.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Wednesday, October 24, 2012

Tajuk 399: Konsep kerelevenan artikel - tajuk ada artikel tak ada ?

Santai .... tapi tetap relevan....

Dialog:
Kenapa literature review u ni semuanya artikel yang dah outdated, kebanyakkan tahun 1980an

Mana ada outdated ....... sebab kajian saya ni khusus... kaedah inquiri dalam pengajaran tajuk "Teori Atom"... tak ada kajian yang baru dibuat terhadap tajuk teori atom ni..... adapun tahun sekitar 1980an....jadi kenalah ambil artikel tahun tersebut sahaja. Kaedah inquiri ni juga bermula tahun 1980an...

Abis kenapa nak buat kajian ni kalau tak ada artikel terkini?

Sebab belum ada kajian kaedah inquiri bagi tajuk teori atom dibuat.... yang banyak kaedah inquiry dalam tajuk2 lain....

Tak ada ker artikel semasa utk u rujuk?

Ada banyak.... tapi semua tak relevenlah... sebab kaedah inquiry dibuat pada tajuk sains yang lain bukan teori atom... macamana nak rujuk......jadi dalam kes saya ni..... tajuk ada tapi artikel tak ada !!

Persoalan:
Ramai pelajar yang cuba mendapatkan artikel yang "sama" dgn kajian mereka. Jika boleh, semua aspek pun sama, termasuklah methodology, sample dan context kajian . 

Adakah ini satu tanggapan yang betul? 

Ramai berpendpat, artikel yang tidak sama dengan tajuk kajian, berbeza context dll .....adalah artikel yang tak relevan.

Persoalan kerelevanan artikel:
Saya utarakan dua  perbincangan asas tentang "kerelevenan" artikel yang perlu dianalisis dan disintesis secara kritis dalam literature review.

1. Artikel yang releven bagi menunjukkan perkembangan dan sumbangan kajian kepada  "new knowledge" mestilah  artikel yang latest, bukan yang outdated... apatah lagi artikel puluhan tahun lepas !

Jika artikel tahun 1980an diambil, perbincangan dan isu yang dikemukakan telah pun "ketinggalan" dan hanya sesuai utk tahun2 tersebut, malah terkeluar dari perkembangan semasa yang maybe jauh lebih advanced! Jika hanya tahun 1980an sahaja rujukan utama yang dianalisis, maka kajian tersebut juga akan dianggap "ketinggalan" juga....

2. Artikel yang releven tidak semestinya mempunyai content yang sama, tetapi yang penting adalah IDEA atau KONSEP  yang sama. Tidak akan ada satu kajianpun akan sama sepenuhnya dgn satu atau beberapa kajian lain wpun dalam bidang fokus yang sama, maka tidak akan ada satu artikelpun akan sama antara satu sama lain. Yang ada adalah artikel yang saling relevan antara satu sama lain. Jadi kumpulkan seberapa banyak artikel dalam bidang kajian dan kenalpasti artikel yang mempunyai IDEA dan KONSEP yang sama dengan kajian anda. 

Apa dia IDEA atau KONSEP yang sama tu?

Kajian pendekatan pengajaran inquiry dalam pendidikan sains wpun berbeza tajuk.... adalah relevan jika IDEA yang dikaji adalah sama seperti kesan pengajaran inquiry terhadap pemahaman pelajar dalam mempelajari sains.

Sebagai contoh:

a. Kaedah inquiry yang terkini maybe telah berkembang dan di modified berbanding dengan kaedah yang sama 20 tahun lepas... Jadi, kaedah inquiry yang dirujuk mestilah kaedah semasa supaya kajian anda berada pada tahap the frontier of knowledge. Jika hanya bersandarkan kepada kajian inquiry tahun 1980an.... anda dianggap ketinggalan 20 tahun kebelakang... 

Jadi sebarang artikel yang membincangkan kaedah inquiry walaupun bukan dalam tajuk "Teori Atom" secara direct adalah releven. Kaedah inquiry yang membincangkan sebarang tajuk dalam science education adalah relevan utk di"review". Langkah ini bertujuan mendapatkan isu dan perbincangan semasa yang berkaitan dengan kaedah inquiry.

b. Tajuk teori atom mungkin tidak lagi dikaji, namun jika ada keperluan untuk mengkaji semula tajuk tersebut spt yang ingin dilakukan oleh pelajar dalam dialog di atas, beliau mesti membuat rujukan kepada kajian semasa yang mengkaji tajuk lain tetapi mempunyai konsep dan idea yang setara. 

Contohnya sebarang kajian terhadap sesuatu konsep yang abstrak dan dinamik adalah setara dengan konsep atom yang juga abstrak dan dinamik. Artikel berkaitan konsep elektrik atau konsep magnetism contohnya adalah konsep yang relevan dengan konsep atom. Artikel semasa yang memuatkan kajian sebegini adalah relevan jika idea dan konsep yang ingin disampaikan adalah sesuatu yang berkaitan dengan pengajaran konsep yang abstrak dan dinamik juga.

c. Contoh lain spt pengaruh budaya Melayu dalam amalan keibubapaan. Wpun kajian anda merujuk kepada budaya Melayu, namun kajian2 semasa yang lain (dalam dan luar negara) yang juga melibatkan konsep budaya yang setara dan mempunyai konsep yang sama dengan budaya Melayu perlu dijadikan rujukan. 

Jadi jangan bergantung kepada artikel yang ada perkataan "budaya Melayu" tetapi dapatkanlah artikel semasa yang ada konsep budaya yang selari dengan "budaya Melayu". Banyak artikel semasa yang relevan yang juga mengkaji konsep budaya terhadap amalan keibubapaan yang sama seperti konsep budaya Melayu yang perlu dianalisis secara kritis.

d. Contoh lain - semua kajian yang melibatkan perbandingan min dua set data pelajar, perbandingan min skor dua kumpulan pekerja atau perbandingan dua min kumpulan berbeza jantina....mempunyai konsep analisis data yang sama iaitu  pengujian t-test, walaupun tajuk, konteks dan sample yang digunakan adalah berbeza.

Jadi secara ringkas, artikel yang relevan adalah artikel yang mempunyai konsep dan idea yang sama dengan kajian yang ingin dilakukan......dan analisis dan sintesis lah artikel2 sebegini supaya penulisan literature review menjadi kritis..... comprehensive dan bersifat current. 

OT








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...