.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, February 9, 2011

Tajuk 81: Literature Review - 4: Menyusun

LR terdiri daripada 3 bahagian iaitu i. Pengenalan, ii. Kandungan dan iii. Kesimpulan.


i. Pengenalan:


Memperkenalkan tajuk dan sub-tajuk dan justifikasi secara ringkas bagi menggambarkan bagaimana sorotan literatur disusun. Perhatikan contoh petikan yang telah dipermudahkan:

Petikan - Computer Animated Instruction and Students' Conceptual Change in Electrochemistry (Othman Talib, 2007)

Introduction
In this chapter, a literature review in support of the study will be carried out in the following seven areas: Constructivism and science education; Aspects of conceptual change; Computers in science education; Reasons for animation; Research related to Electrochemistry; Pedagogical implications for conceptual change; and Critiques of conceptual change.  The literature covers only the most relevant aspects of teaching and learning in the field of science and chemistry education in order to provide an overview of the issues addressed. 

ii. Kandungan
Terdapat beberapa cara mempersembahkan atau menyusun tajuk-tajuk sorotan literatur seperti mengikut kronologi, tema atau methodologi. 
  • Secara kronologi, anda membahaskan tajuk mengikut tahun terawal sumber berkaitan dengan kajian hinggalah kepada perkembangaan terkini seperti kajian sejarah, perkembangan sesuatu budaya atau perkembangan teori motivasi. 
  • Susunan mengikut tema pula merujuk kepada susunan tema seperti tema komputer, multimedia, anmasi dan simulasi.  
  • Susunan mengikut metodologi adalah seperti membahaskan tajuk mengikut pendekatan kuantitatif diikuti dengan kualitatif atau sebaliknya.


iii. Kesimpulan
Menyimpulkan perkaitan idea-idea utama yang telah dibahaskan dalam isi dengan menekankan keperluan mengapa kajian anda perlu dilakukan.

Perhatian: Anda tiada pilihan selain dari mula merangka tajuk dan sub-tajuk bagi LR anda dan teruskan penulisan. Yang menjadi persoalan bagaimana anda ingin menulis supaya tulisan anda mewakili tahap kesarjaaan anda? 

Husna yang ceria.....Luv u sayang....

Salis yang serius....you have a kind heart

Uzma yang selamba....U spark my live

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...