.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, February 13, 2011

Tajuk 85: Literature Review - 8: Beberapa komen

Berikut adalah contoh beberapa kelemahan yang dilakukan pelajar dalam penulisan literature review. Laporan yang telah diringkaskan dan sesuaikan untuk diterbitkan dalam blog ini.
Komen 1:
Membaca sorotan kajian sama seperti membaca ringkasan artikel mahupun teks ilmiah lain yang ditulis tanpa kritikan ilmiah. Tiada usaha menganalisis dan mensintesis kajian terdahulu kecuali membuat laporan teori dan dapatan kajian secara terpisah. Ulasan sorotan kajian tidak menyokong secara jelas keperluan kajian.
Komen 2:
Terdapat banyak kajian yang out-dated sehingga diterbitkan lebih 10 tahun lepas dan  kurangnya kajian terkini iaitu lima tahun kebelakangan. Oleh itu calon gagal membahaskan isu terkini dalam bidang yang dikaji.
Komen 3:
Kajian sorotan juga ditulis tanpa perenggan dan ini meletihkan pembaca. Setiap perenggan sepatutnya mewakili satu idea sahaja, bukannya 5 atau 6 idea.
Komen 4:
Ayat yang tidak jelas, berbelit-belit dan terlalu panjang serta PENGULANGAN IDEA YANG SAMA yang dipetik dari kajian lepas yang berbeza-beza. Kesemua kelemahan ini dapat dikesan  dalam keseluruhan sorotan kajian. Mengupas pengulangan idea yang sama dari penulis yang berbeza hanya menebalkan sorotan kajian tetapi tidak menambah apa-apa weight kepada manuskrip.
Komen 5:
Rajah dalam manuskrip kelihatan seperti copy and paste. Semua rajah perlu dilukis semula walaupun anda menyatakan sumbernya..  
Komen 6:
Keseluruhan tinjauan literatur yang ditulis adalah dangkal dan tidak fokus kepada kajian, menjadikannya kurang appropriate kepada skop kajian.. Cara penulisan yang tidak mengikut format penulisan APA sangat irritating kepada pembaca. Penulis gagal mengabungkan perbincangan kajian lepas tentang ICT, e-learning dan laman web dengan baik sehingga seperti setiap satunya seperti berbeza dan terpisah. Penulis sepatutnya tahu bahawa penggunaan laman web adalah satu kaedah dalam CAI tetapi CAI bukan nya penggunaan laman web semata-mata. Ini menjadikan kajian literatur sangat kabur dan tidak menyokong kajian.
Komen 7:
Perbincangan, ulasan dan kritikan hampir tidak wujud kerana penulis hanya melaporkan sahaja hasil kajian terdahulu yang selari dengan hasil dapatan kajian. Kajian terkini sekitar tahun 2005 – 2010 sangat sedikit dan ini menyebabkan penulis gagal melihat kedudukan kajian beliau dalam arus perkembangan kajian semasa berkaitan laman web dalam P & P. Terlalu banyak pernyataan yang tidak jelas, perlukan penjelasan lanjut dan ditulis tanpa sebarang rujukan.
Komen 8:
Lebih ketara lagi bila teori kepelbagaian kecerdasan dan konstruktivisme dimasukkan secara tempelan dan terpisah tanpa dibahaskan kaitannya dengan kajian yang dijalankan. 
Komen 9:
Tinjauan literatur tidak menampakkan jurang kajian terdahulu yang dapat ditampung sebahagiannya dengan kajian penulis. Penulis hanya mencenderung melaporkan hasil kajian lepas yang selari dengan kajian yang beliau jalankan tanpa membuat sebarang kritikan.   
Komen 10:
Penulis menggunakan pelbagai istilah yang berbeza dalam penulisan sorotan kajian. Penulis mengggunakan sekurang-kurang tiga istilah berbeza seperti pengajaran berbantu komputer, pengajaran mengintegrasi komputer dan pengajaran dan pembelajaran berbantu komputer bagi mewakili kajian beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...