RESEARCH TITLE VS RESEARCH GAP
Aku dapat satu mesej dari pembaca blog.... mereka sedang mengikuti siri bengkel menyediakan proposal. Tugas pertama yang diberikan oleh fasilitator (pensyarah jemputan) adalah menyenaraikan TAJUK kajian masing-masing.
Inilah mesejnya” Kitorang sekarang tengah bengkel phd, fasilitator bagi latihan buat tesis. 1st sekali kami disuruh cari tajuk utk buat phd. Gigit jari la kitorang....”
Kenapa plak mereka gigit jari.... gigit ler pen ker... kertas ker....?
Buat lawak ler tu ! Oleh kerana aku selalu tulis bahawa TAJUK kajian bukan perkara pertama yang perlu dirisaukan..... maka confused lah pelajar yang menghantar mesej tersebut... sebab dia baca blog, aku suruh pertama sekali cari GAP dulu...bukan TAJUK !!
Abis apa komen ko bro?
Begini.......aku tak ada masalah jika pelajar memang dah ada TAJUK atau TAJUK diberikan oleh SV. Ko tahu apakah ciri yang patut ada dalam satu TAJUK sebelum mulut ko dgn mudah dan selamba menyebutnya?
Emmm.... tak tahu bro?
TAJUK yang sesuai utk kajian oleh student researcher macam ko yang sedang buat PhD ataupun Master mesti ada at least 4 ciri. Ini lazimnya diperlukan dalam kajian sosial sains termasuklah pendidikan. Ciri tersebut adalah:
- Sampling frame (sumber yang membolehkan ko mendapatkan sample kajian - pastikan sampling frame yang mudah ko access)
- Location (tempat ko nak buat kajian - jgn ler buat jauh2.... ko masih student ler bro)
- Variable (variable yang terlibat dalam kajian - ubah ler variable yang lain supaya ada contribution pada knowledge)
- Theory (ko masih novis, carilah kajian yang memang ada theory yang mantap)
Bagilah contoh bro.... plzzzzz
Ini contoh TAJUK yang mungkin di kemukakan oleh pelajar:
Pelajar 1:
Learning styles and students performance in Mathematics (sebab dia pening jadi cikgu matematik)
Pelajar 2:
The factors influence job stress in UPM (sebab dia staff UPM yang sedang dilanda tsunami stress)
Pelajar 3:
The usage of e-learning in Malaysia (sebab dia suka main beno ambil bahan dari internet)
Mari kita analisis sikit TAJUK di atas:
TAJUK 1:
Learning styles and students performance in Mathematics
- Sampling frame – Tak ada
- Location – Tak ada
- Variable – Learning styles dan performance
- Theory – Learning styles (terlalu umum)
TAJUK 2:
The factors influence job stress in UPM
- Sampling frame: Tak ada
- Location: UPM
- Variable: Job stress
- Theory: Job stress (terlalu umum)
TAJUK 3:
The usage of e-learning amongst student in Malaysia
- Sampling frame: Tak ada
- Location: Malaysia (terlalu besar)
- Variable: e-learning usage (terlalu umum)
- Theory: Tak ada
Jadi ko akan nampak kelemahan jika ko terlalu bergantung kepada TAJUK sebab TAJUK selalunya bersifat umum....dangkal kerana tidak melalui pembacaan yang intensif dan extensif terlebih dahulu.... malah TAJUK juga bukan sesuatu yang konsisten, boleh berubah.... dan ko tahu kenapa TAJUK berubah?
Sebab apa bro?
Sebab bila pelajar mula mencari maklumat dan mula mengumpul artikel....mereka akan hadapi satu masalah BESAR...... sukar nak jumpa artikel yang relevan.....kerana TAJUK tu bersifat umum....atau kadang kala terjumpalah pulak TAJUK lain yang lebih cun... maka cintapun beralih arah..... maka TAJUK pun berubah.... then jumpa pulak yang bukan sahaja cun tapi sexy..... tukar TAJUK lagi !!
Jadi cadangan ko?
Inilah yang membuatkan aku mencadangkan supaya pelajar tentukan dulu minat dan fokus pada satu-satu area, katakan e-learning..... then selongkar semua artikel 3 tahun kebelakangan bagi mendapatkan RESEARCH GAP yang sesuai utk dikaji. Dalam menyelongkar tu.... ko akan menemui bukan sahaja 4 perkara di atas iaitu sampling frame, lokasi, variable dan theory, malah ko akan terjumpa instrumen yang berbagai-bagai dalam bidang yang jadi fokus ko tersebut..
So?
So aper lagi..... ko intergrasikan le apa yang ko baca tersebut menjadi RESEARCH GAP yang sesuai dengan apa yang ko nak buat, sesuai dengan pengetahuan ko dan aspek lain yang memudahkan ko. Kalau kajian lepas lakukan kajian di IPTA, ko sebagai guru sekolah, pastikan sampling frame ko adalah guru-guru sekolah. Kalau kajian lepas ada guna teori Cognitive Load atau Constructivist.... ko boleh sahaja gabungkan kedua2 teori tersebut. Dan kalau dalam kajian lepas ada guna beberapa instrumen... ko adapt sahaja yang sesuai....maka RESEARCH GAP ko boleh sahaja menjadi seperti berikut:
Mengkaji tahap kesediaan e-learning dalam kalangan pelajar Fakulti Sains UPM menggunakan soal selidik TAM2 yang diadaptasi dari teori Lewin.
- Sampling frame: Pelajar Fakulti Sains UPM
- Location: UPM
- Variable: Tahap kesediaan
- Theory: Teori Lewin
- Instrument: TAMS
The intergration of constructivist e-learning in science teaching based on a contemporay model of Cognitive Load amongst Form 4 science student in Selangor.
- Sampling frame: Form 4 students in Selangor
- Location: Selangor
- Variable: Constructivist e-learning
- Theory: Cognitive load theory
- Instrument: MOE pass year questions
No comments:
Post a Comment