.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, January 9, 2012

Tajuk 298 - Pemilihan artikel: Antara Mengancam dan Terancam !!

Bro..... aku nak tanya pendapat ko lah tentang artikel on-line yang aku jumpa ni.... sebijik dgn tajuk yang aku nak buat...


Ko buat apa?


Samalah dgn tajuk artikel tu...cuma aku punya nak uji model  dgn SEM / AMOS.


Mana dia artikel tu...?


Aku lampirkan secara ringkas sahaja.... artikel ini tak dipublish tapi kuar on-line.... berikut aku ringkaskan jer...


Tujuan kajian:
Kajian ini bertujuan bagi mengkaji variable P dan Q di kalangan pelajar di satu fakulti sebuah IPTA. Kajian ini menggunakan soal selidik mengikut satu kerangka theoretical XYZ (1970an). Sebanyak 40 responden telah dipilih menggunakan persampelan bukan rawak.


Secara ringkas..... 


Dapatan: Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor X adalah faktor utama dalam variable P dan Q dan P dgn nilai purata min bagi faktor ini adalah 3.44….Keputusan kajian juga menunjukkan hanya 30.0 % responden sahaja yang menunjukkan kesepadanan  antara variable P dan Q

Boleh ker aku rujuk utk kajian PhD aku?

Sekali baca.... aku agak ini adalah research atau projek tahun akhir pelajar undergraduate sebab hanya statistik deskriptif sahaja yang digunakan. Sample pula adalah sample bukan rawak dari hanya satu fakulti sahaja. Ini adalah satu contoh artikel on-line yang ko boleh akses dgn mudah dari notebook sambil berbaring dikamar tidur ko...dgn jari tgn tangan kanan menekan keyboard dan jari tangan kiri mendodoi anak.....tetapi ko perlu diteliti tahapnya sebelum ko rujuk. Aku tak boleh bayangkan ko yang dah ada first degree, master dan sedang membuat PhD, merujuk kepada artikel yang sangat-sangat asas..... 


Ko kena ingat....artikel sebegini tidak salah malah ianya satu hasil kerja yang baik dan dapat membantu pengkaji muda yang lain utk membacanya. Cuma kajian sebegini kurang sesuai dirujuk oleh pelajar yang membuat kajian yang lebih mendalam.... khususnya diperingkat PhD.....itu sahaja. 

Emmmm.... ia tak jer juga.....bagilah analogi bro... hehe


Banyak ler analogi ko....ingat aku ni Sasterawan negara ker?


Ala.... bagilah supaya aku faham....

Iskh.....Cam nilah......jangan asal tajuk sama....teori sama.... keywords sama......ko akses google jer ada artikel yang kuar....dalam pdf file pula.....dgn nama penulis......ko terus baca dan cite ....tanpa mengambil kisah dan meneliti tahap analisis artikel yang tersebut.... sama seperti ko sedang membaiki motor ducati 1000 cc (versi 2010) dgn menganalisis manual motor Honda 100 cc .....(versi 1980)....walaupun sekali pandang dua2 motor tu sama2 ada kaler merah....dan ada dua tayar warna hitam....


Ducati .... spesis yang mengancam!

Antik.....spesis yang terancam.... 


Emm.... terliur pulak tengok ducati tu.....nak kena abiskan cepat PhD ni.... boleh sambar satu ducati bro...brommmm...


Jadi bro.... memang maklumat dihujung jari.... dunia tanpa sempadan....langit terbuka....notebook makin murah..... unifi pun dah ada diskaun.... tetapi PLEASE...............pilihlah apa yang ada dihujung jari dan letakkan lah sempadan dalam pemilihan citation bila menulis thesis....


Merujuk apapun artikel on-line  tidak salah cuma ko kena prihatin kesesuaian artikel tersebut dgn kedalaman thesis yang ko sedang jalankan....


Ye ker .... 


Tak cukup dengan analogi... meh aku bagi satu simulasi pulak......


Ni yang aku suka ni... siap simulasi lagi.....


Katakan ada dua artikel berkaitan Creativity and Science Education yang ko nak jalankan ada dalam artikel online iaitu  artikel projek tahun akhir pelajar AA (2009) dari Hong Kong dan thesis pelajar undergraduate BB (2010) dari Labenon...dgn analisis data  percentage dan frekuensi sahaja. 


Ok..ok... then ? 


Then boleh lagi ko tulis... "Model yang diperolehi dari analisis SEM / AMOS dalam kajian ini disokong oleh dapatan kajian AA (2009) bahawa......malah model ini juga selari dengan dapatan kajian ini  BB (2010) yang menunjukkan bahawa......" sedang analisis kajian ko dgn kajian yang ko rujuk tersebut ibarat langit dgn bumi dari aspek analisis data .....wpun teori yang digunakan mungkin ada persamaan.


Wokey bro..... analogi dan simulasi ko menjelaskan segalanyer.... mekaci bro... aku nak layan web ducati sat....he he....


Wokey....


OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...