.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, February 28, 2011

Tajuk 101: Makna alfa Cronbach dan mengapa ada bernilai negatif


Alpha Cronbach (AC) adalah pengukuran reliability paling popular, mengalahkan Siti Nurhaliza. Ini kerana AC mengukur kekuatan korelasi antara item-item soal selidik dalam setiap konstruk yang unidimensional (satu dimensi). 

Nilai AC yang tinggi menunjukkan semua item mengukur satu konstruk dengan satu dimensi yang sama. Jika anda ingin mengukur persetujuan, skor mestilah dalam satu dimensi iaitu bersetuju ataupun tidak bersetuju bagi memdapatkan korelasi yang tinggi.
Jika soalselidik anda mempunyai beberapa konstruk, pengukuran AC mestilah dibuat secara berasingan mengikut konstruk. Ini bermakna jika soal se,idik anda ada 5 konstruk, anda perlu ada 5 nilai AC bagi soal selidik tersebut.

Formula AC (tak perlulah saya tulis disini) menjadikan nilai AC berkadar terus dengan bilangan item  dan juga berkadar terus dengan meningkatan korelasi antara item. Ini bermakna, menambah bilangan item akan meningkatkan AC dan sebaliknya.
Anda menangis ada orang pujuk.... penyu menangis tak sispa yang tahu..


Nilai AC boleh jadi negative apabila magnitude negative korelasi antara item lebih besar dari magnitud positif korelasi antara item (saya akan sambung lagi perbincangan tentang hal ini)  

Output SPSS:
Dua perkara yang perlu diperhatikan semasa membaca output SPSS
  • Anda boleh membuang item dengan nilai Alpha if item Deleted yang tinggi kerana item ini menunjukkan korelasi yang rendah
  • Anda juga perlu buang item yang mempunyai nilai Corrected item-total correlation yang rendah ( < .3). Nilai ini adalah nilai korelasi antara setiap item dengan jumlah skor dari soalselidik yang sepatutnya tinggi (>.3)

(Sedang dalam editing lagi….)

Sunday, February 27, 2011

Tajuk 100 - JIKA SAYA MENJADI ANDA (BHG 2) = PENGALAMAN SAYA

Wow.... inilah tajuk yang ke 100! (Anda kena baca juga tajuk 99 !)
Dengan rasa rendah diri, saya abadi  sedikit catatan sepanjang saya membuat tesis di Adelaide University....Australia.... antara  university top 5 di sana. Saya ke sana hanya berbekalkan pengetahuan saya sebagai Guru Kimia sahaja dengan ijazah sarjana dalam kajian Peta Konsep. Jadi saya bertekad untuk mengembangkan pengetahuan saya dibidang animasi yang ketika itu masih baru dalam pendidikan di Msia. Mujurlah saya ada pengalaman membuat kajian eksperimental peringkat sarjana dan menggunakan SPSS untuk t-test dan ANCOVA.
Syukur..... berjaya utk menabur ilmu
Berikut adalah catatan pengalaman saya:


Sebelum ke Adelaide:
  • Saya berminat dibidang animasi, pendidikan kimia. Malangnya saya tiada asas animasi apatah lagi scripting yang penting dalam animasi. Jadi saya ikuti kursus animasi flash selama 3 hari bagi memahami kelebihan animasi dalam pengajaran kimia.
  • Saya berminat nak kaji kesan animasi, tapi saya perlu bina animasi dahulu. Sayapun bercadang untuk upah sahaja, sebab tak mungkin saya dapat hasilkan animasi untuk research saya.
  • Setelah mengambil IELTS dan layak ke Australia, saya mula membaca tentang animasi dan pemahaman konsep dalam Kimia. Wpun tak byk bahan kerana tiada kemudahan journal on-line ketika itu, tetapi ada 5, 6 artikel yang sangat relevan. Saya dapati teori konstruktivist Piaget dan Vygotsky serta model Posner et al. (1982) paling relevan dengan kajian saya.
  • Kemudian saya tulis proposal ringkas, dan emailkan kepada beberapa prof. pendidikan sains melalui email yang saya ambil dari universiti masing2 untuk dapatkan pandangan. Salah seorang yang respon adalah Prof Subahan (UKM), yang bersetuju dengan tajuk kajian saya. Sehingga kini, saya menganggap beliau sebagai Sifu saya. Saya juga dapat respon dari Prof Frazer (Canada) tetapi harapan untuk dapat respon dari Prof Treagust (Australia) tak kesampaian. Treagust adalah pakar tersohor dalam pendidikan Kimia (namun Allah makbulkan doa saya, bila Prof Treagust akhirnya  dilantik oleh University of Adelaide sebagai pemeriksa tesis saya bersama seorang Prof. dari New Zealand - lulus dengan minor correction !!)
Memulakan pengajian di Adelaide:
  • Sampai di Adelaide pada bulan Mac, saya telah ada fokus kajian. Dalam masa 2 bulan setengah sahaja saya iaitu bulan June saya telah berjaya membentangkan proposal kepada jawatankuasa supervisori tesis dan depan pelajar siswazah dan lulus untuk penyelidikan saya. Satu permulaan yang baik. Salah satu komen yang saya dapat dari supervisor saya adalah - Good presentation Mr Talib... but your English is too Malay !! He he......
  • Selepas itu saya tidak menoleh kebelakang (kecuali bila bawa kereta la..) dan dengan pengetahuan menulis cara pantas dan efisyen melalui aplikasi Document Map (ketika itu MS Word versi 2003) saya mula menulis Chapter 1, 2 dan 3 secara serentak (yang ikut bengkel penulisan saya tahulah bagaimana saya melakukannya)
  • Saya tiba2 hadapi masalah kerana animator yang dulunya ingin membantu saya telah menarik diri, maka saya tiada pilihan lain kecuali mula belajar sendiri membina animasi. Oleh kerana minat yang mendalam,  dan akhirnya berjaya membangunkan animasi saya sendiri dalam tempoh 30 hari...termasuk menggunakan scripting yang asas. Masa itu saya berjaga dari suboh sampai ke midnite... phew.....Animasi saya telah diperakui tepat dari aspek konsep Kimia oleh Jabatan Kimia, University of Adelaide utk meneruskan kajian saya. 
  • Kemudian selepas kira-kira 7 bulan berada di Australia, iaitu bulan Oktober pada tahun yang sama, saya jalankan pilot testing sebanyak 2 kali di Adelaide dengan bantuan supervisor saya bagi menguji animasi dan questionnaire saya. Saya juga jalankan clinical interview untuk data kualitatif saya. Saya gunakan analisis kuantitatif t-test, ANOVA dan ANCOVA. 
  • Sebulan selepas itu, dalam bulan Disember, saya balik Msia untuk mengutip data selama 3 minggu di UIA. Saya jalankan pilot kali ke 3 di Msia bagi menguji instumen saya dalam konteks malaysia. Ini bermakna saya jalankan 3 kali pilot! 
  • Selepas mendapatkan data kuantitatif dan kualitatif, saya balik semula ke Adelaide untuk menganalisis data. Saya analisis data kualitatif saya secara manual (masa tu NVIVO atau sebarang software kualitatif tak popular lagi). 
  • Setelah mendapat data, saya agak lega dan mula bekerja secara sambilan sebagai "cleaner" di Adelaide untuk mendapat pengalaman dan menambah sedikit pendapatan. Maklumlah dollar Australia lebih mahal....
  • Saya telah menyiapkan draf tesis serta membentang satu paper preliminary data saya di satu seminar antarabangsa di Flinders University, Australia. 
  • Menjelang bulan November tahun berikutnya, selepas lebih kurang 1 tahun 10 bulan berada di Adelaide sebagai pelajar, saya berjaya menyiap dan menyerahkan deraf lengkap tesis Doktor of Education saya kepada Jawatankuasa supervisory University of Adelaide dan lulus tanpa sebarang masalah.
  • Sebagai pelajar sepenuh masa, saya tidak boleh meninggalkan kampus selagi tidak melengkapkan kerja kursus dan mendapat kelulusan draft tesis saya. Jadi dengan kelulusan jawatankuasa supervisory tersebut, saya dibenarkan balik ke Malaysia, kerana hanya tinggal kerja2 proofread sahaja. Ini dianggap penting selepas menyiapkan draft tesis, kerana University of Adelaide mensyaratkan penulisan bertaraf "King English" atau "A+ English".... Jadi SV saya sarankan proofread diserahkan kepada mat salleh di Malaysia bagi memastikan kualiti BI dalam draft tersebut.  
  • Dengan kelulusan draf lengkap tersebut yang bakal melalui proses proofread, saya terus balik ke Malaysia untuk membuat proofreading, wpun masih berbaki cuti belajar saya lagi 1 tahun 2 bulan kerana saya mendapat cuti belajar 3 tahun. 
  • Kerja2 proofread terutama membetulkan BI saya yang "Kemelayuan" untuk mencapat international standard tentulah satu cabaran....
  • Saya balik dgn membawa draf lengkap tersebut, dan memulakan proses proof reading di Malaysia. SV saya sarankan mat salleh yang membuat proof reading. Ini satu lagi cabaran.... saya telah menemui seorang pensyarah mat salleh Uitm (converted muslim). Setelah menyerahkan draf tersebut... beliau menyerahkan semula  ....kerana kesukaran memahami aspek technical terms berkaitan Electrochemistry, animation dan statistik dalam draft tersebut. Saya kemudiannya berjumpa sorang guru mat salleh di Australian International School.. setelah menyerahkan hardcopy utk proofread... menunggu.... dan menunggu akhirnya hal yang sama berlaku. Jadi masa berjalan begitu sahaja masa saya beberapa bulan...
  • Setelah masa berjalan (banyak bulan juga masa terbuang mencari proofreader) .... saya akhirnya mendapat maklumat dari UKM yang menyarankan seorang berpengalaman, editor freelance dgn DBP yang tinggal di Bangi.  Beliau adalah mantan pensyarah TESL di UKM. Syukur... beliau yang selalu sibuk dengan kerja2 editing.... kebetulan baru selesai menyiapkan satu projek... jadi beliau ada kelapangan. Dgn bantuan beliau, barulah kerja2 proofread berjalan dengan lancar walaupun mengambil masa lagi....
  • Situasi inilah saya dan mungkin ramai antara kita tak menduga... maka menyiapkan penulisan secepat mungkin adalah satu kelebihan yang membolehkan kita absorbed kesukaran2 yang tidak diduga sehingga mengheret masa berbulan2....malah bertahun2...
  • Setelah selesai proof reading, barulah saya poskan hardcopy draft tesis dari TOC ke Bibliography setebal 333 pages surat, dengan 35 Figures dan 44 Tables.....(keseluruhannya 345 pages) ke Adelaide untuk penilaian external evaluator iaitu seorang Prof Emeritius dari New Zealand dan seorang Prof dari Curtin Australia dan seperti biasa.... kenalah tunggu beberapa bulan lagi.... 
  • Akhirnya saat indah tiba.... apabila saya mendapat surat berjaya lulus dengan minor correction dari University of Adelaide, sebuah universiti ternama di Australia. Syukur komen yang saya perolehi hanya memerlukan saya membuat pembetulan dalam beberapa hari sahaja.  
  • Saya tak dapat menghadiri konvo yang lebih awal di adakan di Adelaide (belanja mahal nak terbang lagi ke Adelaide) tapi dapat menghadiri konvo yang dijalankan untuk pelajar dari Msia dan Singapore yang diadakan khas di Hotel Nikko, Kuala Lumpur pada April 2007. 
Bersama Prof Dr. David Treagust (dari Curtin), sifu tersohor Science Education yang menjadi external examiner thesis saya thn 2006. Ni pic 2011, selepas 5 tahun....
  • Animasi tesis saya juga telah memenangi GOLD MEDAL dalam pertandingan research dan innovasi peringkat UPM pada 2005.
  • Saya panjat syukur ke hadrat Allah yang mempermudahkan semua urusan sepanjang saya menjadi postgraduate student di Adelaide University, Australia.
  • Saya kini saya telah menang 4 medals untuk animasi - 1 GOLD (UPM), 1 GOLD (UPSI), 1 GOLD (MTE) dan 1 Silver (ITEX) dgn 3 copyright !
Ku abadikan kenangan 25 tahun dahulu...
Semasa tamat 1st degree Konvokesyen UKM 1986

Berikut adalah ENAM  artikel hasil dari thesis tersebut.....
  • Othman Talib, Matthews, R., & Secombe, M. (2005). Constructivist Animation - A Promising Alternative Tool in Bridging Theory - Practice Gap in Science Education. Paper presented at the International Conference on Science and Mathematics Education 2005, RECSAM, Penang Malaysia, 6-8 December.

  • Othman Talib, Matthews, R., & Secombe, M. (2005). Computer-Animated Instruction and Students’ conceptual change – Preliminary Qualitative Analysis. International Educational Journal, 5(5), pp. 29-42.

  • Othman Talib, Matthews, R. & Secombe, M (2005). Prototype Model of Computer-Animated Instruction in electrochemistry – Preliminary Quantitative Analysis. In H.S Dhinsa, I.J. Kyeleve, O. Chukwu & J.S.H.Q. Perera (Eds). The International Conference on Future Directions in Science, Mathematics and Technical Education (pp.101-110). Gadong: University Brunei Darussalam.

  • Othman Talib, Shah Christirani Azhar & Nabila Abdullah (2006). Using systematic animation to teach dynamic science concepts.  Learning by Effective Utilization of Technologies Facilitating Intercultural Understanding (pp.543-550). Oxford: IOS Press.

  • Othman Talib, Matthews, R. & Secombe, M (2006). Innovative constructivist-animated instruction in teaching complex, abstract and dynamic concepts. Jurnal Pendidikan, vol. 26, University Malaya.

  • Othman Talib & Shah Christirani Azhar (2007). Constructivist animation and matriculation students’ conceptual change. Proceeding of the Seminar Pendidikan Pra Universiti / Matrikulasi. PJ , 4-5 August 2007, 72-79.

Mudah2an pandangan dan pengalaman saya dapat di manfaatkan yang mana sesuai dengan anda....



Othman Talib

Tajuk 99 - JIKA SAYA MENJADI ANDA (BHG 1)

Jika saya menjadi anda, sebelum saya putuskan sebarang tajuk kajian:
  • Saya akan mulakan langkah saya dengan membuat intensive LITERATURE SEARCH dengan membaca 20 - 30 artikel jurnal tahun 2008 - 2011 yang menepati bidang saya, katakan  pendidikan sains. Bukannya sibuk mencari tajuk tanpa asas pembacaan dan pengetahuan dalam bidang yang diminati (dengan kemudahan online sekarang... 200 artikel pun boleh cari !)
  • Saya pastikan ada 2,3 artikel / prosiding kajian tempatan, bagi mendapatkan konteks kajian di Malaysia.
  • Saya juga akan mendapatkan 3  - 5 tesis dalam bidang yang sama
  • Saya akan teliti tajuk, objektif dan sampel yang digunakan supaya sesuai dengan "citarasa" saya. Sampel penting kerana saya ada banyak kekangan. Method kajian bukanlah satu isu, tambahan ada perisian SPSS dan NViVo misalnya. Tapi lepas tu kenalah ikut kursus.
  • Saya akan senarai pendekkan 5 artikel jurnal dan 2 tesis yang paling relevan untuk kajian saya
  • Saya buat begini kerana saya seorang novice, saya perlukan artikel yang paling hampir dengan bidang saya dan saya perlukan tesis untuk mengetahui secara detail apa yang telah dilakukan. Dari artikel dan tesis tersebut saya dapatlah meneroka lagi rujukan2 lain.
  • Saya akan baca dan cuba fahami teori yang digunakan
  • Saya akan pilih 2 teori paling saya faham
  • Setelah membaca dan memahami artikel dan tesis tersebut, saya akan fikirkan kesesuaiannya untuk mengisi gap dalam bidang saya. Gap ini saya cuba dapatkan dari cadangan future research dalam artikel yang saya baca.
  • Setelah itu baru saya berjumpa supervisor /penasihat saya dengan mengemukakan 5 working title yang saya hasilkan dari pembacaan saya.
  • Saya percaya, saya sudah ada asas untuk membuat kajian dan bahan untuk LR saya.
  • Saya pun cuba email beberapa pensyarah pakar bidang pendidikan sains dalam dan luar negara.
  • Saya takkan mencari tajuk yang sesuai tanpa membuat pembacaan yang intensif dahulu....kerana akibatnya saya akan teraba2 dan tak ada fokus kajian.....maklumlah saya masih NOVICE
Nanti ikut jejak ayah jadi pensyarah.....


Komen anda:
  • Senanglah tulis itu ini sebab U dah lulus dan dah jadi pensyarah. Kami ni?
Saya akan jawab..... dalam tajuk seterusnya....TAJUK 100 ! Phew....

Tajuk 98 - LITERATURE REVIEW - Jangan jadi PENAKUT!

Kat luar hujan turun. Wpun sejuk..... jantung saya panas.... bukannya apa tetapi GERAM....sebab ramai pelajar TAKUT meluahkan idea dalam menulis LR. Kalau bercinta.... idea keluar mencurah2  sampai bersambung dalam mimpi !!
  • Anda TAKUT untuk menulis LR kerana fikiran anda fokus kepada petikan artikel MELEBIHI fokus anda kepada kajian sendiri - Betul tak? 
  • Anda TAKUT untuk memetik dengan menghilangkan perkataan asal dari petikan - Betul tak? 
  • Bila anda TAKUT, anda mengambil jalan mudah meringkaskan sahaja kajian lepas dan kalau boleh menterjemah sebijik2 apa yang anda baca - Betul tak?
  • Akhirnya LR anda menjadi himpunan ringkasan kajian lepas..... bukannya kupasan dan analisis dalam konteks kajian anda - Betul tak?
Maka andapun mulalah menulis seperti:
  • Othman (2007) said that....
  • Robert (2010) stressed that...
  • Mathews (2009) in his study argued that.....
  • Kajian oleh Salman (2009) dalam kajiannya mendapati ....
  • Shah Rukh (2007) telah menyenaraikan.....
Pembaca ingin membaca tulisan anda, kajian anda, mendengar suara anda dan hujah anda bukan ringkasan kajian lepas seperti di atas - Betul tak?


(Bayangkan anda sedang berbincang dengan pasangan anda tetapi asyik bercerita tentang bekas buah hati anda.....maka pasangan anda akan meluat..... samalah seperti membaca LR anda tetapi penuh dengan ringkasan2 kajian lepas.....meluat lah.......) 

Fikirkan sejenak simulasi ini - Sepatutnya anda menulis dengan menutup mata, tulis apa sahaja yang anda mahu tentang kajian anda. Jadi barulah pembaca akan MEMBACA idea anda dan suara anda. 


Husna sedang menulis LR bertajuk "Anak Itekku"




Tapi anda tak boleh buat begitu sepenuhnya kerana LR memerlukan citation bagi memantapkan tulisan anda, maka anda perlulah merujuk kepada kajian lepas. TETAPI ini bukan bermakna anda meringkaskan artkel yang anda rujuk!

Katakan anda ada petikan berikut dan anda ingin gunakan untuk kajian anda berkaitan "miskonsepsi dalam sains". Baca dengan teliti.



Petikan 1 (Othman, 2007)
This study also found at least three specific misconceptions demonstrated by the subjects from both the computer-based animation and conventional groups, which can be added to the list of students’ misconceptions documented in previous research. These misconceptions were found written by the students in the pre-test and post-test and detected during the interview sessions. These misconceptions were (a) a reducing agent is only in atomic form (b) there are positive atoms and negative atoms, and (c) in electrochemical cells, the cathode is always a negative electrode and the anode is always a positive electrode. Another common misconception held by the subjects was that they believed the salt bridge supplied electrons which flowed through electrolyte solutions as electrical current in order to complete the galvanic cell’


Penulisan 1:
Miskonsepsi adalah fenomena yang sering berlaku dalam pembelajaran sains. Secara umumnya miskonsepsi merujuk kepada pemahaman konsep pelajar yang bertentangan dengan konsep sains seperti yang difahami oleh ahli sains. Fenomena miskonsepsi ini wujud dalam kognitif pelajar tanpa disedari. Misalnya dalam mempelajari sains, terdapat  miskonsepsi terhadap kewujudan  atom positif dan atom negatif (Othman, 2007), sedangkan mengikut pemahaman sainstifik, semua atom adalah bersifat neutral




Petikan 2 (Othman & Robert, 2006)
The research process demonstrated that factual knowledge such as definition of terminologies can be remembered and understood easily by the students in computer-based instruction and talk-and-chalk. Some misconceptions about simple concepts can also be restructured and resolved through both instructional approaches. In other words, it seems adequate for the factual knowledge to be intelligible in order to facilitate weak conceptual change, regardless of the method of instruction. For example, by just memorizing the facts, the subjects might have been able to give a correct definition of electrolyte. 

Penulisan 2;
Dalam mempelajari sains, pelajar masih boleh memberikan jawapan kepada soalan-soalan berbentuk fakta yang boleh diingati dengan mudah. Namun begitu, pelajar akan berhadapan dengan kesukaran untuk menjelaskan konsep yang lebih kompleks kerana mengingat fakta hanya dapat menjelaskan definisi sesuatu konsep (Othman Talib & Robert, 2006) tetapi bukannya pemahaman terhadap konsep tersebut. 

Kesimpulan:
Perhatikan dalam kedua-dua Penulisan 1 dan Penulisan 2di atas, saya tidak terpengaruh lansung dengan apa juga perkataan atau method kajian dll selain dari mengambil fakta yang relevan dengan apa yang cuba dijelaskan kepada pembaca saya. Saya TIDAK TAKUT pun asalkan ada citation.  Dengan adanya keberanian ini, anda akan menulis dengan lebih lancar tanpa takut2 dan ragu2, asalkan anda membaca sumber rujukan tersebut dan mengambil idea atau fakta yang relevan sahaja. Saya ulangi lagi.... FAKTA YANG RELEVAN sahaja !!

Persoalan saya: Adakah penulisan saya seperti anda membaca RINGKASAN KAJIAN LEPAS? 

Jadi jangan takut2..... anda adalah penulis. Pembaca ingin mengetahui kajian anda yang mantap bukannya ringkasan kajian lepas. Memang ADA ketikanya anda perlukan ringkasan kajian lepas malah memetik secara terus (direct quotation).... tetapi tuliskan dalam konteks kajian anda!

GERAM KERANA SAYANG...


OT

Saturday, February 26, 2011

TIPS MEMBUAT BONSAI KEMBOJA.....!

Balik sahaja dari jogging, saya terlihat pokok2 bunga saya yang telah lama terbiar. Sayapun segera mencapai pruner untuk membentuk anak bonsai yang baru....


Ini ler pruner.....
Ini ler anak pokok kemboja... mesti ditanam dari biji supaya
dapat akar yang cantik. Jika anda banyak duit, beli sahaja
anak pokok ini di Carrefour dalam RM8 ringgit jer.


Anak yang dah membesar dengan akar yang banyak. Akar ini dibiarkan terperangkap dalam pasu biar berpusing2 supaya boleh membentuk bonsai. Jangan tanam dalam pasu yang besar. Cantas  supaya anak pokok ini tidak memanjang sampai ke langit.
Bila anda cantas.... jangan cantas sampai botak.... seeloknya tinggalkan satu dahan dengan beberapa daun supaya pokok boleh buat makanan.... tak ler kebulor jika dah tak de semua daun. Kelihatan mata tunas dah nak tumbuh selain bunga yang keluar dari batang yang ditinggalkan. Selepas keluar tunas,
bolehlah anda cantas bantang yang tinggal.... selepas bunganya gugur..Then selepas beberapa minggu akan keluar daun yang subur dan bunga yang mekar. Begitulah adanya....


Bila dibuang sedikit tanah, kelihatan akar yang akan dinaikkan sebagai permulaan batang bonsai


Buang tanah dan basuh serta potong akar2 yang berserabut, tinggalkan sedikit di bahagian bawah supaya boleh membiak


Akar yang sudah dibersihkan




Inilah "Mak Bonsai" yang dah berusia lebih 15 tahun. Setiap setahun sekali naikkan akar supaya terdedah dan menjadi seperti batang bonsai. Jika batang mak bonsai ini dibahagi dua, 50% yang dibawah tu sebenarnya akar yang telah dinaikkan dari tanah 6 bulan atau 12 bulan sekali. Akar ini akhirnya kelihatan seperti batang yang berbelit2. bayangkan jika dah berusia 30 tahun...
Bandingkan anak bonsai 3 tahun dengan mak bonsai. Ilmu ini dah saya turunkan kat mak saya dikampung sebab mak ada banyak masa nak belek bonsai2 ni. Hasilnya ada banyak bonsai mak berbanding dengan saya..... berkembang juga ilmu saya.



Salah satu bonsai baru dicantas..... nampaknya baby Nine tertarik kat bunga yang merah !


Keladi juga perlu dicantas..... 
Pokok keladi gemuk ditempat redup dengan baja organik
seperti tahi kambing. 
Saya tak tahu nama pokok ni...tapi saya cantas juga daunnya menjadi pendek sebab terjuntai panjang sangat....hasilnya not bad! Bahagian bawah seperti bawang tu saya timbulkan (spt konsep bonsai) dan saya cuci dengan berus..... he he ikut kreativiti sendiri jer...
Ini bonsai pokok biasa (saya tak tahu lak namanya). Konsepnya sama tetapi yang ini perlukan dawai tembaga bagi membentuk batang yang menarik. Saya seorang jer yang minat pokok bunga ni... wife minat masak.... lega !!

JOGGING DI PRECINT 15 PUTARJAYA.... DAMAI DAN SEGAR

27hb Feb 2011, pagi yang damai, wife ajak jogging di Precint Diplomatik, Precint 15. Kedamaian pagi menggamit saya menulis blog ini mengajak anda yang ingin mencari kedamaian pagi sambil berjogging..... suatu tempat yang sungguh ideal.... saksikan jika anda yang berada di area BBB dan Kajang belumpernah ke sana... Berhampiran taman ini satu kawasan beli belah dan terdapat MYDIN......so lepas jogging boleh terus makan martabak atau shopping di MYDIN.
Kelihatan sepasang suami isteri berjogging sambil mengenang (agaknya) cinta mereka dulu-dulu


Warna merah untul basikal.... namun tiada basikal yang kelihatan. Jika anak anda lasak...
disini paling ideal untuk mereka membawa basikal sebab laluan berbukit!


Rumput dijaga rapi...


Menaiki tangga ini menguatkan otot lutut yang lemah..
tanpa perlu berlari.... sesuai untuk lelaki tau !


Waktu pagi yang tidak ramai penjogging memberikan ruang yang selesa kepada anda. Ini kerana putrajaya mempunyai banyak taman.


Suasana redup....syahdu.....


Jika anda ingin membuat bbq atau makan dengan anak2.....
disini amat sesuai...


Signboard di sini..


Jika anda tak boleh berlari cepat..... naik tangga ini sudah memadai
bagi menggoncangkan segala urat saraf dan jantung anda




Persekitaran yang nyaman.....berbanding dengan Tasik Cempaka yang panas dan penuh dengan orang....

Tajuk 97: Video 1 - Literature Review

Saya terfikir untuk melebarkan lagi bantuan kepada anda dengna menyertakan video dari youtube. Oleh kerana banyak video, saya pilih yang sesuai untuk diuploadkan dalam blog ini.

Video ini menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan LR. Penggunaan illustrasi memudahkan anda faham hubungan antara idea anda dengan idea-idea dalam kajian lepas. Video ini menekankan kepentingan mensintesis artikel menjadikan ianya relevan dengan konteks kajian anda. Selamat menuntun dengan sabar....

Friday, February 25, 2011

Anda ingin mengkaji pelajar cemerlang sains SPM untuk master dan PhD anda?

Salam,
Saya berminat untuk mengetahui bagaimana trend berfikir pelajar paling cemerlang sains SPM sekolah harian (yang consistent), dari keluarga susah (spt nelayan, petani dll) bagaimana mereka kekalkan motivasi, stail belajar, pengurusan masa dll. Kajian ini mestilah kajian kualitatif menggunakan kaedah seperti grounded theory......supaya trend pemikiran pelajar ini dapat dicungkil secara mendalam dan dijadikan model.

Jika berminat, boleh hubungi saya untuk perbincangan lanjut. Selepas itu, saya akan buat kajian untuk pelajar cemerlang agama + akademik.

Ada sesiapa yang sanggup sahut cabaran saya?

OT

Anak-anak serba kekurangan ini mungkin menjadi pelajar cemerlang... 

Q & A 7: Soalan dari UM - Confuse kajian master dgn PhD

Pertanyaan:


Assalam,

Dr, saya pelajar program doktor falsafah di Universiti malaya. Masalah saya ialah masih terlalu byk keperluan2  untuk melaksanakan tesis dengan baik yang saya tidak tahu.apatah lagi untuk melaksanakan tesis Phd ni.krn masih terlalu mentah,boleh katakan saya zero.

di atas sy ada sertakan pada dr, proposal tesis phd sy akan bakal sy buat, sy mohon bantuan dari dr untuk mencadangkan dan memberi pendapat pada saya
1) bentuk kajian yg boleh dilaksanakan untuk kajian tesis saya tersebut,
2) kemahiran2 yg perlu sy kuasai uuntuk menjadikan kajian tersebut lebih mantap,mampan dan menarik.

saya harap dr dapat membantu sy.

yg dalam kesusahan,
NS, Kuala Lumpur


Respon:

Terima kasih kerana bertanya. Saya telah membaca proposal U dan mendapati kajian U masih diperingkat master. Saya cuma nk jawab ringkas dulu.PhD memerlukan u menghasilkan sesuatu.... yang original..... tapi objektif dan persoalan kajian U tu dalam proposal tak sampai lagi ke perngkat PhD. Pada peringkat PhD, U kena buat analisis peringkat tinggi untuk mengesahkan  modul, soal selidik, kerangka konsepsi, model dll yang U bina .... yang ada originality....spt kajian kuantitatif guna melalui sekurang2nya analisis seperti MANOVA, multiple regression, factor analysis, path analysis atau kombinasi dengan SEM. 


Jika kajian kualitatif, U kena buat indepth analaisis bagi menghasilkan model dari semua konstruk dalam fenomena yang U kaji. Perisian spt NViVo boleh membantu. Jika hanya nak kenapasti faktor itu dan ini atau melihat perkaitannya, itu masih di takuk master. Wbp saya setuju dengan fokus kajian U..... memang perlukan kajian dilakukan.

Nasihat saya, jumpa penasihat U, dah bincangkan hal ini, apa kata dia sebab dialah yang akan supervise U sampai habis. Saya cuma ingin membantu dan berikan kemahiran yang sesuai. Jika U dah sure nak buat kualitatif atau kuantitatif..... U kena dalami kaedah analisis yang diperlukan. Selain dari itu, persiapkan diri dengan bengkel penulisan cepat dan penulisan literature review supaya u boleh hasilkan proposal yang mantap dahulu. Saya sedie membantu U dan kawan2. Ingat.... PhD perlukan U hasil sesuatu yang original..... bukan sekadar exploratory atau mengenalpasti faktor itu dan ini sahaja.

Baguslah jika U nak kumpulkan kawan2 dan adakan bengkel..... sambil bimbing membuat lierature review yang baik....boleh kita bincang apa yang saya maksudkan dengan kajian master dan PhD. Satu lagi.... jangan guna perkataan seperti orang kecewa jer.... Apa yang U lalui bukan kesusahan tetapi satu cabaran......Macamana nak kaji program motivasi jika U sendiri macam tak der motivasi.... kan begitu? 


Saya akan komen email terbaharu U asap. Gud luck dan terima kasih kerana bertanya.

OT
26.2.2011

Thursday, February 24, 2011

Di London bersama celebriti Hollywood !

Beberapa keping lagi pic saya menjelajah London yang baru dijumpai dalam external harddisk.... ada cerita yang boleh kita kongsi bersama...termasuk berjumpa JLo, Johny Depp, Julis Robert.... teruskan melihat pic..

Dari eye of London

Stesen Victoria.... konsep yang diikuti oleh KL Central..... menjadikan KL lebih moden dan selesa

Komuter yang banyak, cekap dan pantas memudahkan pergerakkan di London dan bandar sekitarnya

Lagi komuter...

But Im smart...

Pengembaraan yang merapatkan lagi dua insan...

Masyarakat London suka berkarya...

Istana lama yang terpelihara dengan baik..... 

Lagi istana lama yang tersergam indah di Hampton

Taman yang indah...

Galeri lukisan ada disemua ruang di Istana Hampton

Lukisan didinding

Berperang dan menakluk adalah ciri keegoan masyarakat Barat
dan sehingga kini...dalam bentuk yang berbeza

Taman yang luas.....


Pusat penerangan..... dan kedai cenderamata

Inilah surat kabar yang telah lama terbit di London iaitu Metro London yang sama konsep dengan Metro di Malaysia.
Nak tahu beza keduanya..... kat London free kat Msia kena beli... !

Kat London nak bermanja dalam bas pun tak sapa yang kesah....

Beca ni timbul waktu petang untuk bawa penuntun ke  teater

Macam2 bentuk beca..


London sibuk dengan pejalan kaki.....



Bersama Johny Depp...serius.....
David Teoh pun tak dapat peluang cam ni... he he


Julia Robert pelawa saya duduk dan bergambar.....!!

Yang ini Bollywood ada jugak kat London..
sama2 ensem..

He he.....tahu tempat apa ni? Cari ler sendiri.....


Keretapi bawah tanah London yang sungguh effisien

Ni ler capsule Eye of London
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...