Soalan:
salam,encik sy student yg tgh buat research on intervention pgram which is pre n post study nak tnya test mana yg sesuai utk sy test dua group (1.control group n 2.intervention group).sy confius sb each group ad pre n post data.cmne sy nk combine kan data2 2group ni.hopefuly encik bley share,sb sy betul2 lemah dgn spss ni.tq =)
Anonymous
Respon:
Macamana boleh konfius.... memanglah ada dua data pre dan post untuk uji keberkesanan intervention tersebut. Katakan kumpulan A dan B. Lazimnya anda perlu:
Uji kenormalan data dahulu. Jika tak normal, guna ujian non-parametrik. Jika normal....lakukan ujian berikut:
Bandingkan skor ujian pre test A vs B dgn t-test independent sample bagi memastikan kedua2 kumpulan adalah setara. Jangan lupa Levene's test utk pastikan kedua2 kumpulan juga homogen.
Then bandingkan skor pre dan post masing2 kumpulan (A pre vs A post dan B pre vs B post) dengan t-test dependent sample untuk tahu samada berlaku peningkatan skor dari pre ke post yang signifikan. Tak perlu Levene's test sebab ada lakukan repeated measurement.
Akhirnya bandingkan post antara kedua2 kumpulan (A post vs B post) dgn t-test independent sample untuk mengetahui samada skor post berbeza - bukti berlakunya peningkatan skor salah satu kumpulan. Perlukan Levene's test juga.
Lain2 ujian statistik bergantung kepada research question kajian u.....
Tq kerana bertanya....
OT
No comments:
Post a Comment