.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, February 6, 2013

Bengkel Penulisan di KUIM Melaka

Bengkel hari ini telah membawa aku ke KUIM, buat kali pertamanya. Tahniah kepada KUIM yang berjaya mengumpulkan staff yang sedang dan akan menjalankan research dan menyambung pelajaran peringkat master dan PhD.

Terima kasih kepada En Zamri yang peramah dan Puan Suhaila yang menjadi orang kuat menjayakan bengkel kali ini.

Inilah perjalanan bengkel ..... sampai nak hilang suara saya namun saya bangga dengan semangat peserta bengkel dari yang muda kepada orang yang berpengalaman...


KUIM aku datang....

Inilah KUIM di Kuala Sungai Baru.....





























Tuesday, February 5, 2013

Tajuk 440: Selepas Dropbox kini Google Drive pula !!

Saya telah memperkenalkan Dropbox 2 tahun lepas, dan kini hampir semua komputer post graduate ada dropbox. Kejadian kehilangan thumbdrive dan kerosakkan laptop bukan lagi satu yang membimbangkan dengan adanya Dropbox. Dengan berbekalkan 2GB storage percuma, Dropbox menjadi cepat popular. 

Setelah 2 tahun.... kini Google sejak pertengahan tahun 2012 telah melancarkan Google Drive, satu lagi berita baik. Google Drive telah menyediakan storage PERCUMA ...5 GB menjadikan syn-cloud storage anda 7 GB !!

Saya percaya sudah ada yang menggunakan kedua2nya ....inilah logo yang Google Drive !!




Perhatikan komputer saya yang menunjukkan kedua2 storage tersebut bersedia untuk digunakan serentak. Jadi saya boleh simpan dalam Dropbox mahupun Google Drive...




Jangan bimbang, anda boleh install Google Drive dengan klik disini: Google Drive

Semoga tugas menyiap thesis anda akan menjadi semakin lancar....

OT

Monday, February 4, 2013

Tajuk 439: 5 sebab SV berterima kasih kpd supervisee...

Musim PRU13 semakin ketara. Berita di TV LCD tidak boleh lagi menyembunyikan kedatangan PRU13. Banyak wang  diberikan kepada penduduk disana sini. Penduduk kemudiannya berterima kasih kerana kerajaan sangat bermurah hati. Jarang pulak kita terdengar kerajaan berterima kasih kerana mendapat wang dari rakyat.

Saya terfikir suatu ketika berada di rantau orang. Penduduk disana  menggunakan istilah "taxpayers money". Jadi apa yang difahami di sana adalah kerajaan mengagih-agihkan duit rakyat yang menjadi pembayar cukai. Oleh itu, kerajaan disana sentiasa mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang menjadi pembayar cukai. 

Apa kena mengena pulak dengan thesis? Thesis adalah pra-syarat untuk mendapatkan MSc dan PhD atau ijazah yang setara dengannya. Yang dapat MSc dan PhD adalah post graduate (PG). Ijazah itu hanya dianugerahkan kepada supervisee bukan SV. Maka perlulah supervisee berterima kasih kepada SV yang menjadi pembimbing dan ucapan tinggi melambung-melambung ini diabadikan dalam thesis masing-masing. Saya juga berbuat demikian.


Apa yang anda fikirkan ? 

Pernah tak kita mendengar SV mengucapkan terima kasih kepada supervisee? Maybe ada .... tetapi tidak ketara sebagaimana supervisee lakukan kepada SV. Kenapa pulak nak ucap terima kasih kepada supervisee? 

Walaupun bunyinya agak pelik, tetapi supervisee telah menyumbang sekurang-kurang perkara berikut kepada SV.

Pertama: 
Berjaya menyiapkan thesis dan ini memberi kredit kepada keupayaan SV. Jika anda gagal.... SV juga akan kelihatan gagal.

Kedua: 
Berjaya menerbitkan articles... dan meletakkan nama SV sebagai co-author atas sumbangan menyemak article tersebut malah ada yang bermurah hati menjadikan SV sebagai main author dan pastinya akan memenuhi KPI SV 

Ketiga: 
Berjaya menambah koleksi article SV yang secara significant akan "membantu" menjadikan SV anda senior lecturer, AP dan seterusnya.

Keempat:
Berjaya melalui penat jerih dan usaha gigih anda meneroka pengetahuan baru yang kemudiaannya dibincang dan  dikongsi bersama SV.

Kelima: Mengumpul bahan kajian, buku, articles dll termasuk menguasai perisian baru yang juga dapat dimanfaat dan dikongsi bersama SV.

Universiti dan kolej berlumba-lumba menambah bilangan supervisee kerana ini adalah salah satu criteria yang perlu dipenuhi. Tiada supervisee maka tiadalah panggilan SV. SV juga akan menjadi panic untuk mencapai lima perkara di atas jika mereka tiada supervisee. Oleh itu SV dan supervisee saling memerlukan. Jadi keduanya saling menyumbang maka janganlah ada yang saling menyombong...

OT


Saturday, February 2, 2013

Bengkel SPSS Institute Engineering Malaysia, PJ

Selepas bersama pensyarah UTEM, saya bertolak ke PJ utk mengisi bengkel SPSS di IEM, PJ. Inilah bengkel yang paling "tough" kerana saya hampir tak sempat makan kerana melayan pertanyaan peserta. Terima kasih kepada sdr Shuhairy yang menjadi boss bengkel dan memastikan semuanya berjalan dgn lancar termasuk 3 kali makan !!

Lokasi bengkel di PJ...

Bersiap untuk bergambar....

Smile.....
Orang kuat Sdr Shuhairy berbaju biru....



















Friday, February 1, 2013

Bengkel UTEM di ANCASA RESORT PD

Sebentar tadi saya memberi sedikit tips penulisan tesis sebagai muqaddimah kepada Bengkel Kursus Kaedah Penyelidikan Siri 1. 
Terima kasih kepada pihak Bahagian Cuti Belajar UTEM yang menjemput saya, khususnya sdri Dalia. Moga pensyarah UTEM yang rata2nya masih muda dan bersemangat akan menjadi penyelidik yang competent....

Bertukar fikiran tentang dunia gadget dan IT dgn pensyarah muda UTEM

Bengkel dan makan tak boleh dipisahkan

Bengkel dimulakan dengan Keep On Track Cycle

Orang kuat Bahagian Cuti Belajar Pejabat Pendaftar UTEM






Lepas bengkel sambung cerita lagi....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...