.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, October 26, 2012

Tajuk 400: Finding relevance articles – kenapa tak collaborate !!


Selamat Hari Raya Korban. Ramai yang ambil kesempatan cuti panjang dan balik kampong. Saya tak cuti panjang…. sebab esok akan ke Sabah, bertemu siswazah di Kompleks Tabung Haji KK. 

KK bukan tempat asing bagi saya, sebut sahaja area sekitar KK – semua saya dah sampai. Tuaran, Beufort, Pulau Manukan, Tg Aru, Menggatal, Bukit Padang, Pasar Philippine, Karamunsing, Kg Benoni…. Malah ke Puncak Kinabalu, Labuan sehingga ke Sepilok, Sandakan. Jangan tak tahu bah !! Peserta bengkel esok ni pun belum tentu dah sampai tempat2 yang aku sebutkan tu !!

Apapun saya bersyukur…. Entry ini adalah tajuk research yang ke 400 dan kesemua entry blog ini kini berjumlah 662. Menulis 400 tajuk berkaitan research bukan mudah. Saya sendiri tak menyangka boleh terus berkarya berkongsi rasa dan fikir. Mudah2an inilah sumbangan saya sehingga mata ini terpejam menemui Ilahi.

Tadi....ketika bersandar disebuah tiang di Masjid Wilayah Persekutuan ketika menunggu khatib membaca khutbah, saya terfikir….dalam beberapa tulisan saya sebelum ini, saya menunjukkan secara EXPLICIT bagaimana untuk mendapatkan articles dari journal berdasarkan keywords dan advanced search.

Setelah saya fikirkan secara mendalam, saya tiba2 percaya bahawa inilah satu kemahiran paling asas yang selama ini tidak disentuh atau dibincang secara serius antara SV dgn supervisee….betul tak? Saya tiba2 percaya bahawa kemahiran mencari artikel yang relevan dgn topic atau skop kajian yang ingin dijalankan perlu menjadi satu kemahiran yang WAJIB dikuasai oleh postgraduate wpun selama ini tak siapapun kisah kemahiran ini.


Articles kini berada dikeliling anda macam bola ini.... 

Saya percaya, kemahiran ini tidak diberikan perhatian atas beberapa sebab:

1. Pelajar master / PhD adalah pelajar matang yg sepatutnya "tahu" apa yang sepatutnya mereka buat (betul ke mereka tahu ?)


2. Pelajar sepatutnya telah mengikuti penerangan oleh pihak library bagaimana untuk mencari artikel (ramai yang dah masuk semester 2 librarypun tak tahu kat mana)

3. Kemahiran mencari artikel tidak ditanyapun semasa proposal presentation apatah lagi semasa viva (kalau dah tak tanya utk apa memeningkan kepala memikirkannya)

4. Zaman canggih ini semua komputer boleh buat ( tu yang ramai hanya google sana yahoo sini utk mencari artikel)

5. Banyak lagi kemahiran lain yang penting spt kemahiran cari tajuk, cari supervisor dan kemahiran cari alasan (jadi kemahiran cari artikel ini  isu remeh jer)

Apabila saya menggunakan perkataan “Intensive and Extensive Literature Search” dalam tajuk2 tulisan saya yang terdahulu…..bagi mendapatkan SEMUA artikel yang relevan, kemahiran ini bukan sesuatu yang “pandai2 akulah apa nak buat”. Kemahiran ini perlu dikuasai sebagai kemahiran paling awal sebelum anda membuka mulut berbincang apa sahaja berkaitan kajian anda. 

Saya telahpun tunjukkan secara langkah demi langkah bagaimana artikel yang relevan boleh diperolehi dalam beberapa minit dan jam sahaja…. Bukannya beberapa bulan atau semester. Jika anda masih terkial2 mencari artikel yang relevan…. sila baca dan review semula tajuk2 tulisan saya (spt Tajuk 398) bagaimana penggunaan on-line journal atau e-journal yang di”subscribed” oleh IPTA masing2 sebagai  sumber yang diperlukan utk mendapatkan artikel.

Saya juga ingin mencadangkan disini bahawa, anda juga perlu tahu utk mencari artikel dari IPTA yang lain selain IPTA tempat anda belajar…. hatta sampai ke luar negara. Contohnya jika anda adalah postgarduate bidang “Islamic Finance” di UM, sepatutnya anda mahir mendapatkan semua artikel online yang relevan yang di subscribed oleh library UM. Dan dalam masa yang sama anda boleh mendapatkan bantuan utk mendapatkan artikel “Islamic Finance” dari UIA misalnya, yang mungkin tidak di subscribed oleh UM. Bagaimana?

Password yang diberikan kepada anda utk access online articles di library tempat anda  belajar biasanya tidak dibenarkan dikongsi dengan pelajar dari IPTA lain, bagi mengurangkan kemungkinan isu “hacker” ataupun digunakan bagi tujuan2 yang tidak valid. Jadi saya syorkan cari paling baik adalah dengan “collaborate”. 

Bagaimana ini boleh dilakukan? 

Langkah pertama adalah mencari kenalan di UIA yang jika boleh satu bidang research yang sama dgn anda iaitu “Islamic Finance” dan minta kenalan tersebut mendapatkan article yang anda perlukan. Dalam masa yang sama, anda juga perlu dapatkan article yang mungkin diperlukan oleh kawan anda dari UIA tersebut dari sumber online UM. Dan tak berhenti disitu sahaja, anda juga boleh menyediakan satu shared folder dalam dropbox supaya apa sahaja artikel berkaitan “Islamic Finance” boleh dikongsi bersama. 

Hal yang sama boleh dilakukan dengan kenalan di LA Trobe University, Melbourne, Australia misalnya yang juga menawarkan kursus "Islamic Finance" diperingkat postgraduate. Kenapa agaknya langkah ini tidak menjadi satu strategi dalam kalangan postgraduate sedangkan istilah “collaboration”  adalah satu istilah yang sangat lazim dalam dunia penyelidikan.

Saya semasa belajar di Adelaide dahulu saya agak beruntung kerana tiga university iaitu Adelaide University, University of South Australia dan Flinders University collaborated membuka keahlian serentak. Maknanya, jika saya adalah member di Adelaide University, saya juga boleh access library dari dua lagi university tersebut.  Selain itu, saya juga dapat bantuan kawan2 di UPM, spt Ahmad Fauzi (kini Dr)   yang telah menghantar email artikel2 berkaitan constructivism yang beliau perolehi dari rakan kami yang belajar di UK spt sdr Kamirol (kini Dr) dalam masa yang sama. Secara tak lansung, ujud collaboration "secara tak sengaja" diawal kami memulakan pengajian masing2. 

Sayugia dimaklumkan ketika itu, dropbox dan facebook belum ada….. tak seperti sekarang….sambil ikat tali kasut pun boleh guna hp hantar message melalui facebook sambil tulis “Bro… ko dah dapat ke artikel yang aku email !!”

So lets collaborate…. !!

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...