Biarlah kenangan terus berlalu. Terima kasih kepada isteriku Putri dan anakku Nine yang turut berkongsi pengalaman tersebut dalam kunjungan ke Adelaide kali ini. Hanya gambar-gambar ini saya abadikan pada hari terakhir di Adelaide...moga anak2ku yang lain turut berpeluang mengenali hidup dirantau orang....
Buat Dr. Zaki, Dr. Pudin dan Sdr. Nizam..... teruslah menabur bakti kepada pelajar2 baru yang bakal datang.....
Hari terakhir sangat mengembirakan kerana disambut oleh dua ekor dolphine liar yang mengekori bot yang kami naiki sehingga sempat saya merakamkan beberapa keping gambar kenangan...
Sepasang dolphine liar mengekori rapat bot yang kami naiki...yang jantan mula menunjukkan aksi... |
..dan pasangannya juga tidak ketinggalan menunjukkan diri dengan aksi2 yang lebih menggoda |
Nine berlatar belakangkan laut ke Port Adelaide |
Dalam kabin.....moga berkekalan hingga akhir hayat... |
Laut di Port Adelaide yang biru dan bersih walaupun terdapat banyak kilang.... sehingga dolphine boleh hidup dan bermain2 digigi air.... |
Singgah menziarahi pusara anakanda di AlKholil Mosque, Torrens Road. Semoga berjumpa diakhirat.... |
Dihadapan Fisherman Wharf.... Port Adelaide yang cantik dan sangat bersih... |
Geram dengan camera antik ini.... mencecah ribuan ringgit !! |
Salah satu gerai menjual kamera lama dan antik |
Adelaide dan juga tempat yang ada Mat Salleh, garage sale sebegini memang lumrah. Anak2 banyak pilihan mainan yang murah2... |
Sdr Sayuti yang peramah !! |
Dalam perjalanan balik, singgah di Perth. |
Barang2 antik yang sangat banyak dijual.... |
Kat Happy birthday khas untuk UZMA |
Satu2nya muka melayu di Adelaide Produce Market pada hari tersebut !! |
Tak ketinggalan Nine yang sedang meniru gaya ayahnya, yang secara tak sengaja menjadi seorang blogger..... |
No comments:
Post a Comment