.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, February 3, 2011

Tajuk 60: Penentuan analisis statistik (Bhg 2)

Semasa bergelar student di University of Adelaide.... 2003
Bahagian 2......

Contoh 4:
Anda ingin membezakan skor pre dan post-test kumpulan eksperimen terhadap pencapaian dalam skor sejarah.

IV
Skala
DV
Skala
Kumpulan eksperimen
Nominal
Skor sejarah
Interval


Dalam kajian ini, anda ada satu kumpulan yang sama dengan dua kali pengukuran maka analisis statistik adalah dependent sample t-test kerana skala DV anda adalah interval.

Contoh 5:
Anda ingin membezakan antara pelajar lemah, sederhana dan cemerlang terhadap pencapaian dalam skor sejarah.

IV
Skala
DV
Skala
Kumpulan eksperimen
Nominal
Skor sejarah
Interval


Dalam kajian ini, anda ada 3 kumpulan berbeza maka analisis statistik adalah one-way ANOVA bagi independent sample  kerana anda ada lebih dari 2 kumpulan dengan skor DV pada skala interval.

Contoh 6:
Anda ingin membezakan skor pre-post-retention tests bagi kumpulan kawalan terhadap pencapaian dalam skor sejarah.

IV
Skala
DV
Skala
Kumpulan kawalan
Nominal
Skor sejarah
Interval


Dalam kajian ini, anda ada satu kumpulan dengan 3 kali pengukuran maka analisis staitistik adalah one-way ANOVA (repeated measurement)  kerana anda ada lebih dari 2 kumpulan dengan DV anda pada skala interval.



Contoh 7:


Anda ingin membezakan skor pre-post tests bagi kumpulan (eksperimen dan kawalan) yang  berbeza pencapaian (rendah dan tinggi) terhadap  skor sejarah.

Ada 2 IV
Skala
DV
Skala
  • Kumpulan 
  • Tahap pencapaian
Nominal
Skor sejarah
Interval


Dalam kajian ini, anda ada 2 IV maka analisis staitistik adalah two-way ANOVA dengan DV anda pada skala interval. Two-way ANOVA juga dipangil Factorial ANOVA

Contoh 8:


Anda ingin membezakan skor pre-post tests bagi kumpulan (eksperimen dan kawalan) yang  berbeza pencapaian (rendah dan tinggi) terhadap  skor sejarah. Anda dapati IQ pelajar mempunyai hubungan korelasi yang linear dengan skor pre-post test maka anda ingin kawal atau lenyapkan kesan skor IQ.

Ada 2 IV
Skala
DV
Skala
  • Kumpulan 
  • Tahap pencapaian
Nominal
Skor sejarah
Kovariat: Skor IQ
Interval


Dalam kajian ini, anda ada 2 IV maka analisis statistik adalah two-way ANCOVA.
  
Jika anda ada satu IV maka analisis statistik anda adalah one-way ANCOVA



Sambung bahagian 3....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...