.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, February 4, 2013

Tajuk 439: 5 sebab SV berterima kasih kpd supervisee...

Musim PRU13 semakin ketara. Berita di TV LCD tidak boleh lagi menyembunyikan kedatangan PRU13. Banyak wang  diberikan kepada penduduk disana sini. Penduduk kemudiannya berterima kasih kerana kerajaan sangat bermurah hati. Jarang pulak kita terdengar kerajaan berterima kasih kerana mendapat wang dari rakyat.

Saya terfikir suatu ketika berada di rantau orang. Penduduk disana  menggunakan istilah "taxpayers money". Jadi apa yang difahami di sana adalah kerajaan mengagih-agihkan duit rakyat yang menjadi pembayar cukai. Oleh itu, kerajaan disana sentiasa mengucapkan terima kasih kepada rakyat yang menjadi pembayar cukai. 

Apa kena mengena pulak dengan thesis? Thesis adalah pra-syarat untuk mendapatkan MSc dan PhD atau ijazah yang setara dengannya. Yang dapat MSc dan PhD adalah post graduate (PG). Ijazah itu hanya dianugerahkan kepada supervisee bukan SV. Maka perlulah supervisee berterima kasih kepada SV yang menjadi pembimbing dan ucapan tinggi melambung-melambung ini diabadikan dalam thesis masing-masing. Saya juga berbuat demikian.


Apa yang anda fikirkan ? 

Pernah tak kita mendengar SV mengucapkan terima kasih kepada supervisee? Maybe ada .... tetapi tidak ketara sebagaimana supervisee lakukan kepada SV. Kenapa pulak nak ucap terima kasih kepada supervisee? 

Walaupun bunyinya agak pelik, tetapi supervisee telah menyumbang sekurang-kurang perkara berikut kepada SV.

Pertama: 
Berjaya menyiapkan thesis dan ini memberi kredit kepada keupayaan SV. Jika anda gagal.... SV juga akan kelihatan gagal.

Kedua: 
Berjaya menerbitkan articles... dan meletakkan nama SV sebagai co-author atas sumbangan menyemak article tersebut malah ada yang bermurah hati menjadikan SV sebagai main author dan pastinya akan memenuhi KPI SV 

Ketiga: 
Berjaya menambah koleksi article SV yang secara significant akan "membantu" menjadikan SV anda senior lecturer, AP dan seterusnya.

Keempat:
Berjaya melalui penat jerih dan usaha gigih anda meneroka pengetahuan baru yang kemudiaannya dibincang dan  dikongsi bersama SV.

Kelima: Mengumpul bahan kajian, buku, articles dll termasuk menguasai perisian baru yang juga dapat dimanfaat dan dikongsi bersama SV.

Universiti dan kolej berlumba-lumba menambah bilangan supervisee kerana ini adalah salah satu criteria yang perlu dipenuhi. Tiada supervisee maka tiadalah panggilan SV. SV juga akan menjadi panic untuk mencapai lima perkara di atas jika mereka tiada supervisee. Oleh itu SV dan supervisee saling memerlukan. Jadi keduanya saling menyumbang maka janganlah ada yang saling menyombong...

OT


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...