Saya datang dari pagi, agak slow sebab tiada kenalan lagi. Namun paling terharu apabila saya membentangkan prototaip kajian saya, tiba2 seorang peserta terus bangun dan berkata "This is the best presentation for the second day...." diikuti dengan beberapa peserta yang lain. Nampatnya mat salleh tak malu2 beri appreciation kepada animation yang saya demonstrated. Mereka juga meminta untuk bergambar dengan saya.... tak pernah berlaku dalam sejarah saya present paper selama inipun. Seorang peserta dari Africa telah offer untuk membeli prototaip tersebut, namun ianya milik research group saya. Salah seorang peserta mencadangkan saya menukar nama prototaip tersebut kepada THE EXPLICIT ANIMATION APPROACH (EAA). Perkataan SIMPLE perlu dibuang kerana animation saya menjelaskan konsep yang sukar dengan explicit !!
Balik dari conference, saya bersiap untuk satu majlis dengan keluarga post-graduate di Adelaide dirumah sdr Nizam. Malam esok saya dapat jemputan dinner dirumah Dr. Zaki pula. Syukurlah, saya dilayan dengan baik oleh rakan2 disini. Malam ahad pula, saya akan kendalikan bengkel untuk pelajar PhD dan Master.... masa untuk membalas jasa mereka.
Berikut beberapa pic utk dikongsi bersama:
Di sinilah saya menginap |
Peserta tunggal dari Malaysia |
Suasana di conference, seorangpun saya tak kenal !! |
Sebahagian bangunan UNISA City Campus tempat conference |
Sebahagaian peserta, semuanya sporting |
Ruang santai UNISA, lengang kerana students di sinipun cuti |
Bilik yang selesa memudahkan saya membuat pembentangan. Santai sungguh dan tak ada byk protokol (songel) spt di Malaysia |
Bersama Prof David Treagust, sifu chemistry education yang juga bekas external examiner thesis saya. |
Peserta International yang berminat dengan prototaip saya !! |
Bersama Dr. Kamarul (UIA) - sekali bercakap, susah nak berhenti !! |
Bersama Dr. Pudin, otai di Adelaide yang sentiasa ceria... (Mu tok ingak nok kelik klate ko?) |
Nine.... makin manja dan mengada-ngada |
Pelajar Malaysia di Adelaide |
Perjumpaan suami isteri santai di rumah Nizam.... makan nasi lomak dan pengat durian cicah roti....bila sejuk semua kelaparan.... |
No comments:
Post a Comment