.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, January 3, 2012

PLKN, GIAT MARA atau Mc Donald ?

Semalam, 3hb Januari 2012 adalah hari sangat bermakna bagi anak2 yang memasuki Tahun 1, Tadika ataupun Tingkatan 1. Bagi lepasan SPM, sebahagian pelajar terpilih utk mengikuti PLKN. Bagi yang tidak terpilih, ada yang mencari pekerjaan sementara di Mc Donald dll.... bagi mengisi masa lapang.


Anak saya, Arif, tidak mendapat tempat di PLKN. Saya telah menghantar borang rayuan, namun tiada apa2 jawapan pun dari pihak berkenaan. Bimbang juga, masa yang terluang tidak diisi dgn aktiviti berfaedah. Saya dalam masa yang sama telah memohon utk menghantar Arif mengikuti kursus Desktop Publishing Artist di GIAT MARA, yang kebetulan berdekatan dengan rumah serta memenuhi minat Arif yang suka sangat melukis dan bermain computer games. 


Jadi saya ingin citer sedikit kursus di GIAT MARA yang setahu saya bukanlah menjadi pilihan ibubapa menghantar anak2 lepasan SPM, sebabnya saya tidak pasti. Saya tahu ada 3 Giat MARA di sekitar Serdang iaitu di Seri Kembangan (Menjahit / Aircond), Bangi (Desktop Publishing Artist / Offset Printing) dan Putrajaya dekat Maidin (Bakery). Saya berpendapat kursus 6 bulan percuma yang ditawarkan dgn elaun RM200 sebulan adalah satu peluang mengisi masa anak2. Anda cuma banyar yuran pendaftaran sekali sahaja, macam juga masuk sekolah.....kursus ini pula berorientasikan 80% praktikal. 


Semasa saya mendaftarkan Arif, saya terkejut melihatkan mesin printing dan komputer APPLE yang canggih utk memberikan kemahiran kepada pelatih (lihat pic di bawah). Saya dimaklumkan ada 20 tempat utk Desktop Publishing Artist dan 20 tempat utk Offset printing, namun masih ada kekosongan lagi wpun ada ribuan pelajar lepasan SPM di sekitar Bangi, Serdang. Tak mungkin semuanya pergi PLKN ataupun bekerja. Malah ada asrama disediakan jika rumah jauh dari GIAT MARA. Apapun, berikut beberapa pic utk dikongsi... biasalah lensa camera hp saya sentiasa bersedia utk merakamkan sesuatu...... he he 


Suasana ketika pendaftaran di GIAT MARA Bangi 
(hampir semuanya adalah pelajar lepasan Tingkatan 5 menunggu keputusan SPM)

Dua kursus yang ditawarkan...

Banner pendaftaran

Saya sempat menjengah ke makmal komputer. 
Komputer Apple large screen utk kursus Desktop Publishing Artist.... Caya lah.....IPTA mana pun tak mampu nak guna APPLE....

Sayapun jeles tengok APPLE..... yang memang POWER
utk tujuan graphic....

Manalah tahu.... ada diantara anda yang baru mengetahui akan GIAT MARA, ambillah kesempatan utk memberi kemahiran bagi anak lepasan Tingkatan 5 yang sedang menunggu SPM. Saya pernah bertanya yuran kursus Desktop Publishing disebuah kolej swasta.... melebihi RM3000 utk 6 bulan.... sama spt yang ditawarkan oleh GIAT MARA yang bukan sahaja percuma, canggih malah diberi elaun RM200 lagi.....cukuplah utk duit minyak keta.... tetapi belanja harian anak2 perlu diberikan utk mereka makan dan minum di foodcourt.



OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...