.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, July 23, 2011

TAJUK 166 - JGN TULIS LITERATURE REVIEW SELAGI TIADA FOKUS

Ramai yang menulis SOROTAN LITERATUR seperti si celik meraba2 dalam gelap (jgn tafsir lebih2 pulak...) Sebab itu tulis ini tak kena, raba itu tak kena… Jadi saya nak kongsi sikit lagi tips menulis SOROTAN LITERATUR utk anda dengan satu amaran:

Jgn tulis LR selagi jika anda tak tahu FOKUS kajian anda!

Berikut adalah tips sebelum anda boleh menulis SOROTAN LITERATUR yang baik.

Tip 1. Pastikan anda mempunyai sumber bacaan yang relevan.

Tip 2  Bukan sahaja relevan tetapi juga anda perlu mengumpulkan sumber primer (journal artikel) dan sumber sekunder (buku).

Sumber primer spt journal akan memberikan anda SOROTAN LITERATUR yang mengandungi idea asas tentang teori yang melatari kajian anda dan kajian lain yang berkaitan. Teori ini selalunya dibincangkan dengan ringkas sahaja kerana journal artikel lebih mementingkan analisis data dan dapatan kajian.

Jurnal artikel akan memberikan anda kepelbagaian perspektif kajian dari pelbagai penyelidik, tetapi anda perlu fokus kepada apa yang bakal anda kaji. Anda perlu baca dan kupas supaya semua kajian tersebut akan memantapkan kajian anda. Sebagai contoh anda membuat kajian tentang keberkesanan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sains. SOROTAN LITERATUR mungkin antaranya secara kritis boleh ditulis spt dummy berikut:

Keberkesanan persembahan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sains telah menjadi satu persoalan dalam pendidikan sains sejak bermulanya aplikasi multimedia sekitar tahun 1980an. Penyelidik terdahulu (seperti Mat, 1996; Dollah, 2003; Salleh 2005 & Salim 2005) telah mengaitkan pembinaan bahan multimedia dengan persembahan PowerPoint kerana aplikasinya yang mudah bagi penggunaan guru-guru di peringkat sekolah.  John (2009) pula secara khusus telah menegaskan pentingkan bahan multimedia yang dibina menggunakan persembahan PowerPoint mengambilkira aspek kandungan dan kejelasan persembahan, tetapi beliau telah mengabaikan aspek lain seperti psikologi pelajar dalam kajian beliau.

Perkembangan pesat dalam aplikasi multimedia telah membawa kepada perlunya persembahan bahan multimedia mengambilkira aspek psikologi yang lebih khusus seperti kajian yang telah dijalankan oleh Yusof (2009) dan Subahan (2009) yang mengambilkira stail belajar pelajar.  Namun, Othman (2010) telah mencadangkan bahawa pembinaan bahan multimedia bagi pengajaran dan pembelajaran sains bukan sahaja perlu mengambilkira aspek psikologi tetapi perlu juga kepada aspek rekabentuk pengajaran. Aspek psikologi yang sangat luas skopnya dalam pembinaan bahan multimedia telah dirumuskan dengan baik oleh teori pembelajaran multimedia Mayer (lihat Mayer 2008, 2009). Sementara itu, teori rekabentuk pengajaran yang generik seperti ADDIE (lihat Robert 2009) pula bersifat fleksibel untuk mengabungkan kedua-dua aspek psikologi pelajar dengan teori pembelajaran multimedia tersebut bagi menghasilkan bahan multimedia yang lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

Contoh SOROTAN LITERATUR di atas (hanya secara ringkas dan sepintas lalu sahaja) menunjukkan anda telah bersikap kritis dengan mempersoal, mengupas dan menganalisis hasil kajian penyelidik terdahulu. Analisis anda telah menyediakan latar belakang kajian anda secara ringkas.  


Akhirnya anda telah memberi hint dengan membawa pembaca kepada keperluan semasa untuk mengisi gap kajian dengan menggabungkan teori pembelajaran multimedia Mayer serta model rekabentuk pengajaran ADDIE dalam pembinaan bahan multimedia.


INILAH YANG INGIN DIKETAHUI OLEH PEMBACA ANDA. Jangan sampai dah tulis 20 muka surat, pembaca masih tak tahu apa sebenarnya yang anda ingin lakukan dan apakah fokus kajian anda sebaliknya anda hanya meringkaskan kajian2 lepas....

Kejap kau tulis nak kaji ini... kejap kau nak kaji itu...peninglah...apa yang kau nak kaji ni? 

Tip 3. Dengan fokus tersebut, barulah anda boleh dalami pembacaan jurnal artikel dan buku berkaitan teori pembelajaran multimedia Mayer serta model ADDIE sedalam2nya. BARUlah anda tidak membaca apa sahaja bacaan yang ada tajuk multimedia atau meraba dalam gelap.....( he he ) tetapi anda akan menulis dalam terang.!! 


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...