.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, February 18, 2011

Tajuk 90: TUJUH syarat kajian kuantitatif !!

Lega rasanya dalam diam2 saya dah menulis hampir 120 isu keseluruhan dengan sehingga kini 90 tajuk. Kali ini saya menambah maklumat perkara yang perlu diberi perhatian apabila anda membuat kajian kuantitatif. Jika anda memilih utk menjalankan kajian kuantitatif:

1. Kajian anda perlu disokong oleh teori yang kuat kerana anda menguji teori bukan menghasilkan teori atau mengkaji fenomena dengan mendalam (seperti kajian kualitatif). Anda hanya menguji secara surface sama ada terdapat perbezaan antara kumpulan (t-test, ANOVA, ANCOVA, Chi-square) atau hubungan antara variable (korelasi, regressi). Anda perlu kupas teori anda dengan mendalam meliputi semua variable yang terlibat dalam kajian anda.

2. Anda perlukan hipotesis kajian yang details

3. Bekalkan kerangka teoritikal dan kerangka konseptual.

4. Menyatakan secara lengkap rasional pemilihan prosidur statistic anda.

5. Analisis data mestilah melibatkan statistic inferens (tidak memadai statistic deskriptif saja sebagaimana kajian kualitatif)

6. Memberikan justifikasi pemilihan analisis statistic (sering dilupakan oleh penulis)

7. Memberikan eviden bahawa segala assumption analisis tersebut dipenuhi seperti kenormalan data, homogeneity of variance (jangan lagi take thing for granted….. tak sapa kisah assumption ini…. Ini aspek paling penting yang sering diabaikan selama ini dalam kajian kuantitatif).

Moga berjaya hasilkan kajian kuantitatif yang berkualiti... 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...