.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, January 5, 2012

TAJUK 295: ADIDAS dan Penyakit GOOGLEMANIA MASTER/PhD (Bhg 1)

PENYAKIT GOOGLEMANIA Pelajar Master / PhD 

Bahagian 1...


Selamat tahun baru bro….buat per….makin ensem nampak?

Biasa jer…. Tgh kemas bilik…. Lupuskan mana2 tugasan pelajar semester lepas.


Ini ler bilik ku....


Per citer awal2 tahun ni?

Emmm… nak sentuh pasal google….. ada penyakit baru dlm kalangan calon Master / PhD

Penyakit aper bro?

Selain procrastination… yg dah aku bincang…. Satu lagi adalah penyakit googlemania.

Penyakit baru ker?

Bukan baru…. Tapi makin menjadi2 ler…aku baru sedar penyakit tu bila aku semak senarai tugasan mencari bibliography yang pelajar aku hantar….

Aku nak pesanlah.... pelajar Master / PhD WAJIB mengutamakan primer recourses dan leading journal apabila membuat rujukan dari artikel. Mereka WAJIB tahu scopus, ISI index dll….yang menjadi rujukan index kualiti artikle2 tersebut dan kalau tak tahu... tanyalah SV anda...Sumber primer ni hanya di subscribed oleh library.... jadi pergilah library..

Kenapa lak?

Mana mungkin thesis Master / PhD ada kualiti jika hanya merujuk kepada sumber yang juga tidak ketentuan kualitinya walaupun dalam bentuk journal articles... yang di retrieved dari Google. Terlalu banyak article on-line yang bertahap – maaf katalah “pasar malam” yang tidak melalui proses reviewed yang ketat. Samalah anda pergi pasar malam dan beli baju ADIDAS…. Confirmed baju tu tak original dan kualitinya confirmed jauh lebih rendah dari baju ADIDAS di gedung2 francias ADIDAS, walapun corak dan warnanya sama.

Abis nak buat macamana?

Sebab itu aku kata…. dah berbuih mulut aku ni…(pinjam kata2 mak aku bila dia marah aku kecik2 dulu..) , ketahui leading journal dalam bidang kajian ko…. Then pergilah library buat advanced search…. Pelek sungguh ada pelajar Master / PhD dah 2 semester tak pernah pergi library.... dan hanya bergantung kepada Google atau Google Scholar jer.  Semuanya nak Google…. sikit2 Google.... siang malam Google....nak cari gap pun Google.... nat tahu methodpun Google....then keluar jer article yang ada kaitan dari Google, terus rujuk….. tu namanya penyakit Googlemania !




Emmm…

Analoginya bro....kalau nak beli baju ADIDAS yang original… pergilah ke G.S Gill di TAR KL atau nak beli NIKE at least pergilah cari di Al-Ikhsan….. walaupun jauh dari rumah....bukan pergi pasar malam depan rumah ko jer....walaupun baju tu nampak sama ....

Salah ker bro?

Tak salah lah..... kalau sekadar nak pakai.... ko beli borong semuapun tak kisah....tapi kalau nak kualiti tak bolehlah....


Confused lah... kejab boleh kejap tak boleh....


Camni lah….. biar otak Pentium IV aku ni bagi simulasi supaya otak Pentium Duo Core ko tu yang dah lama ko tak run anti-virus faham maksud aku.

He he …. Jgn marah bro… tak ensem lah….

Tak kisah sebab aku memang ensem semula jadi…. katakan ada dua pelajar MASTER si A dan si B:

Pelajar A ada 100 citations, dari jumlah tersebut 60 citation dari sumber primer (3- 5 tahun kebelakangan) dari articles yg diambil dari leading aka established journal, 30 dari buku teks dari publisher juga established dan 10 lagi dll, termasuk artikel yang dah lama tetapi masih relevan utk kajian.

Pelajar B ada 100  citations juga, dari jumlah tersebut hanya 10 sahaja citation dari sumber primer ( 3-5 tahun kebelakangan) dari articles yg di ambil dari leading aka established journal, 40 dari buku teks dari pelbagai publishers yang main ambik jer dan 50 lagi (separuh tu bro..!) dari artikel on-line yang tak diketahui standardnya, hasil Google oleh pelajar B.

Bila examiners belek jer bahagian Bibliography…. dia akan tahu standard thesis pelajar A jauh lebih baik dari pelajar B walaupun dia belum membaca thesis tersebut….

Samalah kalau ko jumpa 2 kawan ko, dua2 pakai baju ADIDAS jersey Harimau Muda yang sama, tak dapat nak bezapun.....satu beli di Wakaf Che Yeh….. (oghe KB jgn maghoh....) satu beli di G.S Gill.  Tanpa perlu ko tanya lebih lanjut…. confirmed yang beli di G.S Gill tu lebih berkualiti….. wpun lebih mahal RM199......dan yang beli di wakaf Che Yeh... rendah kulaiti sesuai dgn harga RM30........


Kalau ko main utk pasukan Malaysia yang berprestage dan berkualiti tinggi.... tentu ko nak pakai yang RM199 kan? Tapi kalau main setakat wakil Kampung Lonek, Kuala Pilah....lawan Kampung Tongah Sri Menanti.... pakai yang harga RM30 pun dah kira dahsyat giler.... boto tak cakap den?


Original ker?
Cuba ko belek harga dan kedainya.... ko akan tahu !!

Betul...betul...betul...

OK.... kita sambung Bahagian 2 pulak....

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...