.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, April 30, 2012

TAJUK 350: Bengkel Uitm Puncak Alam - ZERO yang significant

Bengkel di Uitm Puncak Alam - ZERO yang significant

Saya ke Uitm Puncak Alam lagi semalam. Kali ini bertemu calon2 oscar Master dan PhD di Fakulti Farmasi.  Terima kasih kepada Sdri Amlizan yang membawa saya ke Puncak Alam...


Spt biasa saya ambil kesempatan mendengar dan berbincang dengan peserta2 semasa coffee break…. Semuanya muda2 belia….  Ramai yang mengeluh mengapa mereka terlalu lambat panas.. dan tidak banyak progress….sedangkan segala keperluan termasuk komputer, on-line library.....tersedia utk berkhidmat dgn efisyen......emmmm. 


NINE1: Searching for info.... anytime.... anywhere.... fuhh !


NINE2: Tidur sambil berfikir...... ngalahkan calon PhD !

Saya pun sambil sembang2 beritahu mereka bahawa sebaik sahaja melangkahkan kaki menjadi calon PhD atau Master, mereka akan menghadapi antaranya 3 situasi ini..... 

1. Menjadi supervisee kepada SV yang sibuk 
2. Membaca puluhan articles yang sukar difahami
3. Menghadapi masalah memulakan penulisan

Oleh itu izinkan saya sentuh sedikit bagi menjawab persoalan khusus di atas.

Pertama:
SV bukan tempat utk anda memahamkan kajian anda atau selesaikan masalah anda. Mereka tak bertanggungjawab utk mengajar apa apa yang anda tidak faham. Berapa ramai calon PhD yang belajar dari pihak lain, malah dari luar jabatan dan university mereka apabila menghadapi sesuatu masalah. SV melihat anda sebagai manusia dewasa yang "perfect" yang boleh atasi apa juga masalah. Jika terlalu harapkan SV..... takut anda akan kecewa..... 


Jika anda ingin berbincang dhn SV, pastikan anda tahu apa yang anda ingin bincangkan dan SV hanya akan memberikan pendapatnya sahaja .... SV akan biarkan anda yang membuat keputusan anda sendiri....so jangan cepat kecewa.  Tapi dalam banyak keadaan, anda akan mendapat lebih banyak komen lebih dari pendapat jika anda bertemu SV anda. 

Mungkin antara tugas paling “significant” dalam perjalanan anda membuat thesis yang dapat anda rasai dilakukan oleh SV adalah menurunkan tandatangan dan meluluskan proposal atau thesis utk defend…..dan viva…. the rest.... terserah kepada anda....

Kedua:
Artikel kini dah dihujung jari. Dalam menjelaskan Mendeley kepada peserta bengkel, ternyata perisian reference manager yang easy-to-install dan easy-to-use ini masih asing di Uitm. InsyaAllah.... lepas ini Mendeley akan mengalir deras di Uitm...... Dgn Mendeley, kerja2 mengurus artikel semakin mudah dan bersahaja. Tetapi ingat, ratusan artikel yang anda download tidak bermakna apa2 jika anda tidak tahu mengektrak idea dan maklumat yang relevan bagi memulakan penulisan.  Mengetahui cara mengekstrak idea dalam artikel lebih penting dari hanya membaca dan downloading sebanyak2nya artikel....dan ini tidak pernah di ajar kepada anda bukan? 


Ketiga:
Kalau dah SV biarkan sahaja anda memahami kajian anda sendiri..... dan tak tahuler pulak camner nak ektrak idea dari artikel, bagaimana pula nak memulakan penulisan first draft proposal.... sebagai langkah pertama sebelum buat research? 


Bagi peserta bengkel Uitm semalam, anda telah diajar secara live dan hands-on bagaimana nak menyediakan zero draft. Inilah langkah pertama yang anda perlu lakukan yang mungkin anda tidak pernah didedahkan pun sebelum ini. Inilah satu2nya zero yang signifikan bagi mengatasi langkah pertama dan kedua di atas. Dalam bengkel, saya telah tunjukkan secara  hands-on bagaimana penulisan proposal bukanlah langkah pertama dalam perjalanan penyelidikan anda….. langkah pertama adalah penyediaan zero draft. 


Penyediaan zero draft melalui kombinasi dropbox, mendeley dan document map / navigation pane ini akan sekalipus  "mengajar" anda "menguasai" apa yang anda tidak faham secara lansung dan tidak lansung seluruh aspek kajian anda  berdasarkan LR dan kajian2 lepas… dari pendahuluan hinggalah ke penyediaan bibliografi... 


Penyediaan zero draft ini juga akan sekalipus menjadikan artikel2 yang anda kumpul walaupun mencecah ratusan banyaknya dapat di ekstrak dengan mudah dan sempoi.... dan akan membuka minda anda kepada "dunia baru" penyelidikan anda. 


Ingat.....walaupun baru beberapa minggu menjadi calon Master dan PhD..... penyediaan zero draft akan menjadikan anda dari ZERO ke HERO dalam bidang kajian anda sendiri..... kerana ZERO draft adalah satu2nya ZERO yang significant buat calon Master dan PhD memulakan langkah dengan yakin......!


Buat peserta di Uitm Puncak Alam.... gud luck.... dan pic ini jadi saksi kesungguhan anda....




Sebagai pensyarah pendidikan, saya tak mimpipun nak pijakkan kaki di Fakuti Farmasi UiTM....




Searching for pilot articles




Preparing zero draft......tak cukup satu komputer....


Constructing RFOT.....  semua dah paperless...


Turning zero draft to first draft proposal




Organizing citation using Mendeley... 


make it written..... using doc map


Refining proposal


Writing a critical LR... kat lantaipun ada komputer lagi.. fuhh !




Wajah2 ceria dan control ayu postgraduates Uitm Puncak Alam...... 


Semoga anda akan sampai ke puncak kejayaan bersama Uitm....


OT



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...