Hehe.... baby kembar 3?
Saya ingin mengucapkan syukur kerana mendapat baby kembar 3 iaitu.....
Pertama buku saya bertajuk "ASAS PENULISAN TESIS, PENYELIDIKAN DAN STATISTIK" setebal 300 muka surat akhirnya sampai ke tangan Penerbit UPM utk editing sebelum diterbitkan. Ini buku ilmiah.....
Kedua buku "santai" bertajuk "PENULISAN CEPAT TESIS: 200 TIP YANG WAJIB ANDA KETAHUI !" telahpun hampir siap utk dicetak oleh pencetak swasta, kerana ini bukan buka ilmuah.... buku santai.... kalau pegawai DBP baca mesti mereka marah sebab tak guna bahasa yang betul.... Ini adalah koleksi tajuk2 terpilih dalam blog yang telah saya susun mengikut 14 kategori....
Ketiga.. buku "Technology and Education" yang dah siap dicetak....
Juga bonus apabila courseware research saya "Electron-Moving Technique - An approach to learn Organic Mechanism Reaction" telah mendapat approval dari pihak RMC UPM bagi copyright dan trademark dan dalam proses utk mencari pasaran.... kalau boleh jual courseware ni.....macam Mark Zuckerberg, billoinaire facebook tu !!!
Tak mudah juga nak dapat copyright... kena present kat satu committee dgn 3 panel... ada yang bertaraf Prof.....yang kerjanya tanya itu dan ini. Soalan basic...(bahasa santai) apa inovasi ko dan bezanya courseware ko ni dgn yang ada dipasaran? Kenapa ko kata itu satu inovasi.... Cam ner ko nak jual.... ada ker orang nak beli....?
Alhamduliilah..... saya berjaya terkesimakan 3 panel tersebut dan semuanya berjalan dengan baik. Terima kasih kepada RA saya, Elly yang sediakan Powerpoint utk saya bentang.
Buku ini dah siap dicetak tapi saya sendiri belum dapat salinannya masih ditangan penerbit UPM |
Saya ucapkan terima kasih kepada pembaca blog yang sentiasa memberikan keghairahan utk saya terus menulis..... dan juga peserta bengkel yang selalu bertanya soalan yang power2 sehingga memaksa saya menjadi seseorang "pemikir".... ....camner nak jawab soalan2 tersebut....sehingga menjadikan saya "masak" sebelum waktunya.
OT
No comments:
Post a Comment