Aku baca dalam fb ko merayap sampai ke SEMPORNA?
Aah…pemergian aku ke TAWAU utk mengisi bengkel penulisan
thesis ler… then keesokkan harinya aku ke SEMPORNA pula. Rasa tak sempurna jika
tak ke sana. Aku membawa kereta merentasi ladang kelapa sawit dari TAWAU ke
SEMPORNA… daerah yang tiba2 tersohor kerana peristiwa di Lahad Datu.
Sampai di SEMPORNA, aku terus ke Pulau MABUL…. pulau transit sebelum ke Pulau Sipadan, 40
minit menaiki speed boat dari jeti di SEMPORNA.
OO…. apa hal ko citer pasal proposal PhD lagi ni?
Adalah sikit… sekadar memberi pandangan… barulah meriah
dunia pendidikan kita…
Aku nak citer dua kisah...
Kisah 1: Kisah proposal PhD ( kisah proposal lagi...)
Kisah 2: Kisah anak Pulau Mabul (spt photo di bawah ini....)
Ko baca ler sampai abis…
Kisah 1: Kisah proposal PhD ( kisah proposal lagi...)
Kisah 2: Kisah anak Pulau Mabul (spt photo di bawah ini....)
Ko baca ler sampai abis…
Lensa kamera aku merakam sebahagian kehidupan di Pulau Mabul... |
Kisah 1:
Dalam perjalanan ke SEMPORNA sambil aku melihat jutaan
poster dan sepanduk calon2 PRU13, aku teringat satu perbualan antara dua
pendidik.
Salah seorang berkata…sambil mengeluh:
“Susah buat proposal utk
mohon PhD bila ditanya – Apakah sumbangan kajian ini kepada KPM? "
Aku
buat kaedah pengajaran so aku jawab begini begitu… tapi aku dimaklumkan kajian
aku masih tak sampai kepada menyumbang sesuatu kepada KPM….
Sebelum aku teruskan tulisan ini…anggaplah apa yang ditulis
ini sebagai intellectual discussion…. dan aku ingin berkongsi pemahaman aku dgn
ko dalam hal ini
No problem bro… ko citer jerlah…
Berbalik keluhan dalam dialog di atas…aku cenderung utk
berpendapat bahawa adalah “terlalu awal” utk meminta bakal calon PhD membuat kajian
diperingkat master atau PhD dgn penekanan difokuskan “sumbangan kajian kepada KPM”.
Aku berpendapat sumbangan paling UTAMA yang diperlukan diperingkat master dan
PhD iaitu sumbangan kesarjanaan / intellectual dalam bentuk “contribution to
the body of knowledge” dalam bidang pendidikan
yang dikaji.
Cer ko bagi analogi sikit… maklumlah aku ni bukan bidang
pendidikan…
Aku bagi situasi simple….bukan analogi....
Apa sumbangan pelajar SPM yang cemerlang kepada KPM?
Errr…. Cam tak der jer ..
Memang lah “tidak ada” kalau diambilkira sumbangan secara
lansung, sebab mereka ini berjaya dalam SPM utk melayakkan diri memasuki matrik / IPTA… bukan masuk KPM.
Maknanya bro?
Maknanya….KPM lah yang bertanggungjawab menyumbang kepada
pelajar SPM bukan sebaliknya. Sumbangan ini dalam bentuk penyediaan guru
terlatih dan kemudahan terbaik disekolah… dan hasilnya pelajar mendapat KNOWLEDGE….
Jadi
KNOWLEDGE adalah objective apabila ko belajar dlm system pendidikan negara….dari
tadika lagi sampailah PhD.
Tadika sampai PhD?
Pelajar PhD adalah produk sebagaimana pelajar TADIKA dan SPM juga…jgn ko tak tahu. Bezanya calon PhD perlu meneroka sendiri KNOWLEDGE yang lebih specific secara mendalam yang diperlukan utk jadi bakal penyelidik yang berwibawa dan yang mempunyai kemahiran yang berkaitan dengan bidang masing-masing dalam pendidikan.
Convocation: Bakal calon PhD ..... |
Convocation: Inipun bakal calon PhD.... (www.imsipda.net) |
Pelajar PhD adalah produk sebagaimana pelajar TADIKA dan SPM juga…jgn ko tak tahu. Bezanya calon PhD perlu meneroka sendiri KNOWLEDGE yang lebih specific secara mendalam yang diperlukan utk jadi bakal penyelidik yang berwibawa dan yang mempunyai kemahiran yang berkaitan dengan bidang masing-masing dalam pendidikan.
KNOWLEDGE dan kemahiran ini kemudiannya diadun
dalam satu kajian yang akhirnya dapat pula menyumbang kepada “the body of
knowledge” dalam bidang yang dikaji.
Sumbangan
ini sangat crucial sehingga IPTA mensyaratkan semua calon PhD “wajib” ada
publication. Jadi menerbitkan artikel dalam jurnal adalah satu indicator yang jelas sbg “contribution
to the body of knowledge”....bukan contribution kepada mana-mana pihak...dan penerbitan artikel ni menjadi benchmark quality research yang menjadi amalan semua universiti di dunia....
Emmm…. lagi bro?
Selepas mendapat PhD, barulah wujud tuntutan supaya Dr-Dr
ini menjalankan kajian yang secara lansung berkait dgn KPM, bukan ketika
menjadi calon PhD yang serba novis, terbatas dgn pelbagai kekangan.
Abis apa yang dimaksudkan dengan”sumbangan kepada KPM?”
Aku tak sure pula maksudnya…agak2 ko?
Katalah sumbangan tersebut maybe dalam bentuk kajian yang
hasilkan misalnya.....
a. soal selidik baru utk kegunaan KPM
b. model baru untuk kurikulum KPM
c. faktor-faktor pengajaran berkesan dalam sains
OK… kalau macam tu…. aku ada soalan basic untuk ko jawab.
Adakah KPM bersedia untuk menggunakan soal selidik, model
atau apa sahaja dapatan kajian calon PhD?
Wooo… aku tak fikir KPM akan guna sebab itu hanya dapatan
dari seorang calon PhD yang novis… mana sampai standard KPM nak guna… malah
setahu aku “belum” adapun mana2 “product” PhD pun yang digunakan sepenuhnya oleh KPM. Kalau ada ko tolonglah maklumkan pada aku....
Contohnya perubahan kurukulum dari KBSR ker KSSR adalah hasil
penelitian, lawatan, bengkel, perbincangan pakar KPM / IPTA dan
lawatan ke puluhan negara luar sehingga ke negara Scandinavian dan bukannya hasil
dari gabungan dapatan sekumpulan calon PhD...apatah lagi dari hanya dapatan individu calon PhD !!
Bagaimana
dgn PPSMI yang dah dimansuhkan atau dasar2 lain? Adakah terdapat sumbangan dari kajian
calon PhD yang menyumbang kepada terhasilnya dasar2 tersebut? Malah pernahkah dalam diskusi KPM, ada thesis PhD yang dirujuk?
Emmmm…. cam tak der jer.....
Memang KPM ada menggunakan soal selidik dan inventori
seperti Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) utk bakal2 calon
guru….tetapi inventori ini dibina oleh sekumpulan pensyarah / pakar dari KPM
dan IPTA yang berpengalaman yang dah bertahun terlibat dalam pembinaan instrument psychometric…
bukannya sumbangan dapatan yang terhasil dari seorang calon PhD!
Apa yang ko cuba sampaikan ni bro?
Aku cuma terfikir… standard “sumbangan” calon PhD yang novis memang
tak sampai utk dijadikan "contribution" kepada KPM kerana KPM sendiri memiliki cukup kepakaran. Jika beginilah halnya…. tentulah tidak wajar
meminta proposal yang “dapat menyumbang” sedangkan realiti sebenarnya "sumbangan" ini tidak berlaku
pun....sebab yang berlaku adalah "contribution to the body of knowledge" yang akhirnya akan melahirkan pakar yang juga akan contribute kepada KPM.
Yang perlu ditekankan dalam penyediaan proposal adalah satu kajian dalam bidang pendidikan yang akan memberikan pengetahuan dan kemahiran up-to-date, mantap dan tip top dgn keperluan semasa....supaya KPM terus melahirkan pensyarah yang bukan sahaja IT savvy tapi menguasai pengetahuan pendidikan yg mendalam dalam bidang masing2 sehingga terus berupaya membuat penyelidikan berkualiti walapun selepas bergraduate utk menaikkan martabat KPM sendiri...
Percayalah.... berapa ramai calon PhD terutama pendidik KPM yang tak mendalami analisis qualitative serta menggunakan aplikasi ATLAS.TI, atau membuat reference manager dgn MENDELEY, atau analisis statistik dengan MANOVA, RASCH MODEL, FACTOR ANALYSIS, MANCOVA, SPANOVA, DISCRIMINANT ANALYSIS, SEM / AMOS, PLS.... dan lain2 analysis yang advanced.... termasuklah membuat validation instrument secara convergent, divergent, predictive....dan inilah yang perlu diberikan perhatian dan fokus dalam penyediaan proposal supaya bakal calon PhD KPM dapat hasilkan kajian yang MANTAP dalam bidang pendidikan.... dan sudah barang pasti kepakaran yang terbina ini akhirnya akan dapat dimanfaatkan oleh KPM juga....
Cer ko bayangkan….
Yang perlu ditekankan dalam penyediaan proposal adalah satu kajian dalam bidang pendidikan yang akan memberikan pengetahuan dan kemahiran up-to-date, mantap dan tip top dgn keperluan semasa....supaya KPM terus melahirkan pensyarah yang bukan sahaja IT savvy tapi menguasai pengetahuan pendidikan yg mendalam dalam bidang masing2 sehingga terus berupaya membuat penyelidikan berkualiti walapun selepas bergraduate utk menaikkan martabat KPM sendiri...
Percayalah.... berapa ramai calon PhD terutama pendidik KPM yang tak mendalami analisis qualitative serta menggunakan aplikasi ATLAS.TI, atau membuat reference manager dgn MENDELEY, atau analisis statistik dengan MANOVA, RASCH MODEL, FACTOR ANALYSIS, MANCOVA, SPANOVA, DISCRIMINANT ANALYSIS, SEM / AMOS, PLS.... dan lain2 analysis yang advanced.... termasuklah membuat validation instrument secara convergent, divergent, predictive....dan inilah yang perlu diberikan perhatian dan fokus dalam penyediaan proposal supaya bakal calon PhD KPM dapat hasilkan kajian yang MANTAP dalam bidang pendidikan.... dan sudah barang pasti kepakaran yang terbina ini akhirnya akan dapat dimanfaatkan oleh KPM juga....
Cer ko bayangkan….
OK per dia…
Bayangkan jika bahagian biasiswa PETRONAS pun minta proposal
yang dapat “kajian yang dapat menyumbang kepada PETRONAS” …. Agaknya berapa orang yang akan dapat
biasiswa….?
Mujurlah PETRONAS utamakan bidang…. maka pelajar yang berhasrat utk
buat PhD mestilah dari bidang seperti Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik
& Elektronik, Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan
Petroleum, Petroleum Geosains….itu sahaja !
Jadi apa kesimpulan ko bro?
Aku cuma nak menyatakan bahawa adalah lebih wajar meneliti
proposal bakal calon PhD / Master dalam
aspek sumbangannya kepada “body of knowledge” dalam bidang masing2 dgn memberi focus
misalnya kepada pernyataan masalah yang mantap dalam pendidikan, reka bentuk
kajian yang komprehensif serta analisis
data yang lebih advance dan rigorous supaya terhasilnya “Dr” yang kompeten utk menyumbang kepada KPM selepas mereka lulus PhD !!
Kisah 2
Ini adalah sedikit photo lawatan aku ke Pulau Mabul. Aku tak pergi menyelam sebab aku buat lawatan day trip jer tapi aku ke sana utk menyelami sedikit kehidupan anak-anak di Pulau Mabul yang cukup baik dan friendly yang aku temui... kekurangan kemudahan bukan satu masalah bagi mereka.. mereka tetap spt kanak2 lain, ceria dan bermain....bezanya mereka boleh survive di darat dan di air wpun baru setahun jagung....
Biarlah photo-photo aku ini berbicara....
Satu situasi kanak-kanak di Pulau Mabul Berani sungguh si kecil...spt tiada risiko.. berpanas tanpa baju dan seluar apatah lagi berjenama KIKO |
Memancing adalah aktiviti kanak-kanak di sana Inilah yang akan dibawa balik... |
Aku abadikan kenangan bersama anak-anak Pulau Mabul |
Lihatlah kehidupan atas sampan tradisi ini dibuat dari batang kayu yang di pahat... Kita pulak buat PhD / Master dalam bilik aircond, dgn laptop canggih.. itupun dah keluh kesah... |
Remaja Pulau Mabul... seharian memancing.. tiada hp atau Ipad utk chatting... |
Photo coral yang diambil dari jeti... |
Kanak-kanak sedang membina sampan dari botol air yang dikutip... emmm kreatif Anak-anak kita.. semua tersedia didepan mata... |
Nine dan Zuhayr tak sabar utk menimati air yang jernih |
Inilah hasil tangkapan dari jeti.... |
Terjun gaya ballad.. berani sungguh !! Kalau dilatih boleh ganti Pandelela Rinong ni... |
Aik apsal Nine sampai kat sini? |
Oppss..... akak2 jangan tergoda... |
Pantai yang memutih... tapi ramai orang putih... |
Anak-anak bermain dgn bahan buangan dibawah rumah bila air surut.. Tiada mainan Ben-10 atau Upin dan Ipin bagi mereka... |
Emmm ..... makan sendiri adik ni... |
Aku tabek spring bila mereka buat wau dari plastik sampah terpakai ..main pulak atas jeti sempit atas air !! Anak kita dah belikan layang2 pun menangis sebab tak tahu nak main... emmm ! |
Sementara si abang mencari rezeki dalam air jernih... |
Suasana kampung air di Pulau Mabul |
Nine (baju purple) kehairanan tengok rakan sebayanya main guli... Nine ingat main guli dalam Ipad jer....my poor little boy !! |
SubhanAllah.... kejernihan air yang memukau..... |
Bot adalah pengangkutan utama utk bergerak dan mencari nafkah |
Lihat si adik kecil ni.... selamba jer atas perahu uzur... |
Pulau2 sekitar.... |
Tiga beradik memerhatikan aku yang sedang menghalakan kamera kepada mereka... mereka tak pernah ada hand phone paling murah sekalipun...apatah lagi kamera Nikon... |
Tapak Sulaiman yang banyak di sana sini..... |
Inilah aktiviti masa lapang.... laut adalah padang permainan anak-anak ini |
Adik ini mencari sesuatu di air cetek.... |
Coral ditepi jeti.... |
Kejernihan air menjadi tarikan pengunjung... |
Lagi coral di tepi jeti yang kelihatan uzur....... |
Laluan balik ke rumah... Confident jer adik ni.... |
Anak-anak ini wpun hidup serba kekurangan tapi mereka ceria.... tiada masalah.... wpun tiada Ipad... tiada Astro... bye-bye sayang.......uncle OT akan datang lagi..... insyaAllah....
OT