.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Saturday, July 16, 2011

TAJUK 162 - Hi DROPBOXERS !! Aplikasi Share File dan Folder dalam Dropbox - Security ?

Saya seperti terasa bahawa DB akan menjadi satu fenomena baru dalam kalangan siswazah, sama seperti FB dan Twitter. Sapa yang tak ada FB, atau tak tahu FB, maybe boleh diibaratkan sebagai (lebih kurang....) ketinggalan zaman.


Oleh itu, saya terus mencuba aplikasi dropbox (DB), sambungan kepada entry saya sebelum ini. 


(Dalam hati.....kalaulah aku bukukan semua entry drotspss.... dah boleh jadi tesis gamaknya...)


Katakan saya ada satu file, saya ingin kongsikan secara public kepada pelajar saya. Sayapun select file dalam DB, katakan file bernama dummy_db dan drag-and-drop kedalam folder Public.


Pada folder Public tersebut saya klik kanan, klik DB dan klik copy to public link. Then buka mana2 search engine katakan google dan saya paste kan pada ruang alamat (yang selalu kita taip http://www tu lah). Secara automatik satu alamat telah wujud sendiri. Dalam kes saya, alamatnya adalah:


 http://dl.dropbox.com/u/34664906/dummy_db.docx


Cuba anda klik link di atas, anda akan dapat file tersebut.... wpun anda tiada DB!! Maka saya boleh bagi alamat tersebut dan semua pelajar saya ada link dan boleh access file tersebut !!


Aplikasi seterusnya adalah shared folder dengan individu tertentu sahaja. Saya buka satu folder, katakan namanya folder Shared, dengan beberapa file didalamnya. Dengan cara yang sama, pada folder tersebut, klik kanan, klik DB dan klik share this folder.


Akan keluar borang utk saya isi alamat email individu (boleh lebih dari seorang), yang akan share folder tersebut. Hanya individu yang alamat emailnya saya tulis akan menerima folder tersebut.


Saya dah set satu fail utk share dengan wife. Maka wife akan terima email dari DB dgn message seperti berikut:


Hi Putri Norishah,
Othman Talib has invited you to a Dropbox shared folder called "shared folder", and left you this message:
"folder ini utk kita share"
View shared folder




Maka wife bolehlah klik View share folder dan dapatkan apa2 file. Jika wife edit apa2 file dalam folder tu, saya juga akan dapat yang updated.... sempoikan !


Keselamatan file? 




Sudah tentu pihak DB telah terlebih dahulu memikirkan soal ini. Maklumat dari website DB menyatakan bahawa DB menggunakan ciri keselamatan Secure Sockets Layer (SSL) dan AES-256 bit encryption, yang juga tahan dari serangan hackers. File dan folder juga hanya boleh dilihat oleh mereka yang ada link sahaja. File juga tidak boleh di browse oleh search engine. 


Mana pulak numbor dropbox ni....
nak tanya pasal security data ni...


Itu dah kira selamat ler tu....

Ringkasnya, jika anda ingin tahu secara lebih detail, layarilah sendiri website DB.... baca-bacalah dan selamat mencuba !!


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...