.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, October 10, 2012

Tajuk 392: Menulis thesis - Anda pilih jalan mana?

Seronok sakan nampak pi makan angin kat Istanbul bro...

Aku pi konferen ler.... tapi perpatah menyebut jauh berjalan luas pandangan !!

Jadi dah luaslah pandangan ko ni...

Tak derlah luas mana.... tapi luas lagilah kalau banding dgn ko hu hu ... jadi aku nak huraikan lebih lanjut Rajah 1 yang aku telah masukkan dalam entry blog sebelum ini kerana masih ada yang bertanya melalui email tentang rajah tersebut


Rajah 1

Kenapa dengan Rajah 1 di atas tu bro?

Rajah 1 ini sengaja aku lakar kerana aku beranggapan ramai pelajar yang mengikuti Route 3. Anggapan aku rupanya ada kebenarannya kerana aku terima email2 yang mengaku tidak tahupun ada jalan lain selain Route 3. Bagi  mereka, langkah pertama adalah cuba memahami artikel sebelum mula menulis proposal. Oleh kerana banyak artikel yang perlu difahami tapi tak faham2 .... menyebabkan mereka mengambil masa yang terlalu lama untuk memulakan penulisan. 

Aah aku pun dulu cam tu jugak...

Oleh kerana sukar nak faham artikel yang banyak, maka penulisan proposal jadi sukar, tersangkut2, tersentap2 dan ter-ter lain yang sewaktu dengannya..... maka ramai yang menulis tapi tak yakin apa yang ditulis, malah penulisan dilakukan tanpa fokus kajian yang jelas.....

Tak cukup dgn itu, mereka mulakan dengan Bab 1.... then kena baiki edit baiki berkali2.... baru tulis Bab 2 then kena baiki edit baiki berkali2..... then Bab 3.... dah kalau setiap bab pula memakan masa yang lama, maka kalau ada 3 bab jawabnyer....lama 3 kali ganda ler....

Apa saranan ko?

Aku nak berfalsafah sikit ....."Kebanyakkan calon Master / PhD gagal melihat penulisan tesis sebagaimana sepatutnya tetapi melihat penulisan thesis berdasarkan apa yang ada pada diri mereka sahaja"

Tak faham ler bro....

OK... omputih kata "you dont see thing as it is, you see thing as you are !"

Lagilah tak faham.... 

Maksud paling sempoi..... benda yang mudah mungkin ko anggap susah sebab ko tak tahu tekniknya.

La..... cakap ler cam tu awal2...

Siswazah selalunya menganggap cara penulisan thesis susah berdasarkan pengalaman orang lain .... 

Aku nak bagi ko tahu...semua orang tahu penulisan thesis bermula dari penulisan proposal. Abis penulisan proposal bermula dari mana pulak?

Emmm.... dari mana pulak?

Selama ini ko hanya cari Tajuk Kajian dulu then baru nak menyelongkar journal. Bila tajuk ko tak byk dalam journal, mulalah ko anggap susah nak buat research sebab nak cari artikel pun macam nak mati tak jumpa2... then tukar tajuk lain sehingga menukar tajuk macam menukar seluar jeans jer ko buat. 

Ini baru tajuk! Ada sapa bagi tau ko pasal langkah pertama mestilah ko mempunyai topic of insterest (bikan title !)atau aea of investigation dulu....then barulah ko mulakan dengan extensive dan intensive literature search... then baru lah dapatkan fokus utk satu atau beberapa working title .. tak adalah susah spt dianggap !!

Sama juga utk langkah seterusnya. Pertama ko perlu tahu dan faham bahawa penulisan proposal mahupun thesis adalah satu proses berterusan..... atau continuous.... macam anak tangga !! Kalau ko melompat dari anak tangga 1 terus ke 10, jawab tergolek dog ler ko !! Jadi naiklah ikut anak tangga satu persatu....maka  kebarangkalian nak jatuh tu sangat kecil...dan kalau jatuhpun... taklah teruk bro ! 

Fuhhh.... berfalsafah lagi ko bro..

Jika satu proses itu berterusan seperti anak tangga tadi, maka tentulah lebih sesuai kalau bilangan anak tangga tu banyak kalau tempat yang ko nak naik tu tinggi, supaya ko boleh naik ke atas dgn yakin, selamat dan focus... bukan ambil jalan mudah siapkan anak tangga kat atas jer.... kat bawah tak ada anak tangga.... kena pulak melompat..... giler ker? 

Jadi, selepas extensive dan intensive literature search, langkah seterusnya ko boleh buat spt synthesis matrix (baca blog tajuk 212, 213) atau mind mapping adalah sangat wajar dan diamalkan oleh sebahagian siswazah. Jadi selama ini siswazah mengamalkan Route 2 atau Route 3 (kesian sapa yang ikut Route 3 ni).

Satu perkara yang tidak disedari adalah perlunya proposal ditulis dgn lengkap dan effective seawal mungkin. Jadi aku perkenalkan dalam bengkel aku dgn Route 1 (juga boleh dibuat melalui Route 2 terlebih dahulu - lihat semula Rajah 1) dgn memperkenalkan  teknik z-draft atau zero draft of thesis dan RFOT (kesemua zdof dan RFOT ini semakin berubah setelah blog ini berkembang... spt yang ditulis di tajuk2 lain yang lebih latest), sebagai langkah praktikal yang memastikan ko menulis lebih awal dengan yakin, dan menjadikan ini sebagai satu proses yang berterusan  dengan continuous improvement sebelum penyeidaan proposal ! 

Ko perlu sedar bahawa "a SMALL but comprehensive step done continuously is actually a BIG step !!" Jadi z-draft adalah satu langkah awal yang comprehensive bagi merealisasikan penulisan proposal sambil melakukan literature search... then langkah penyediaan z-draft ini kemudiannya di simplify kan dgn RFOT bagi mendapatkan kerangka kajian secara comprehensive. RFOT aku ni telah diuji oleh pembaca blog local dan overseas dan feedback yang aku dapat, RFOT boleh menjadi special tool yang comprehensive dan serba guna paling sempoi bertujuan utk mendapat komen dari SV...utk presentation.... utk sharing dgn sesiapa sahaja kajian ko. 

Paling penting....dengan adanya RFOT yang dah mantap dan lengkap, maka z-draft ko secara otomatik telah transformed (tanpa ko perlu buat apa2..tanpa menaip satu hurufpun) menjadi satu proposal yang mantap....utk terus berkembang dan dengan cepat akan menjadi satu thesis yang juga mantap....insyaAllah...

OT







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...