.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, February 25, 2011

Q & A 7: Soalan dari UM - Confuse kajian master dgn PhD

Pertanyaan:


Assalam,

Dr, saya pelajar program doktor falsafah di Universiti malaya. Masalah saya ialah masih terlalu byk keperluan2  untuk melaksanakan tesis dengan baik yang saya tidak tahu.apatah lagi untuk melaksanakan tesis Phd ni.krn masih terlalu mentah,boleh katakan saya zero.

di atas sy ada sertakan pada dr, proposal tesis phd sy akan bakal sy buat, sy mohon bantuan dari dr untuk mencadangkan dan memberi pendapat pada saya
1) bentuk kajian yg boleh dilaksanakan untuk kajian tesis saya tersebut,
2) kemahiran2 yg perlu sy kuasai uuntuk menjadikan kajian tersebut lebih mantap,mampan dan menarik.

saya harap dr dapat membantu sy.

yg dalam kesusahan,
NS, Kuala Lumpur


Respon:

Terima kasih kerana bertanya. Saya telah membaca proposal U dan mendapati kajian U masih diperingkat master. Saya cuma nk jawab ringkas dulu.PhD memerlukan u menghasilkan sesuatu.... yang original..... tapi objektif dan persoalan kajian U tu dalam proposal tak sampai lagi ke perngkat PhD. Pada peringkat PhD, U kena buat analisis peringkat tinggi untuk mengesahkan  modul, soal selidik, kerangka konsepsi, model dll yang U bina .... yang ada originality....spt kajian kuantitatif guna melalui sekurang2nya analisis seperti MANOVA, multiple regression, factor analysis, path analysis atau kombinasi dengan SEM. 


Jika kajian kualitatif, U kena buat indepth analaisis bagi menghasilkan model dari semua konstruk dalam fenomena yang U kaji. Perisian spt NViVo boleh membantu. Jika hanya nak kenapasti faktor itu dan ini atau melihat perkaitannya, itu masih di takuk master. Wbp saya setuju dengan fokus kajian U..... memang perlukan kajian dilakukan.

Nasihat saya, jumpa penasihat U, dah bincangkan hal ini, apa kata dia sebab dialah yang akan supervise U sampai habis. Saya cuma ingin membantu dan berikan kemahiran yang sesuai. Jika U dah sure nak buat kualitatif atau kuantitatif..... U kena dalami kaedah analisis yang diperlukan. Selain dari itu, persiapkan diri dengan bengkel penulisan cepat dan penulisan literature review supaya u boleh hasilkan proposal yang mantap dahulu. Saya sedie membantu U dan kawan2. Ingat.... PhD perlukan U hasil sesuatu yang original..... bukan sekadar exploratory atau mengenalpasti faktor itu dan ini sahaja.

Baguslah jika U nak kumpulkan kawan2 dan adakan bengkel..... sambil bimbing membuat lierature review yang baik....boleh kita bincang apa yang saya maksudkan dengan kajian master dan PhD. Satu lagi.... jangan guna perkataan seperti orang kecewa jer.... Apa yang U lalui bukan kesusahan tetapi satu cabaran......Macamana nak kaji program motivasi jika U sendiri macam tak der motivasi.... kan begitu? 


Saya akan komen email terbaharu U asap. Gud luck dan terima kasih kerana bertanya.

OT
26.2.2011

1 comment:

  1. aSSALAMUALAIKUM.

    Wow.. blog ini tentunya akan menjadi salah satu blog favorite saya, to the owner, thanks!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...