Bagi peserta bengkel yang telah mengikuti bengkel penulisan tesis saya tetapi bukan dari bidang pendidikan atau sains sosial yang mengikuti format penulisan bibliografi APA, anda boleh update sebarang format di atas mukabumi ini seperti IEEE, MHRA footnote atau Harvard yang tiada dalam MSWORD 2007 atau 2010 dengan mengambil (download) dari website “Bibword”.
Saya mengangkat kening sebab tak jumpa pulak format penulisan GAYA UKM atau GAYA UM. Ini bermakna anda yang belajar di UKM, UM masih perlu buat adjustment itu dan ini bagi menyamakan dengan gaya2 tersebut jika anda menggunakan REFERENCES feature dalam MSWORD.Jika anda menggunakan ENDNOTE, lain lah ceritanya.
Saya ambil contoh format IEEE yang tiada dalam REFENCES MSWORD 2007 / 2010. Anda Cuma perlu buka website “Bibword” dan download semua format2 bibliografi yang tiada dalam default REFERENCES (ada sekitar 10 sahaja). Selepas download fail zip tersebut, dalam format .xls. anda, anda unzipkan fail2 tersebut, katakan anda letak atas desktop komputer anda. Then anda pilih IEEE atau apa sahaja format yang anda perlu, then COPY.
Anda then buka program file – MS Office – Office12 – Bibliography – Style. Anda PASTE sahaja file yang anda copy ke dalam folder Style tersebut. Then restart komputer anda dan buka file word – jeng..jeng…jeng mana2 file source code xml yang anda paste tadi akan muncul dalam drop menu style REFERENCES anda !!
Tak abis2 dengan bibliografi...... jgn mimpi bibliografi dah ler.... |
Selamat mencuba dan jangan nakal2.
OT
No comments:
Post a Comment