.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, July 31, 2011

SUPERNINE ....

Petang ini umat Islam bersiap untuk menyambut Ramdhan. Begitu juga Nine. Kali ini kisah icon drotspss, Nine bermimpi menjadi supernine. Inilah kisah supernine diabadikan dalam blog ini....sebuah kisah tanpa budget yang stereotype!
Suatu petang supernine sedang nyenyak tidur

Tiba-tiba supernine mendapat panggilan telefon dari seorang gadis yang terkandas dalam roller coaster

Supernine terus memandu kereta untuk menuju ke bangunan tinggi


Supernine memanjat dan melihat ke atas

up up and away...supernine terbang menyelamatkan gadis tersebut
Sampai dibangunan tersebut supernine melihat kebawah... kelihatan seorang gadis tersangkut dalam roller coaster
  

Gadis tersebut berjaya diselamatkan oleh supernine...The End

Friday, July 29, 2011

Tajuk 170 - Terjemah English ke BM dalam sekelip mata !!

Saya juga ingin memperkenalkan (wpun ramai yang dah kenal) kepada siswazah yang ada kalanya sukar memahami teks English dengan satu website translation ke Bahasa Melayu (atau sebaliknya). Terdapat beberapa web dengan motif yang sama tetapi saya suka syorkan web ini kerana menepati maksud terjemahan dengan lebih tepat dari cubaan demi cubaan yang saya lakukan dan ternyata dapat membantu terutama kepada siswazah yang lemah dalam English.

Anda cuma buka http://www.malaytranslate.com dan paste apa sahaja teks English pada ruang yang tersedia dan teks tersebut akan diterjemah dalam beberapa saat. Yang paling menarik, terdapat 2 versi terjemahan yang dikemukakan dan anda boleh membaca kedua2nya sekali.

Inilah contoh print screen yang saya telah cuba.


Perhatikan terjemahan yang saya fikir sangat dekat dengan maksud teks dalam English.

Cubalah..... dan war-war kepada kawan2 anda... sharing is caring..

Kak Long to Nine - caring and loving....


OT

TAJUK 169 - Tukar semua fail PDF ke WORD sekelip mata!

Dunia semakin pantas. Selepas saya memperkenalkan DROPBOX, ramai yang telah menikmati kelebihannya. Pelajar siswazah tak perlu bimbang lagi virus, thumdrive rosak atau hilang...sebab semuanya linked dalam satu dropbox yang berada "on the cloud".


Hari ini saya perkenalkan satu lagi software online percuma "PDFtoWORD" yang sudah pasti sangat berguna kepada siswazah. Kepada yang telah menggunakannya syabass..... cuma jangan salahguna utk copy and paste sudahlah. Siswazah yang belum lagi.... silalah ke alamat "pdftoword.com". 


Anda cuma perlu 3 langkah sahaja, pilih fail, convert dan tingggg... fail .pdf and terus menjadi word !! 




Kalau tak caya... inilah websitenya !!
Saya bertanya pada diri saya sendiri.... apakah lagi alasan siswazah yang masih merasa "susah dan sengsara" untuk menyiapkan tesis !!

Selamat tinggal .pdf....akan ku tukar ko jadi Word... he he
Saya tidak akan perkenalkan software free ini jika tidak mencubanya terlebih dahulu. Saya cuba satu artikel dan satu soalselidik. Hanya dengan 3 langkah.... Ting.... kedua2 fail pdf tersebut bertukar ke fail word!!


Anda cubalah dan war2kan kepada kengkawan anda.... sharing is caring....


Jab ayah.... Nine sms kat kawan2 di tadika pasal
pdftoword ni.... (emmm macam2 hal ayah aku ni !)
OT

KEMENANGAN DROTSPSS DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOG SUMMIT !!

Syukur kerana blog drotspss mendapat pengiktirafan di NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT. Inilah kemenangan buat semua yang menyokong blog ini. 


Terima kasih semua and I LUV U ALL....


Surat jemputan

Surat kemenangan

Hadiah yang diterima.....

OT

BENGKEL DOCUMENT MAP, LR dan SPSS di FTSM UKM III

Saya ingin merakam penghargaan dan ucapan maju jaya kepada peserta bengkel di FTSM UKM, yang terdiri dari pelajar PhD UKM, UiTM dan UUM. Moga gambar2 berikut menjadi bukti kegigihan anda menyiapkan diri menjadi bakal-bakal Dr....




Wajah2 dihari pertama bengkel... pensyarah2 muda !

Dua jejaka datang jauh dari UUM 
Jgn lupa jemput saya ke Sintok no!!

Pensyarah muda..... bakal-bakal Dr...

Yes.... do it RIGHT do it ONCE.... barulah cepat siap !


Cari idea bukan salin semula ...
  
Then .....Write while you read....

Praktis menulis terus dalam computer....

Ini idea dalam teks....integret dengan idea ko dan terus type!


Tu pasal lah lambat..... u asyik nak salin teks dalam artikel ni jer.... 

Semua idea mesti menjurus kepada fokus kajian
  
Yes... taip dan taip..... 

OK... ini ideanya....cuba u tulis sesedap rasa....

Dasyat dia ni.... menulis tanpa henti....
   
Penyokong tegar blog drotspss...
  
Bagus gi UKM ni... ada cenderahati..... TQVM

Jumpa lagi dan GUD LUCK !!

Monday, July 25, 2011

Tajuk 167 – Berfikiran kritis, iklan, TERM dan CONDITION

Berfikir kritis bukan bermakna anda memberi komen atau kritikan yang negatif. Dalam akademik, berfikiran kritis lebih kepada mempersoal,  menilai kajian lepas dan memberi rasional kepada pegangan anda dengan motif memperbaiki kekurangan dan mengisi gap yang masih wujud. Ini kesah saya......sebagai pengguna ler pula.... yang juga selalu kritis...

Catatan 1:
Saya keluar awal pagi, memandu kereta menuju ke selatan bagi menyelia pelajar yang menjalani latihan praktikal.
Sebagai pengguna, saya cuma ingin memberi sedikit respon “akademik” dari persepktif seorang penyelidik dan pengguna terhadap banyak iklan2 barangan pengguna yang melibatkan statistics.

Contoh 1:
Perhatikan iklan barangan X mampu menghapuskan 99.9% kuman, 99.9% kotoran, 99.9% bau badan, 99.9% uban (ader ker?)….dan 99.9% itu dan ini!

Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara 99.9 dengan 100 %? Dari segi statistics dan matematik... 99.9 tu samalah juga dengan 100%.

Timbul persoalan dalam minda saya ini, berapa ramai responden atau berapa banyak sampel yang telah digunakan untuk membolehkan generalisasi 99.9%  tersebut boleh dilakukan? Mengapa tidak mengatakan 100%  sahaja?

Apakah prosidur kajian yang telah digunakan sehingga dapatan yang didapati begitu meyakinkan?


Hello umi, betul ker botol susu NINE tu 99.9% bersih?



CATATAN 2:
Sampai di satu stesen minyak, saya tertarik kepada iklan yang tertulis “Jimat 1 Liter dgn setiap tangki penuh”. Saya juga ada melihat iklan yang sama di kaca tv.


Sebagai pengguna, timbul lagi persoalan dibenak fikiran saya, maklumlah saya menjadi sedikit kritis setelah menjadi blogger secara tak sengaja ! Dua perkara saya fikirkan….

a.  Ujian setangki penuh telah dilakukan di makmal dengan kereta baru diletakkan diatas roller dengan beberapa ahli sains sedang menjalankan kajian. Secara sepintas lalu sebagaimana yang dipaparkan dalam iklan, ini bermakna, kereta tersebut :

- tidak hadapi rintangan angin (kereta tak bergerak – hanya tayar yang berputar)
- tiada geseran jalanraya yang kasar
- boleh bergerak dengan halaju seragam (halaju optima)
- tidak perlu berhenti atau membrek (sebagaimana dijalanraya sebenar)
- tidak mendaki bukit (seperti jalanraya sebenar)
- mengunakan kereta yang baru (enjin masih efisyen dalam pembakaran fuel).
- tidak ada penumpangpun dalam kereta tersebut so tak der beban dibawa....

Dengan semua factor di atas, tiada masalahpun untuk menjimatkan minyak 1 liter.... 

b. Setangki penuh tu sebenarnya berapa liter? Kereta kancil yang mengisi setangki penuh sudah pasti jauh lebih kurang dari setangki penuh kereta Mercedes. Kapasiti enjin juga berbeza. Jadi apakah yang dimaksudkan “Jimat 1 liter dengan setangki penuh?”  


Bolehkah kereta kancil jimat 1 liter dengan setangki penuh berbanding kereta Mercedes? 


Bolehkah kereta Mercedes 1700 cc yang mengisi setangki penuh menjimatkan 1 liter berbanding kerete Mercedes 2800 cc?

Pengetahuan “akademik” saya tidak mampu menjawabnya kerana banyak VARIABEL TAK BERSANDAR dan VARIABEL BERSANDAR tidak dimaklumkan dalam iklan tesebut.

Walau apapun komentar saya…. saya tidak lupa bahawa semua yang diiklankan akan tertakluk kepada “TERMA dan SYARAT”….. cuma  terma dan syarat ditulis menjela2 dengan bahasa undang-undang yang sukar dfahami oleh orang awam….Tak caya cuba anda install perisian percuma seperti gmail…. nescaya anda tak larat nak baca semua T  & C yang di sertakan so…. click saja “I agree”….. abis cerita….


Catatan 3
Bulan promosi menyebabkan ramai yang berpusu2 mengunjungi gedung2 pakaian. Dua hari lepas saya ke sebuah pusat membeli belah.... ternyata harga 70% diskaun yang ditawarkan sungguh mencurigakan. Saya juga melihat tidak ramai orangpun yang membeli, adalah 2, 3 yang mundar mandir. 


Saya tak boleh bayangkan t-shirt tanpa kolar, dengan jenama yang tak pernah saya dengar...dan kualiti kain yang biasa-biasa, dijual dengan harga RM49.90. Tokojut den ! Saya kata pada anak saya, t-shirt ini tak akan lebih RM 15. 


Ternyata selepas melihat tanda harga potongan 70%, harga ditawarkan menjadi RM14.97..... emmmm


Saya kemudian ke satu lagi pusat beli belah .... saya dah lama buat perbandingan harga disini dan saya percaya potongan harga yang ditawarkan adalah genuine, sebelum dan selepas diskaun. 


Sebaik sahaja masuk..... tu dia..... berpusu2 manusia yang membeli dengan tawaran 70% juga..... inilah pengguna bijak.... saksikan pic berikut yang sempat saya rakamkan dari tingkat atas...


Ibubapa sibuk belikan baju anak2 dgn 70% diskaun
Ada Polo Kids, Jeep Kids, Disney Princess,  Poney

Perhh ! Bertuah anak2 la ni.... 


SELAMAT MENJALANI DAN MENGHAYATI IBADAH PUASA!!


OT 

Saturday, July 23, 2011

TAJUK 166 - JGN TULIS LITERATURE REVIEW SELAGI TIADA FOKUS

Ramai yang menulis SOROTAN LITERATUR seperti si celik meraba2 dalam gelap (jgn tafsir lebih2 pulak...) Sebab itu tulis ini tak kena, raba itu tak kena… Jadi saya nak kongsi sikit lagi tips menulis SOROTAN LITERATUR utk anda dengan satu amaran:

Jgn tulis LR selagi jika anda tak tahu FOKUS kajian anda!

Berikut adalah tips sebelum anda boleh menulis SOROTAN LITERATUR yang baik.

Tip 1. Pastikan anda mempunyai sumber bacaan yang relevan.

Tip 2  Bukan sahaja relevan tetapi juga anda perlu mengumpulkan sumber primer (journal artikel) dan sumber sekunder (buku).

Sumber primer spt journal akan memberikan anda SOROTAN LITERATUR yang mengandungi idea asas tentang teori yang melatari kajian anda dan kajian lain yang berkaitan. Teori ini selalunya dibincangkan dengan ringkas sahaja kerana journal artikel lebih mementingkan analisis data dan dapatan kajian.

Jurnal artikel akan memberikan anda kepelbagaian perspektif kajian dari pelbagai penyelidik, tetapi anda perlu fokus kepada apa yang bakal anda kaji. Anda perlu baca dan kupas supaya semua kajian tersebut akan memantapkan kajian anda. Sebagai contoh anda membuat kajian tentang keberkesanan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sains. SOROTAN LITERATUR mungkin antaranya secara kritis boleh ditulis spt dummy berikut:

Keberkesanan persembahan bahan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sains telah menjadi satu persoalan dalam pendidikan sains sejak bermulanya aplikasi multimedia sekitar tahun 1980an. Penyelidik terdahulu (seperti Mat, 1996; Dollah, 2003; Salleh 2005 & Salim 2005) telah mengaitkan pembinaan bahan multimedia dengan persembahan PowerPoint kerana aplikasinya yang mudah bagi penggunaan guru-guru di peringkat sekolah.  John (2009) pula secara khusus telah menegaskan pentingkan bahan multimedia yang dibina menggunakan persembahan PowerPoint mengambilkira aspek kandungan dan kejelasan persembahan, tetapi beliau telah mengabaikan aspek lain seperti psikologi pelajar dalam kajian beliau.

Perkembangan pesat dalam aplikasi multimedia telah membawa kepada perlunya persembahan bahan multimedia mengambilkira aspek psikologi yang lebih khusus seperti kajian yang telah dijalankan oleh Yusof (2009) dan Subahan (2009) yang mengambilkira stail belajar pelajar.  Namun, Othman (2010) telah mencadangkan bahawa pembinaan bahan multimedia bagi pengajaran dan pembelajaran sains bukan sahaja perlu mengambilkira aspek psikologi tetapi perlu juga kepada aspek rekabentuk pengajaran. Aspek psikologi yang sangat luas skopnya dalam pembinaan bahan multimedia telah dirumuskan dengan baik oleh teori pembelajaran multimedia Mayer (lihat Mayer 2008, 2009). Sementara itu, teori rekabentuk pengajaran yang generik seperti ADDIE (lihat Robert 2009) pula bersifat fleksibel untuk mengabungkan kedua-dua aspek psikologi pelajar dengan teori pembelajaran multimedia tersebut bagi menghasilkan bahan multimedia yang lebih berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran sains.

Contoh SOROTAN LITERATUR di atas (hanya secara ringkas dan sepintas lalu sahaja) menunjukkan anda telah bersikap kritis dengan mempersoal, mengupas dan menganalisis hasil kajian penyelidik terdahulu. Analisis anda telah menyediakan latar belakang kajian anda secara ringkas.  


Akhirnya anda telah memberi hint dengan membawa pembaca kepada keperluan semasa untuk mengisi gap kajian dengan menggabungkan teori pembelajaran multimedia Mayer serta model rekabentuk pengajaran ADDIE dalam pembinaan bahan multimedia.


INILAH YANG INGIN DIKETAHUI OLEH PEMBACA ANDA. Jangan sampai dah tulis 20 muka surat, pembaca masih tak tahu apa sebenarnya yang anda ingin lakukan dan apakah fokus kajian anda sebaliknya anda hanya meringkaskan kajian2 lepas....

Kejap kau tulis nak kaji ini... kejap kau nak kaji itu...peninglah...apa yang kau nak kaji ni? 

Tip 3. Dengan fokus tersebut, barulah anda boleh dalami pembacaan jurnal artikel dan buku berkaitan teori pembelajaran multimedia Mayer serta model ADDIE sedalam2nya. BARUlah anda tidak membaca apa sahaja bacaan yang ada tajuk multimedia atau meraba dalam gelap.....( he he ) tetapi anda akan menulis dalam terang.!! 


OT

Friday, July 22, 2011

SOALAN 11 - Sample >30 kenapa perlu guna non-parametric?

Soalan:
Dr. kenape perlu guna non-para? bukan ke sample tu more than 30....? we can use parametric test right?




Respon:
Sebaik sahaja balik dari jogging di UPM dan ke pasar tani di MAEPS, saya bermain2 pula dengan Nine. By 12.30 pm saya buka blog dan terbaca satu soalan terbaharu spt di atas.


Saya tersenyum sendiri. Saya tak tahu siapa yang hantar sebab hanya anonymous sahaja. Mengapalah tidak perkenalkan diri, guna nama samaran ker dan bagi lah email sebenar. Apapun... ini respon saya...


TERNYATA ramai pelajar tidak jelas maksud para dan non-para. LEBIH ramai lagi yang TAK TAHU mengapa n=30 tu menjadi angka yang sering digunakan, dan mengapa tidak 40 ker atau 20 ke? Ramai yang guna n=30 (mungkin ada SV sendiri) tetapi tidak faham dari mana datangnya angka tersebut.


Statistic parametric mempunyai asas dari central limit theorem (CLT) bagi membuat generalisasi taburan sample yang normal ke taburan populasi yang biasanya normal. Jika sampel tertabur secara normal, maka BARU lah anda boleh gunakan statistik parametrik spt t-test dan ANOVA. Jk taburan sample tidak normal, maka syarat CLT tidak dipenuhi maka anda perlu menggunakan statistik non-parametric, regardless berapa besarpun sample anda. Harus diingat, hanya sampel yang diukur dengan skala interval dan ratio sahaja yang terlibat dalam pengukuran taburan normal.


Jika sampel anda n=50 pun dan diukur dengan interval, tetapi tidak tertabur secara normal..... anda TIDAK BOLEH gunakan statistik parametrik sebab anda tidak memenuhi pre-requisite CLT. 


Jika anda mengambil ukuran pada skala nominal dan ordinalpun, anda tidak boleh guna statistik parametrik sebab data nominal dan ordinal tidak menepati syarat CLT utk tertabur secara normal. (Sila baca entry yang lepas mengapa ukuran pada skala nominal dan ordinal tidak akan tertabur secara normal!!)

Mengapa n=30? Ini kerana mengikut CLT, sekiranya anda mengambil individu kumpulan dengan n = 20, katakan 100 kumpulan (n=20 setiap satu), maka min skor setiap kumpulan jika diplot, akan mengarah kepada bentuk normal. Jika anda tambah lagi sehingga n = 30, mengikut CLT, graf dengan n=30 ini telahpun menghampiri graf taburan normal. Walau bagaimanapun, jika n = 30, anda run histogram ataupun analisis kenormalan, dan dapati masih tidak tertabur secara normal, hanya statistik non-parametrik sahaja yang boleh anda gunakan.
Tidak normal jika mak cik dan pak cik tertidur dalam kedai kasut. Bagi saya...tido dalam swimming pool pun normal...he he




Jadi jgn cepat buat kesimpulan..... atau hanya mengikut pendapat umum sahaja tanpa mengetahuinya dengan  tepat. Silalah baca entry2 sebelum ini tentang hal yang sama.... anda patut membacanya terlebih dahulu....


OT

BENGKEL DOCUMENT MAP DI MMU CYBERJAYA

Kali ini saya dijemput oleh sekumpulan pensyarah di Faculty of Creative Multimedia (FCM) MMU, Cyberjaya untuk memberikan bengkel Document Map bagi penulisan tesis secara efisyen.


Kali ini suasana persekitarannya agak berbeza kerana FCM kelihatan lebih kreatif dari tempat2 bengkel yang pernah saya pergi.... saksikan...


Tunjukarah....yang ini standard jer kat mana2 universiti...


Pintu masuk FCM


Creative bila tiang2 dihias...


Poster2 menyambut kedatangan saya....
Dalam lif pun........

dan corridor.....


Tempat bengkel.....alamak...... mana perginya kaum ADAM !


Tekun mencuba....


Muda2nya lecturer FCM MMU ni....




Sampai dua orang beri bantuan....




Klik jer kat icon ni...


1Malaysia....ma


Easy ma..... just click this button....


This is roman and this is arabic....


Terima kasih kerana kedatangan saya juga dapat membuka jalan untuk collaborate dengan pensyarah di FCM....


OT

Thursday, July 21, 2011

BENGKEL PENULISAN DAN LR UITM - MANTOP

21hb Julai berlansung bengkel penulisan dan literature review....  saksikan gelagat peserta bengkel.....


Mula-mula bengkel PENING..... TENSION......


Susah nak buat LR yang clear ni.....


bukan sahaja clear.... nak concise pulak... 


tak cukup dengan concise..... mesti consistent... emmmm


dah consistent dah..... camner nak bagi coherent pulak....


kat mana nak bagi ulasan kritis ni...


Gatai pulak otak aku memikirkannya....

Catatan di atas diari ini menggambarkan
anxiety salah seorang peserta bengkel...

Kemudian..........setelah bengkel berlansung
Baru ler bersemangat dan jelas apa nak dibuat !!


Bak kata Aness:
Bengkel smlm mmg MANTOP! 

Yes.... tulis jangan tak tulis....


Emmm..... meluncur laju.....


He he......sempoi...


Aku dah siap... ko ?


Barulah otak aku tak gatai lagi.... 


Tekun menaip LR....


dan terus menaip....


dan menaip....


tanpa henti.....


tiada keraguan lagi....


aku analisis...


aku sintesis....


barulah aku kritis....

Moga berjaya dan jumpa lagi.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...