.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, October 4, 2012

Tajuk 390: Apabila supervisee mengajar SV...


Salam.... dengar ko akan di interview hari ni…. interview ape tu bro?

Interview oleh satu bahan lantikan MTDC, utk lihat potensi memasarkan kajian aku….sebagai satu product

Emmmm…. ko dipilih ke ape?

Yeap… kajian aku dipilih kerana research aku berpotensi utk di commercial kan dan terpilih bawah utk program MVF (Market Validation Fund). 

Kajian apa bro? Mana der kajian dalam pendidikan boleh di commercial kan, hasilkan product kan?

Aah….. product. Apapun doakan jer…. Kalau ada rezeki aku bagi tau… dan mudah2an kajian aku berjaya memasuki fasa baru…. fasa production….

Ok..OK… fokus ke entry ko....aku suka entry ko kali ni… “Apabila supervisee mengajar SV”…apa maksud ko? Aku baca macam ko ada muslihat jer…

Ha ha…. muslihat amende… akukan SV gak….aku tak mahu bermain dengan kata-kata.... dan aku sendiri banyak belajar dari supervisee aku.  Aku cuma nak utarakan (termasuklah selatan, timur dan barat kalau boleh) supaya apa yang aku nak tulis ni dapat meletakkan graduate students dilandasan yang betul dan setaraf dgn kedudukan mereka sebagai student researcher terutamanya yang berada diperingkat PhD.

Cer ko jelaskan, amende yang terbuku dlm minda ko tu?

OK…. Katakan ko lah calon PhD tersebut…. dan ko telah mengikuti bengkel aku berkaitan z-draft dan research framework OT (RFOT)…..

Seperti yang aku bebelkan dalam entry sebelum ini, sebagai student research yang BLURR apa yang nak dikaji…… ko mesti mulakan research ko dengan membuat intensive dan extensive literature search sebelum ko betul2 tahu skop dan focus kajian yang akan dilakukan. Sudah pasti kerja2 ini melibatkan tajuk2 dan isu2 terkini dalam bidang kajian ko.
Usaha ko membuat intensive dan extensive literature search akan melibatkan perincian apa yang berlaku dari aspek perkembangan theory, isu, perbahasan, problem, perkembangan dll dalam bidang yang menjadi focus kajian ko. 

Emmm..Ok...

Selain menyediakan z-draft dgn mengektsrak point2 yang releven dari pembacaan ko terus dalam penulisan melalui aplikasi 1file1thesis, aku telah juga cadangkan sambil tu ko boleh “sketch” mind mapping (baca Tajuk 186) bagi mendapatkan “the whole picture” kajian ko secara menyeluruh….diikuti dengan pembinaan RFOT yang menjadi fokus "blue print" kajian ko secara khusus pula.

Jadi bro?

Jadi….selepas ko membuat intensive dan extensive literature search, dan terhasilnya z-draft serta mind mapping dan RFOT tersebut, ko sepatutnya berupaya memahami aspek2 utama dalam kajian ko dengan menyatakan dan menerangkan perkembangan kajian ko secara menyeluruh terutamanya “perkara2 baru” termasuklah “research gap” dan “theory terkini yang paling relevan” serta “analisis data yang paling rigourous” utk kajian ko kepada SV ko. 

Ingat, SV ko takkan membaca sedetail yang ko baca terutama artikel2-artikel terkini yang established dalam bidang kajian ko... setuju?

Setuju....

Then ko sepatutnya berupaya memberitahu SV ko “the frontier of knowledge” dari usaha ko tersebut.   

Emmm…..

Malah tak keterlaluan jika aku katakan…. Salah satu ciri SV yang baik adalah SV yang mampu menjadikan supervisee nya seorang yang boleh pula “mengajar” orang lain termasuk SVnya sendiri…. Maka wujudkah ciri-ciri extension and contribution to the body of knowledge bagi kedua2 pihak… pengetahuan SV juga berkembang dengan adanya supervisee sebegini….

Wokey...

Maka sayugialah aku harapkan ko sbg calon PhD juga mempunyai sikap sebegitu…. inilah dunia penyelidikan …. dan inilah yang terbuku dalam minda aku utk aku kongsikan pagi ini….

Tapi takutler pula dikatakan nak lawan tokey bro...

Ini bukan soal lawan tokey… inilah dunia akademik dan dunia research.,.. give and take. Namun ko tetap perlukan SV ko dalam membimbing menjadikan research ko tu satu reality....ini pasti.

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...