. sampai berlaga2 theory yang ko nak buat !! Mana ko dapat semua tu?


Kenapa pulak bro? Wa baca lah sikit dan kutip sana sini….. .


OKlah tu….sebab ko baru nak menulis….. macam org baru kawin……. semuanya OK…


Tak fahamlah bro?


Ialah…… ko baru nak senaraikan apa yang ko nak buat…..theory itu dan ini…. baca sikit sana sini…..senaraikan semua dgn penuh semangat tapi belum buat lagi….. macam baru kahwin…. baru nak senarai apa nak buat….panjang lah senarainya…..  tapi buat  belum lagi….. … 


So salah ker wa tulis tu bro?


Tak salah, tapi biarlah dengan satu kefahaman. Jika student researcher yang novice nak buat research…. Macam ko….. perlukan satu theory yang dasar, asas yang dah established... bukan main jumpa jer semua ko nak kutip. Aku cadangkan ko focus kepada satu theory sahaja spt Meyer Multimedia Theory, sebab dalam tupun dah banyak aspek2 lain dalam theory tu yang ko kena ambil kira dan maybe kaitkan dgn learning theory spt cooperative learning…. Dah memadai utk ko kupas secara mendalam… tapi sebelum tu….


Pedia bro?


Apa dia research gap yang ko nak kaji…? Apa kekurangan yang ko nak study….?  Apa masalah yang ko nak cuba selesaikan?


Wa nak menilai courseware yang wa gunalah ….bagaimana keberkesanannya…..


Apa aspek yang ko nak nilai….?  Kenapa ko nak nilai….?  Apakah gap yang ada sehingga ko nak nilai courseware tu….?


Tu wa tak cari lagi….. wa cari tajuk dan polish tajuk dgn SV wa dulu…..


La.... tak tahu lagi? Abis apsal ko nak polish  tajuk? Sebab tu namanya working title jer…. tak yah nak polish2…. Yang ko nak polish adalah pernyataan masalah ko….supaya berkilat….memancar2 dan supaya jelas dan fokus…. . Then baru ko akan tahu objektif kajian ko…. Dan dari situ ko bina pernyataan masalah yang boleh di kupas berdasarkan  kajian lepas.


Tapi tajuk kan mesti ada….


Yer ler…. Dalam research tajuk boleh “lebih kurang” jer sebab tu sampai vivapun tajuk boleh polish…. Boleh modify…. Boleh ubah lagi….Tapi masalah yang ko nak kaji ko kena sure betul2 clear dari awal…..sebab jika masalah ko tak jelas….meraban jer.... Semua yang ko kaji akan kabur….. dan tak boleh dah nak ubah2 cam tu jer camner ko ubah tajuk…..


Wa nak buat ni masalah wa sendiri lah…. Masalah real pengalaman wa sendiri guna courseware tu…..wa nak nilai courseware tersebut..... tu jer yang wa tahu.....


Ialah.... ko kena pasti dan tahu apa yg ko nak nilai... kenapa.... adakah itu masalah yang membawa ko nak buat kajian tu...... inilah yang ko patut jelas....line mesti clear bro !!


Aisey..... camner tu?


Wa cakap lu….jgn terlalu ghairah sangat nak himpun semua theory...cool dulu.... u mesti fokus pada theory yang paling dominan..... baca dan baca utk kepastian....


Patutlah ada macam2 teori....


Thoery ni sama cam surat khabar gak.... ada surat khabar mainstream ada surat khabar nyamok.....yang tak perlu diambil serius....Masalah pulak jgn buat utk selesaikan masalah yang ko sendiri jer perasan..... tapi lihat dulu perbicangan dan isu dlm artikel terkini....artikel mainstream.... then baru kaitkan dengan isu yang ko hadapi. Maybe ada beberapa isu berbangkit dan ada yang releven dgn apa yang ko nak tahu......nak kaji.....jadi carilah yang boleh direlevenkan dgn masalah ko, mudahlah ko nak sokong pernyataan masalah kajian ko dan bertambah jelaslah apa ko nak buat....


Emmmm…..apsallak…


Ini kerana nature masalah utk thesis perlu bermula dgn isu yang general bukan tertumpu isu yang ko sendiri fikir jer.....supaya lebih mudah ko nak fokus kepada satu teori asas yang mantap then barulah highligh relevannya dengan isu ko sendiri yang ko nak kaji. Ini juga akan memudahkan ko buat rujukan dan generalisasikan finding ko........diakhir kajian ko nanti…..


Faham tak?  Camnilah, sebagai novice researcher, ko sgt perlukan rujukan kajian lepas bagi backing permasalahn kajian ko. Jadi ko kena pastikan masalah ko relevan dengan isu dalam artikel lepas….. yang relevan dengan apa yang ko nak kaji. Yang ini ko kena polish dulu….. bukan tajuk…. ....belum ada kajian kantoi kerana tajuk…. Tapi kantoi kerana problem tak jelas …. research questions tak betul2 menjawab objektif ynag dibina dari masalah yang kabur….banyaklah yang kena resubmittion!


Abis SV wa tak komen pun….


Akupun tak nak komen tentang itu…. Semangat naga pun lama2 akan luntur kalau ko tak jelas apa ko nak buat…. Pantang jumpa nyamuk jer nak sembur api sana sini lama2 letih juga……


Katakan ko nak nilai keberkesanan courseware yg digunakan tu.... berkesan meningkatkan skor ker? berkesan dalam menyampaikan content yang selari dgn keperluan KPM ker? berkesan dari segi apa? 


Ok OK…. Aku focus balik kepada masalah sebenar aku nak buat……


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...