.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, October 5, 2012

Tajuk 391 – Ust Don dan A comprehensive view of z-draft and RFOT


Esok saya akan ke EDC UUM, mudah2an selamat sampai bertemu all rounder Faizul yang bekerja kuat siang malam bagi memastikan perjalanan bengkel tip top. Saya dimaklumkan beliau akan ada pembantu untuk registration di EDC esok.

Saya juga ucapkan terima kasih kerana Rosemary di KK, Sabah dan Adzlin di KUIS, Bukit Mahkota dan Ismail di Skudai yang juga sedang rancak bersiap untuk menerima kedatangan peserta di tempat masing2 utk bengkel akan datang. 

Saya juga dimaklumkan Al Fadhil Ustaz Don telah mendaftar sebagai peserta bengkel di KUIS. Saya gembira kerana beliau seorang figura yang popular dan sibuk dikaca TV tapi meluangkan masa utk hadiri bengkel sebegini….semoga beliau dan anda akan memiliki kemahiran menulis secara ilmiah yang efisyen dan berjaya menjalankan kajian dengan sistematik....Namun terselit rasa suspen takut2 ramai yang angkat tangan tanya soalan bukan pada saya… tapi pada Ustaz Don..... emmm



Dalam pada itu, saya tak jangka, contoh citation yang saya gunakan sejak 2 tahun lepas dalam bengkel2 saya iaitu........ Sweller (2009) and Don (2010)............tiba2 nama Ust Don timbul di KUIS... suratan atau kebetulan?

OK....dalam entry kali ini, saya ingin kongsi satu visual yang menunjukkan a comprehensive view of z-draft and RFOT seperti rajah di bawah yang saya lakarkan bagi peserta bengkel yang lepas dan juga bagi bakal peserta bengkel.  



Saya sertakan visual di atas supaya anda faham bagaimana ROUTE 1 menunjukkan peranan z-draft dan RFOT yang boleh mempercepatkan pemahaman dan penulisan proposal dan sekaligus meningkatkan validity research framework. Route 2 sering juga diamalkan oleh pelajar siswazah dgn penyediaan mind mapping utk memastikan variable, isu, method dll berkaitan kajian. Route 1 mempunyai kelebihan kerana boleh memanfaatkan juga mind mapping ini. Namun, hanya dengan mind mapping sahaja, sukar utk anda mencari fokus kajian anda.

Perhatikan pula perjalanan jauh Route 3 yang sering menjadi amalan sebahagian pelajar siswazah ..... tanpa sebarang teknik terus ingin menulis proposal. Route 3 inilah yang menjadikan anda mengambil masa yang lama teraba2 dan spt bernafas dalam lumpur bagi menyiapkan penulisan proposal anda.

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...