.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, July 15, 2011

TAJUK 161 - MENULIS PERNYATAAN "GAP" KAJIAN ANDA !

Bertuah pelajar la ni, semuanya ada depan mata. Ada articles online, discussion group, fb support, email.... dan nak tulispun dah ada dropbox ! Yang nak dengar coloteh pun ada... dengan mengikuti bengkel.... tahu apa itu heading, subheading, caption, SPSS dll. Dulu semuanya kena buat "try-and-error".


Bila disuruh oleh SV utk menyatakan "gap" dalam kajian master saya, khususnya dalam research statement, saya kebingungan. Nak buat lagu mano? Mana saya ada belajar hok tu mase kat degree. 


Final year saya masuk makmal kimia dengan tujuan yang jelas.... nak tentukan kualiti air sungai, mana ader gap sebab tesis saya berkaitan water quality. Ukur pH, BOD, COD dll guna alat.... intepret data.... done !! 


Jadi bila SV saya suruh nyatakan gap kajian, saya tak der pilihan, selain menggunakan "try-and error" approach. Nak tanya kawan2... semua pakat2 tak tahu jugok!


Apapun, setelah mengharungi semuanya itu, saya ingin lah berkongsi sedikit panduan kepada kawan2 semua, penulisan yang dikatakan dapat menggambarkan "gap" yang dimaksudkan, khususnya dalam research statement. Oleh kerana kajian dalam sains sosial sangat luas, saya hanya memberikan contoh-contoh ayat yang menyatakan "gap" kajian (bahagian yang bergaris). Ayat2 tersebut perlulah dihuraikan lagi......dengan memberi argument mengapa kajian tersebut penting dengan menjawab - kerana....



1. Teori A telah  menguji tiga faktor dalam…. (Brown, 2009).  Walau
     bagaimanapun terdapat satu lagi faktor yang perlu diuji
     keberkesanannya iaitu ….. kerana faktor ini ....

2. Aplikasi teori A (Brown, 2009) tidak dapat menerangkan penyelesaikan kepada masalah tersebut secara menyeluruh kerana perlaksanaannya terbatas kepada satu kumpulan pelajar cemerlang sahaja. Dengan ini, teori A perlu diuji kepada pelajar bermasalah pembelajaran pula kerana kumpulan ini adalah kumpulan pelajar yang mewakili peratusan tertinggi di....

3.  Walaupun terdapat kajian lepas seperti Red (2001),  Brown (2003) dan Yelow (2010) menguji teori A, namun kajian-kajian tersebut dijalankan secara berasingan dan dalam konteks yang berbeza. Oleh itu satu kajian yang komprehensif perlulah dijalankan bagi menjawab permasalahan berkaitan dengan….kerana...

4. Kajian lepas seperti Red (2001),  Brown (2003) dan Yelow (2010) telah mengkaji aspek jantina dan SES responden,  namun tiada satu kajianpun yang telah mengkaji aspek IQ bagi menjelaskan mengapa......Aspek IQ perlu dikaji kerana......

5. Kajian terdahulu seperti Red (2001),  Brown (2003) dan Yelow (2010) hanya membuat andaian bahawa……Oleh itu, satu kajian perlulah dijalankan bagi menjelaskan faktor disebalik fenomena / gejala….kerana.....


demi KERANA mata yang mempunyai kuasa...
oo...aku tergoda aku tergoda terpesona
demi KERANA mata.....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...