.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, July 13, 2011

TAJUK 158: LITERATURE REVIEW - DUA (2) CARA KUPASAN KAJIAN LEPAS

Saya ingin menulis sesuatu yang saya sendiri tak pernah baca. Saya ingin menulis sesuatu yang berlegar2 diminda saya. Saya ingin menulis sesuatu yang dulu (semasa membuat tesis) menghantui saya. 

Semua siswazah pening nak siapkan lietarure review...Saya tahu sebab kawan2 Mat Salleh masa belajar dulupun bersungut juga
 (Pic: Saya di University of Reading, England)


Kalau perkara ini pernah menghantui saya, agaknya hal yang sama juga menghantui anda sekarang. Mendapatkan artikel tidak menjadi masalah lagi....cuma nak menulisnya sahaja yang macam susah jer....

Persoalan yang dulu menghantui saya adalah:

- Bagaimana nak tulis sorotan literatur
- Apa isi sorotan literatur?
- Bila nak kritik secara mendalam dan bila nak sekadar cite sahaja kajian lepas?


Setelah mengendalikan beberapa bengkel sorotan literatur, saya cuba membuat satu kesimpulan umum terhadap isi sorotan literature, dan cara kita menulis citation serta kupasan kajian lepas. Semua perkara ini tidak tercatat dalam mana2 buku….. ianya adalah catatan pengalaman seorang yang bernama OT.... ceewaah !

Saya simpulkan terdapat 5 aspek penulisan sorotan literatur dari pengamatan saya yang WAJIB ada iaitu:

5 aspek sorotan literatur:
(1) sejarah perkembangan / latarbelakang / epistemology berkaitan kajian anda
(2) perbincangan berkaitan teori / konsep / variabel yang relevan yang mendasari kajian anda termasuk kerangka teoritikal
(3) perbincangan kritis kajian lepas dalam bidang berkaitan
(4) sorotan perkembangan terkini (jika boleh 5 tahun kebelakangan) berkaitan kajian yang melibatkan perbahasan / isu / persoalan / terminology baru yang timbul
(5) bagaimana kajian anda mengisi ruang (gap) dari perkembangan terkini tersebut.

Aspek (1) dan (2) mendominasi separuh daripada sorotan literatur anda, bermula di awal bab, manakala separuh lagi dari pertengahan hingga akhir bab adalah aspek (3)-(5).

Sebelum itu, saya senaraikan semula 5 cara citation yang berbeza … sila baca semula Tajuk 155 blog ini (utk kupasan lanjut), iaitu:

5 cara citation:
(i)   Black (2009) and Clark (2008) stressed that boys are better than girls in creativity.
(ii)  Previous studies (e.g. Black, 2009; Clark, 2008) revealed that boys are better than girls in creativity. The methodology used in these studies….
(iii) Boys are better than girls in term of creativity (Black, 2009; Clark, 2008) when asked to produce creative products.
(iv) Previous studies revealed that boys are better than girls (see Black, 2009; Clark, 2008) in creativity. In these studies,  the sampling techniques…
(v)  Previous studies revealed that boys are better than girls in creativity (Black, 2009; Clark, 2008)

Berikut adalah ringkasan saya saya ingin sampaikan:

Pertama:
Ingat, secara umumnya anda boleh gunakan kesemua 5 cara citation (i) - (v) di seluruh sorotan literature..... cuma....

Kedua:
Bagi aspek (1) dan (2) dalam penulisan sorotan literature, suara anda perlu dominant bagi menunjukkan dalamnya pembacaan dan pengetahuan anda terhadap sejarah perkembangan dan latar belakang kajian anda, maka cara citation (i), (iii) dan (v) perlulah dominant.  Kajian2 lepas wpun di cite, tetapi tidak perlulah dikupas secara mendalam dari aspek methodology, sampling atau analisis data. 


Anda cuma perlu cite nama dan idea author sahaja.  Hanya aspek teori dan variabel sahaja yang perlu dikupas secara mendalam dan kritis kerana anda perlu membina kerangka konseptual dan kerangka teoritikal dari kupasan tersebut.

Ketiga:
Bagi aspek (3), (4) dan (5) dalam penulisan sorotan literature, kupasan kritis terhadap kajian lepas (esp. 5 tahun kebelakangan) perlulah dominant, maka cara citation (ii) dan (iv) perlu dominant. Ini diikuti dengan kupasan lebih mendalam terhadap kajian lepas (bukan sekadar cite nama dan idea author sahaja) dari aspek methodology, rekabentuk, sampling, analisis data bagi menonjolkan mengapa kajian anda mampu mengisi gap dengan methodology, rekabentuk, sampling, analisis data yang anda pilih. 


Kupasan kritis anda perlu menjurus kearah menunjukkan kelebihan kajian anda (atau paling kurang setara) berbanding kajian lepas.

Cukuplah dulu.....

Bagi peserta bengkel, saya akan kupas secara lebih lanjut dalam bengkel2 saya..... mudah2an kita kita dapat berkongsi ilmu dan menlahirkan siswazah penyelidik yang tahu arah dan halatuju dalam penulisan literature review.

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...