.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, July 4, 2011

Tajuk 152 - Komen literature review bengkel di UMS

Saya telah berjanji utk memberi komen kepada tugasan sorotan literatur semasa bengkel. Saya tidak dapat memberi komen satu persatu tetapi hanya menyentuh 3 sampel dan seterusnya memberikan cadangan literature review yang dapat mewakili suara anda. Baca komen dalam bracket dan ##.

Jangan lupa juga "window shopping" (pinjam kata2 Faridah) gambar lawatan saya ke Adelaide.... moga menjadi motivasi buat anda yang sedang belajar untuk segera lulus dan berpeluang present paper ke luar negara.

Berikut adalah komen saya:
Sample 1:
Ramai berpendapat (siapa punya pendapat?) bahawa Fizik merupakan mata pelajaran yang paling sukar dan melibatkan konsep yang abstrak. Namun, pemadanan strategi gaya pembelajaran (maksud) dengan teknologi tertentu (apa yang tertentu) mampu meningkatkan pengalaman pembelajaran murid (Norlidah, 2008) dalam mata pelajaran Fizik, malah penggunaan animasi dalam persekitaran e-pembelajaran untuk mengajar sains (kejab Fizik kejap sains?) menjadi semakin popular.  Kelakuan manusia (maksud?) yang ditunjukkan oleh animasi (maksud) mengujudkan persekitaran pembelajaran mesra pengguna (patutnya mesra pelajar) menjadikan pembelajaran lebih seronok, melibatkan interaksi dan lebih memenuhi pengalaman pembelajaran (Malliga, 2009) pelajar.

## Petikan tidak konsisten dan tidak jelas. Pening saya membacanya kerana setiap ayat tidak koherens dengan ayat yang lain. Bayangkan jika pemeriksa membaca 50 nuka surat, mahu hilang sabar...

Sampel 2:
Sementara Che Soh (2009), melalui kajiannya (jangan selalu highlight kan kajian orang lain sehingga lupa kajian anda sendiri) tentang rekabentuk multimedia untuk siri pembelajaran berkaitan dengan bentuk dan perkembangan sel biologi, memanjangkan penerokaan ilmu pengetahuan dengan membincangkan lebih terperinci kesan dan penilaian penggunaan rekabentuk multimedia dalam aktiviti pembelajaran (ayat ini terlalu panjang, jangan syok sendiri. Be precise !). Pada tahun yang sama, Irfan Naufal, mewadahkan (maksud?) kemampuan teknologi multimedia dalam meneroka, memanipulasi dan berinteraksi dengan objek melalui penggabungan keupayaan 3D dan pembelajaran berasaskan  web (ayat ini walaupun kelihatan canggih tetapi terlalu umum). Penggabungan ini memberi peluang kepada pengguna untuk melihat, meneroka, memanipulasi serta berinteraksi dengan persekitaran bagi memudahkan pengwujudan penemuan baru dalam dunia pendidikan sains (tulis sahaja pendidikan sains, tak perlu “dunia”). 3D dilihat (lebih baik guna "3D berpotensi" bukan lihat !) sebagai salah satu alat pembelajaran yang terbaik dan berkesan kerana melibatkan pengalaman pengguna itu sendiri (elakkan guna “itu sediri”…. anda bukan nak berceramah) apabila berpeluang untuk melihat (lihat apa?), meneroka, berinteraksi dan memanipulasi persekitaran melalui komputer.
## Baca dan amati ayat yang kawan anda buat ini – kabur !!

Sampel 3:
The use of animation has been gaining popularity due to the boundless instructional benefits afforded to the learners. Malliga (2009) sees the benefits of animation as creating a positive learning environment thereby providing learners with an enjoyable and fulfilling experience.  Work by Che Soh (2009) on designing multimedia courseware for teaching Biology as well as Irfan Naudal (2009) in 3D virtual environment technology in tertiary science education suggested that the potentials of technology in education are vast.  
## Petikan di atas masih meletakkan keutamaan kerja orang lain dalam sorotan literatur 

Komen umum:
Anda masih menulis dengan merujuk dan "menjeling manja" kepada petikan asal. Anda patut ambil idea dari petikan itu sahaja supaya tulisan anda akan lancar dalam konteks kajian anda, bukan kajian orang lain. 
Selagi anda masih takut2 dan mengamalkan cara penulisan anda di atas, selagi itu lir review anda sukar menepati ciri 3 C !!

Berikut adalah cadangan saya bagaimana LR sepatutnya ditulis, bagi mengenengah idea anda, suara anda, kredibiliti anda hasil dari bacaan secara kritis artikel terdahulu.

Cadangan LR
Penggunaan bahan pengajaran multimedia telah menjadi satu keperluan dalam pendidikan sains. Bagi memastikan keberkesanannya dalam pengajaran, bahan pengajaran multimedia dalam kajian ini telah dibangunkan berasaskan model ADDIE.

Langkah pertama Model ADDIE adalah menganalisis keperluan pelajar. Satu keperluan yang perlu diambilkira adalah stail belajar pelajar yang pelbagai. Pembinaan bahan pengajaran multimedia yang menepati kepelbagaian stail belajar yang pelbagai berpotensi mengoptimumkan keberkesanan pengajaran (citation) sains kepada pelajar. 

Peringkat kedua model ADDIE adalah membangunkan bahan pengajaran multimedia dalam persekitaran 3D.  Persekitaran 3D dapat membantu pelajar menvisualkan konsep-konsep sains yang sukar dan abstrak. Pengajaran sains yang banyak melibatkan konsep-konsep yang abstrak dan sukar difahami (citation) seperti konsep atom memerlukan persekitaran 3D bagi membolehkan konsep-konsp tersebut disimulasikan secara visual realiti. Simulasi 3D mengikut (citation) berupaya memberi makna kepada sesuatu idea baru yang sedang dipelajari kerana simulasi boleh jadi penghubung pengetahuan sedia ada pelajar dengan idea baru tersebut. Pemilihan simulasi 3D juga bertepatan dengan Mayer (2006) yang menegaskan bahawa pelajar akan dapat memahami sesuatu idea dengan lebih baik dari persembahan bahan pengajaran dengan visual berbanding dengan perkataan semata-mata.

Seterusnya peringkat ketiga Model ADDIE adalah peringkat mereka bentuk bahan pengajaran multimedia secara interaktif. Ciri interaktif seperti penerimaan maklum balas dari bahan pengajaran adalah salah satu ciri penting yang dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan (citation) dalam mempelajari konsep-konsep sains yang sukar dan abstrak.  Bukan itu sahaja, ciri interaktif berupaya membuatkan pelajar teruja apabila mendapat maklum balas dari  aktiviti pengajaran dan sekali gus meningkatkan motivasi dan tumpuan pelajar (citation) sepanjang berlansungnya aktiviti pengajaran. 


[ Perhatikan bahawa petikan di atas seperti anda yang "lead" pembaca untuk mengetahui apa dan kenapa anda memilih ciri bagi membina bahan pengajaran multimedia kajian anda. Anda tidak memilih ciri tersebut kerana kajian orang lain.  Anda memilih ciri bahan pengajaran multimedia dengan disokong oleh kajian John (2006) dll BUKAN kerana hasil kajian John (2006) dll ! Oleh itu kurangkan menulis "Mengikut kajian John (2006) bahawa" atau "John (2006) revealed that..." dll sebab ada berkemungkinan kajian yang dilakukan tidak comprehensive. Cara menulis begini seperti anda hanya meringkaskan kajian terdahulu... tanpa suara dan kredibility anda terserlah dalam penulisan anda.....KECUALI dari seseorang yang sudah dikenali pakar. Dalam petikan di atas, saya gunakan "Mayer (2006) yang menegaskan ..." kerana beliau sudah terkenal dalam teori pembelajaran multimedia dan sifu dalam bidang tersebut]


OT
Salah satu animasi yang saya present di ASERA sehingga mendapat "best presentation" untuk hari kedua conferens 



1 comment:

  1. tips yang sangat membantu. terima kasih Dr. saya selalu menghadapi masalah membuat ayat yang precise. selalu ayat menjadi berjela2. dengan harapan thesis menjadi tebal. :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...