.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, February 1, 2011

Q & A 1: Pertanyaan dari Uitm

Soalan:


Salam. Saya pelajar Uitm. Saya ada buat dissertation tentang perception pembeli dan agent. Berdasarkan objective, saya nak comparekan perception dari dua pihak. Bila saya dah compare both perceptions yg soalan questionnairenya saya guna likert scale, apakah ANOVA sesuai bagi kajian saya? 


Siti 
Shah Alam
(Nama dan soalan ini telah disesuaikan untuk tujuan paparan dalam blog ini)


Jawapan:

ANOVA digunakan jika u nak bandingkan min lebih dari dua kumpulan atau u lakukan lebih dari dua pengukuran bagi satu kumpulan yang sama. U guna one way ANOVA jika ada satu IV. Dalam kes ini saya jangka kumpulan adalah IV, iaitu ada dua kategori - pembeli dan agen. Jika dua kumpulan jer, u patut guna independent sampel t-test bukan one way ANOVA.

Perception u adalah DV dengan skor norminal (1 – 5) Likert scale. U boleh declare scale norminal ni sebagai interval, then u boleh cari min. Banyak penyelidik telah menerima data Likerst scale boleh di convert ke interval terutama apabila sample anda cukup besar dan interval antara point Likert anda kelihatan munasabah jaraknya antara satu sama lain. Then u compare min tersebut melalui t-test bukan ANOVA.

Dari apa yang u beritahu, saya tidak nampak keperluan ANOVA kerana comparison dari dua aspek / kumpulan sahaja. U boleh cari min (katakan 3.5) bagi persepsi satu kumpulan bandingkan dengan min (katakan 3.9) bagi persepsi satu kumpulan lagi, kemudian uji untuk tahu samada terdapat perbezaan yang signifikan. Ini hanya sesuai dengan independent sample t-test bukan ANOVA! 


Bagi kawan2 lain yang sedang membuat analisis kuantitatif, sila fahami dahulu keperluan setiap analisis statistik.... jangan sampai guna pisau untuk potong kain then guna gunting untuk potong bawang..... boleh juga tapi bakal mak mertua terbeliak biji mata ler.... he he.... 

Gud luck. 
Badan sihat minda cerdas...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...