.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, July 15, 2011

TAJUK 160 - RUJUKAN A.P.A.... MESTI ADA "DOI" - AMENDE TU ?

Saya ingin mengingatkan kawan2 supaya sentiasa merujuk kepada format terbaharu dalam penulisan terutama bagi yang mengikut format APA. 


Terdapat perubahan besar dalam menulis rujukan mengikut APA edisi 6. Saya telah copy and paste dari website berikut  http://flash1r.apa.org/ utk berkongsi dengan anda pembaca yang menulis LR berdasarkan APA versi terbaharu. 




Maaf sebab tulisan dalam jadual di atas kecik... so besarkan biji mata anda.... hah.. macam tu lah !!


Dibawah pula adalah cara menulis Rujukan / Bibliography / References. Format terbaharu memerlukan anda menulis DOI (Digital Object Identifier) dicetak pada artikel dan ianya unik (macam finger print). DOI selalu dicetak dibawah kanan artikel.


DOI adalah bagi artikel yang dicetak secara berkala dan konsisten. Tapi tak semua artikel di cetak dengan DOI. Jika tidak ada, nyatakan website


Contoh rujukan APA bagi artikel dengan DOI:


Wilens, T. E., & Biederman, J. (2006). Alcohol, drugs, and            attention disorder. Journal of ABC, 20, 580-588.
doi:10.1177/0269881105058776



Contoh rujukan APA jika artikel tanpa DOI:


Williams, J. (2008). The victims of crime. Sociology Review, 17(4), 30-32. Retrieved from
http: //www.phillipallan.co.uk

Bagi artikel yang femes, glamer, established dan dah dikenali seperti dibawah publisher spt SAGE, Springer, Elsevier, Taylor and Francis, Wiley, Science direct.... semuanya ada DOI. Jadi bila anda memetik artikel dari publisher tersebut, jangan lupa tuliskan DOI... ATAU anda akan didakwa tidak memiliki atau membaca artikel tersebut, cuma ambil sahaja dari kajian lepas... tak ker haru tu?


Bagi yang sedang menulis tesis, anda tiada pilihan selain mengikut format baru APA edisi 6.....Jangan sampai kena tulis semula nanti....walaupun bertambah lagi beban menulis anda.... 


Jika tak tulis DOI pada rujukan anda...anda akan ADOI !!!..... bila diminta tulis semua....huhu. 

Ello.... wa mahu DODOL yang ada DOI ma...balu oliginal..
Lepas mamam itu DODOL wa mahu DODOI pulak ma...


OT  - Selamat meng "DOI" kan rujukan anda !!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...