.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, July 12, 2011

TAJUK 154 - EMPAT (4) PERKARA SEBELUM ANALISIS DATA LIKERT / SOALSELIDIK

Saya ingin mencadangkan kepada pelajar yang akan menganalisis data SOAL SELIDIK dengan Likert's scale dan kemudian menganalisis data dengan statistik parametrik seperti t-test, ANOVA atau MANOVA.


Apa yang jelas, data pada skala Likert adalah data ordinal. Jangan lupa ini, atau buat2 lupa. Data ordinal tidak boleh dianalisis dengan ujian statistik parametrik spt t-test, ANOVA dan MANOVA yang hanya memerlukan data interval. Jgn pejam mata dan tanpa sebarang pernyataan dalam tesis terus jer guna analisis parametrik !! 


Abih cam no? Ambil kira 4 perkara ini... at least ...


(1) sebelum buat apa2, anda perlukan rujukan yang menyatakan data ordinal apabila ditransform kepada "summated scale" boleh dianalisis sebagai data interval [lihat Uma Sakaran (2003)] spt mendapatkan min.


(2) pastikan data summated anda normal.. oleh kerana sukar untuk data soal selidik normal...pastikan sample anda > > 30 kerana mengikut central limit theorem, jika data anda >> 30, data anda can be considered tertabur secara normal.


(3) jangan lupa uji assumption bagi setiap analisis seperti Levent's test, homogeneity of variance. linear relationship between DV. Ini anda kena rujuk sendiri dan laksanakan.... anda bukan buat analisis tahun 80an yg tiada SPSS lagi.....tetapi dah masuk millinium baru... SPSS / PASW pun dah version 19 ++ so assumption ini perlu dijalankan....


(4) selepas semua ini dijalankan, baru ler anda analisis data anda .


Apa yang selalu dilakukan, pelajar apabila dapat data terus ke langkah ke 4. Ini maknanya belum pandai berjalan dah nak memanjat.... akhir menjerat diri sendiri.
Dah berbuih mulut den suruh uji assumptions...
tak buat2 gak.....


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...