.
"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"
MORE THAN 3 MILLION HITS !
Statistik
SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI
Pertanyaan: zahinothman@gmail.com
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...
Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...
Thursday, October 17, 2013
Tuesday, October 15, 2013
Tajuk 525: Raya korban – Relevenkah Kisah Nabi Ibrahim?
Sempena raya korban aku tulis sedikit pendapat aku yang naif ini....dalam entry "Relevenkah kisah Nabi Ibrahim?"
Wooo...takut aku baca tajuk entry ko bro?
Aku sendiripun takut…. tapi itu hanya persoalan kerelevanan yang bermain2 diminda aku…. sedang kisah Nabi Ibrahim adalah kisah sahih yang kita semua yakini dan tercatat
pula dalam Al-Quran malah menjadi sebahagian procedure ibadah dalam mengerjakan
haji.
Abis apa yang tak relevennya?
Kisah Nabi Ibrahim yang korbankan anaknya Nabi Ismail….
adalah kisah yang wajib diyakini sejak diceritakan oleh ustaz ketika di bangku
sekolah rendah lagi. Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bersifat siddiq….perbuatan mereka adalah benar, mimpi mereka juga benar. Jadi tiada sesiapa sanggup menyembelih anaknya sekiranya dia bukan
Nabi atau Rasul. Maka aku terfikir,
kisah Nabi Ibrahim ini seperti tidak “releven” dikhutbahkan dalam “versi
kenabian” semata-mata kepada masyarakat marhaien Islam...
Apa yang ko maksudkan….versi kenabian? Lain macam jer bunyinyer?
Cam nilah…..Nabi Ibrahim unik dan tiada duanya. Nabi Ismail juga satu. Kisah pengorbanan ini
sangat unik dan hanya berlaku kepada dua beranak ini sahaja yang kedua2nya
bertaraf Nabi dan Rasul. Takkan mungkin ada yang berani mengaku bermimpi utk
menyembelih anak mereka selepas kewafatan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. Jadi…. kisah ini unik
dengan pengorbanan yang tidak akan berulang lagi selepas kejadian Nabi Ibrahim
dan Nabi Ismail. Sedang pengorbanan yang
paling dekat yang boleh diikuti oleh umat adalah pengorbanan yang sepatutnya
ditunjukkan oleh pewaris nabi …warisatul ambiya seperti alim ulama dan para ustaz dan ilmuan2 Islam
yang lain. Dlm kontek masyarakat marhaien sekarang ini…..maybe ustazlah yang paling dekat dengan umat utk dicontohi
kerelevenan pengorbanan mereka sejajar dgn pengetahuan yang mereka miliki. Mereka inilah yang patut dijadikan contoh dalam khutbah sebagai contoh
yang releven dengan zaman ini bagi memanifestasi dan mengambil iktibar kisah
pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, berbanding dengan kisah2 Nabi yang disampaikan
berulang2 kali dalam versi kenabian…..tanpa sesuatu contoh semasa yang
realistik.
OK…. Aku dah mula faham…. then?
Jadi, jika ustaz yang
dianggap paling menghampiri warisatul
ambiya sekurang-kurangnya dari segi ilmu yang mereka miliki tetapi tidak dapat menunjukkan satu tahap pengorbanan
yang lebih realistic utk dicontohi…. maka kisah pengorbanan Nabi2 dan Rasul2
terdahulu hanya akan jadi kisah2 yang tidak dapat dirasakan kerelevenannya kepada
umat.
Apa yang ko nak sampaikan…aku dah confused balik?
Contohnya mudah….. dalam khutbah aidil adha…. khatib boleh sahaja
menyebut….contohnya:
”Pengorbanan Nabi Ibrahim ini boleh kita contohi dengan
melihat kepada pengorbanan almarhum Ustaz Ibrahim yang tinggal di Sungai Merab Kajang yang hanya memiliki motosikal kapcai untuk menyampaikan kuliah kerana sebahagian besar gajinya dikorbankan untuk
Islam sehingga tidak mampu membeli kereta!! Begitu juga dengan anaknya Ustaz
Ismail yang juga berkorban tenaga mengendalikan sebuah rumah anak yatim sebaik
sahaja lulus dari University Al-Azhar tanpa mengharapkan gaji dari kerajaan…, malah beliau tidak memiliki sebarang kenderaan selain mewarisi motosikal kapcai aruah bapanya..... dan
inilah pengorbanan yang perlu kita ikuti….kerana ustaz2 ini telah memberikan satu contoh pengorbanan yang realistik yang
dituntut Islam yang kita semua boleh contohi…..tanpa perlu mengorbankan anak sebagaimana Nabi Ibrahim....”
Tapi bro…. pengorbanan tersebut mana sama dengan pengorbanan
Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ?
Tau tak per… memanglah tak sama…. tapi yang tak sama itupun hampir2 tak berlaku…. macamana mesej pengorbanan tahap nabi tersebut boleh sampai
kejiwa umat ….jika warisatul ambiya sendiri tidak dapat menunjukkan satu contoh
pengorbanan yang realistik ... Apa yang
kita selalu diberitahu…. Para nabi dan rasul hidup penuh pengorbanan….sehingga
tak terkira pengorbanan mereka…… sementelahan terlalu sukar pula untuk melihat
pengorbanan ustaz-ustaz selain mendengar kuliah atau ceramah dalam TV, majalah, forum2... malahan mereka sentiasa hadir lengkap berbaju Melayu beranika warna silih berganti....dengan samping songket tenunan asli…..sambil membawa kereta mewah…..
Mewah ker?
Lihat ler sendiri….sekurang2nya
lebih mewah berbanding sebahagian besar kereta umat marhaien yang lain....sedang dalam
kuliahnya ustaz tersebut meminta jemaah berkorban sebagaimana pengorbanan Nabi
Ibrahim….dan Nabi Ismail
Tak boleh ker bermewah…. itu bukan salah….asalkan berkemampuan.......dari mendapat rezeki yang halal....
Aku tak ler pulak kata salah….aku cuma fikirkan seseorang yang banyak berkorban seperti yang dia sendiri diceramahkan atau dakwahkan.....tidak akan dilihat memiliki sesuatu yang mewah......itu sahaja pendapat aku...
Tapi bro..... Islam tu tak semestinya miskin.... mestilah nampak gah.... hebat !
Apanyer yang gah....dan hebat? Berapa ramai ustaz / pendakwah bebas yang berkorban masuk pub utk berdakwah... masuk kg orang asli..... berdakwah kepada bukan Islam.... kepada muaalaf.... kepada pembesar negara? Kalau tak boleh masuk pub..... kenapa tak berkorban berdakwah di pusat2 beli belah atau cyber cafe....atau gelanggang futsal atau penjara atau pusat serenti....dll..... cer ko sebut satu nama ustaz / pendakwah bebas yang lakukan semua ini.... cukuplah aku nak tahu satu nama jer........ yang bukan hebat berdakwah depan audien atau dalam forum atau program2 seminar....setelah mendapat jemputan atau di masjid...yang audiennya memang baik.....dan adakah ini pengorbanan yang menyahut seruan pengorbanan Nabi Ibrahim.....?
Abis ko sendiri sanggup ke buat macam tu?
Kalau ustaz / pendakwah bebas yang hebat dgn nas dan hadith serta berkeupayaan berhujah pun tak mampu nak buat..... ko tanya aku?
Tapi bro..... Islam tu tak semestinya miskin.... mestilah nampak gah.... hebat !
Apanyer yang gah....dan hebat? Berapa ramai ustaz / pendakwah bebas yang berkorban masuk pub utk berdakwah... masuk kg orang asli..... berdakwah kepada bukan Islam.... kepada muaalaf.... kepada pembesar negara? Kalau tak boleh masuk pub..... kenapa tak berkorban berdakwah di pusat2 beli belah atau cyber cafe....atau gelanggang futsal atau penjara atau pusat serenti....dll..... cer ko sebut satu nama ustaz / pendakwah bebas yang lakukan semua ini.... cukuplah aku nak tahu satu nama jer........ yang bukan hebat berdakwah depan audien atau dalam forum atau program2 seminar....setelah mendapat jemputan atau di masjid...yang audiennya memang baik.....dan adakah ini pengorbanan yang menyahut seruan pengorbanan Nabi Ibrahim.....?
Abis ko sendiri sanggup ke buat macam tu?
Kalau ustaz / pendakwah bebas yang hebat dgn nas dan hadith serta berkeupayaan berhujah pun tak mampu nak buat..... ko tanya aku?
OT
Friday, October 11, 2013
Tajuk 524:Bila SV tak tahu murnikan questionnaire - Inilah jadinya....
Fuhh... ganazz ko bro !! Item tu dah 3 kali dimurnikan.... senang2 jer ko nak komen.... tak berhati perut sungguh ko ni...
Jgn ler tuduh aku macam tu... sedih tau.....aku sekadar ingin memberi pendapat.... salahkah aku? Salahkah ?
Tak adalah salah.... janganlah emotional.....dunia akademik perlukan komentar supaya boleh berkembang..... no heart feeling...
Item qnaire mesti objektif... spesific bukan umum sebab akan difahami dari pelbagai dimensi sedang item mesti unidimentional. Maaflah kalau yang murnikan tu SV.... 3 kali pulak tu....maknanya SV tu tak faham maksud unidimentional yang menjadi syarat membina item soal selidik....dan kalau yang murnikan tu "content expert".... dia hanya tahu content tapi tak faham keperluan membina item....Contohnya....Kalau ko nak tanya responden sama ada durian adalah buah kesukaannya tulis sahaja.
"Saya suka buah durian"
Jangan ler pulak ko melalut dgn menulis item spt berikut yang mempunyai pelbagai tafsiran / dimensi:
"Kebanyakkan rakyat Malaysia suka buah durian"
"Buah durian enak dimakan"
"Saya tidak suka buah yang tidak ada bau durian"
"Tidak semua orang tidak suka buah durian"
"Saya rasa kenyang selepas makan durian"
"Saya berpuashati jika dapat membeli buah durian"
Ok...OK got you point....
Satu lagi.... pilih mana satu soalan yang lebih bersifat objektif bagi satu soalan dalam kelas Pendidikan Islam Tingkatan Satu berkaitan makanan dan manusia?
Manakah yang boleh dimakan oleh manusia?
A. Siput babi
B. Siput sedut
C. Babi hutan
atau
Manakah yang halal dimakan oleh seorang Islam?
A. Siput babi
B. Siput sedut
C. Babi hutan
Tentulah yang kedua.... lebih objektif dan difahami dengan cara yang sama oleh semua pelajar... .
Tahu tak per...Kalau macam tu aku akan sertakan komen aku tersebut.... oleh kerana aku bukan SV atau sesiapa kepada pelajar tersebut.... aku anonymous kan...
Tapi pelajar tu sesuaikan dari kajian lepas.... dari soal selidik established tahun 1980....
Tulah pasal.... soal selidik tu dah 23 tahun bro... dan ini bukan formula matematik atau theory Archimedes yang selamaya pun takkan berubah.... dan bukan semua qnaire yang standard tu baik.... kena teliti dahulu....
| Ni double negative lagi.... ni kalau Dr OT tahu ni... siap ko kena berdiri atas meja !! |
Ok.... Ok.... apa dia komen ko tu....
Komen aku berkisar kepada 3 aspek:
1. Halo effect error: pelajar suka tulis item yang terlalu umum... bak kata omputih (dengan izin) statement according to how respondents feel about it in general... such as ‘Reading is a good hobby’, ‘Most student like to read books’.... yang mendorong responden jawab "Sgt Setuju" bagi item positif atau "Gambling is an healthy life " mendorong menjawab "Tidak bersetuju"....walaupun respondent sendiri tak suka baca buku dan kaki judi !!
2. Masih ada item "double negative..... ini kesalahan yang TERANG lagi BERSULUH dilakukan oleh pelajar. Aku tak pasti... siapa yang murnikan item tersebut !
3. Item yang terlalu extreme seperti "Saya TIDAK berpeluang....." sebab tak mungkin tiada peluang lansung....ini soalan ancaman....
4. Aku cadangkan skala ke 3 "Sederhana setuju" tu dihapuskan sahaja kerana yang menjawab adalah guru.... .... sebab sederhana setuju masih mengelirukan sebab ada unsur tak setuju dalam tu !!
Inilah komen yang aku beri secara ringkas dan sepintas lalu (dalam tulisan merah) ...
Adanya.....
OT
Thursday, October 10, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)

.png)


