.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, July 12, 2011

TAJUK 156 - WOW.... ANDA PERLU CUBA DROPBOX !!

Saya memang curious bila ada kawan2 saya di Adelaide tempuhari berkata... dah cuba DROPBOX ? Saya mula2 buat tak kisah, sebab sibuk dengan kerja2 lain.


Hari ini saya mula membaca sejarah dropbox. Ia adalah perisian terkini yang dibangunkan oleh seorang pelajar MIT yang selalu tertinggal thumbdrive dan sering membuat kerja dalam 2, 3 komputer. 


Emmm.... sayapun macam tu juga, ada 3 komputer dan selalu tertinggal thumbdrive... he he. Bila saya buat kerja di desktop, saya pun send kat email sendiri, supaya balik rumah boleh buka email dan teruskan kerja dengan netbook kat rumah pulak.


Inilah routine saya. Anda bagaimana?


Hari ini saya installed dropbox (DB) dalam kedua2 komputer saya notebook dan desktop.... tahu apa berlaku?




Inilah logo dropbox
(www.dropbox.com)


Saya juga tak perlu buka email, hantar atau simpan dalam thumbdrive (ini berita buruk bagi pengeluar thumbdrive). Saya cuma perlu ada DB sahaja !!


Saya masukkan satu folder buku saya (20 files) dari hard-disk saya hanya dengan drag and drop sahaja ke dalam DB komputer notebook saya dan fail tersebut tetiba jer ada dalam drop box komputer desktop saya....wow fantastic !! Kedua2nya terhubung secara automatic online (melalui address email dan password yang saya telah daftarkan sebelumnya). Bila saya delete salah satu fail tersebut dalam desttop saya, fail yang sama juga terdelete dalam notebook saya.... seolah2 saya hanya ada satu komputer yang saya bawa kemana2 !! Tetapi file asal dalam harddisk tetap ada. 


Tetiba jer saya kena pergi obersi... tak bawa komputer dan saya nak buka file dalam DB saya di public computer kat hotel. Abis camnor?
Pergi sahaja ke webpage www.dropbox.com dan log in guna email dan password.... jeng..jeng..jeng.. file ada semua dah ada terbentang didepan mata.... fuhhh !!


Dropbox sgt sesuai jika anda sedang menulis katakan buku / tesis.... supaya anda boleh tulis dari file terkini di mana sahaja, tanpa perlu save dithumbdrive atau send to email. Bukan itu sahaja, file tersebut juga boleh di share dengan DB kawan2 dengan membuat link atau dengan kawan2 yang tiada DB dengan link public.


Anda akan dapat storage free 2GB.... rasanya cukupler jika sekadar tesis dan file pdf  atau document anda. Malah anda boleh simpan ratusan (jika bukan ribuan) gambar. Walaupun thumbdrive dah tak ler mahal sangat, tapi jika rosak dan hilang.... itulah harga yang mahal perlu kita bayar. 


Ini hanya cadangan saya. Jika anda memang sejak dulu dah terbiasa membawa thumbdrive itu dan ini.... dan malas nak ubah2 cara kerja anda.... teruskan jer lah...


Jika satu komputer anda hilang, rosak dsb, anda masih ada backup dalam dropbox komputer yang satu lagi. Jika dua2 hilang, file anda ada di website DB.... sebab tu dipanggil "send to cloud".


Saya juga delete satu file dalam DB, dan record tersebut disimpan dalam webpage DB. Ini bermakna saya boleh recover file tersebut melalui webpage DB....dan file tersebut muncul dalam kedua2 komputer saya.... cayalah !!


Secara ringkasnya saya syorkan anda install DB dan simpan latest file tesis anda. Oleh kerana DB secara automatik menjadi salah satu storage dalam komputer anda, senang anda nak lihat, berbanding jika anda simpan dalam email anda. 


Cuba try test ler......jangan sampai anak kita yang umur 7 tahun kata.... apalah ayah dan mama ni.... gunalah DB bukan thumbdrive !


OT

1 comment:

  1. Dr,

    Saya pun ada dengar ttg Dropbox, cuma kalau kita uploadkan semua bahan2 tesis dlm Dropbox, mcm mana pula isu confidentiality, ada juga rasa tak percaya kot bahan2 tadi diakses oleh Dropbox sendiri, apa pandangan Dr.

    Anyway, saya baru terjumpa dgn blog Dr, tahniah & gembira saya lihat perkongsian & perkembangan kerjaya Dr., kalau saya tak salah Dr adakah bekas pensyarah matrikulasi saya di UPM dulu, ALL THE BEST!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...