.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Thursday, April 19, 2012

TAJUK 345: DUA STRATEGI CARI ARTICLE dan GAP GAYA DR OT

Cari Article Cara Dr OT?

Ko tahu bro…. apa cabaran pertama bagi calon MSc dan PhD?

Emmm…. dapatkan TAJUK kajian?

Ko ni tak abis2 dgn TAJUK kajian…..sebab tu lah asyik pening memanjang jer….. dapatkan TAJUK kajian tanpa membaca seurat artikel pun….? Ingat ko masuk TADIKA ker belaja nyanyi dan doa makan jer... tanpa perlu membaca terlebih dahulu....

Abis amende cabaran tu bro?

Antara cabaran pertama adalah mendalami bidang yang ko minati utk buat kajian. Bidang tu hanya boleh ko dalami dengan membaca dalam buku dan journal yang khusus, bukan baca dalam internet yang ko jumpa jer. Ko mesti kuasai apa yang ko nak kaji dulu...

Jadi apa masalah nyer?

Mencari bahan, buku atau artikel bagi pelajar yang baru mendaftar sebagai calon MSc atau PhD ibarat mencari intan dalam timbunan pasir. Tambah lagi yang dah lama tak jadi student…. Dah terlalu lama jadi cikgu, CEO, boss  atau apa sahaja yang tak der kena mengena dengan mencari bahan2 tu....selalunya ko order jer org lain buat itu dan ini.... now ko kenalah buat sendiri.... cari bahan kajian ko..

Tak der hal u bro…. ko google jer…. Lagipun ada google scholar…. betul tak?

Tulah banyak sgt tengok Upin dan Ipin…. Cam nilah jadinya….Ko mesti pergi ke web setiap publisher bro…. then gunakan ADVANCED SEARCH (AS). Inilah senjata paling ampuh utk ko dapatkan bahan bacaan ko....ingat bro.... guna ADVANCED SEARCH (AS) !!

Okay… camner strategy nak guna tu?

Byk cara guna…. maklumlah ADVANCED…..macam-macam ada bro... tapi aku nak bagilah dua strategi gaya DR OT utk cari bahan terutama artikel…. sebab AS tu terlalu byk kotak2 yang disediakan….mahu pening ko bro....Ko ingat UKM jer ke ada GAYA Tulis Tesis.... akupun ada gaya aku jugak lah...


[Sebagai alumni UKM, aku sendiri tak faham kenapa UKM perlu adakan gaya sendiri khususnya utk citation dan bibliography bila siapkan tesis berbeza "sikit" jer dari format standard spt APA. Then apabila pelajar nak hantar articles kena tukar pulak ke gaya standard APA .... kan ke buat kerja yang tak perlu dua kali namanya tu....eemmmm..... otak pentium IV aku ni sungguh tak faham.....tak tahulah otak duo core i-7 intel] 

Aah lah….. bagi ler tahu..... AS tu bro

Ko boleh guna AS ikut sukati ko…. Tak der sapa larang….tapi biarlah ada strategi....katakan ko minat sangat kat "e-learning" sebab ko dari bahagian IT dan ada latarbelakang benda tu....dan ko nak apply kat program postgraduate….tapi ko tak ada gap lagi…. So ko kena mula membaca bagi mengetahui segala yang berkaitan e-learning dahulu. Katalah pertama sekali ko buka SAGE Publisher dulu k…

STRATEGI 1: Guna keyword pada TITLE

Taip sahaja “e-learning” bagi TITLE sahaja. Ini strategi mudah tapi penting. Setkan tahun 2000 – 2012 utk tahu apakah wujud perkembangan istilah “e-learning” dalam 10 - 12 tahun

Rasional:
Ko nak tahu semua buku, journal dll yang ada tajuk khusus “e-learning” yang diterbitkan oleh SAGE publisher. Kalau dah tajuk benda2 tu ada “e-learning” mestilah isinya membincangkan “e-learning” dalam pelbagai bidang tak semestinya education jer. Ini utk tujuan mendapatkan latar belakang kajian dan overview perkembangan “e-learning”....  


Jadi ko isilah AS tu spt berikut..... dengan hanya "e-learning" dalam "TITLE"....sahaja.....ini strategi ni sgt penting.... utk dapat bahan yang khusus dan biarkan kotak2 yang lain tu kosong jer....



Hasilnya.. ada 36 semuanya. Ini baru SAGE bro... belum lagi Wiley.... IEEE... Emerald.... dll....

Cukuplah kalau ko dapat access dan baca semua benda2 ni….tapi be selective….maybe ambil yang ko fikir sesuai utk ko baca…yang ada dalam library misalnya...dan kalau tajuk tu memang cun tetapi terpaksa beli.... belilah....Jgn nak baca semua... kalau tak…. termuntah ler ko…kalau kajian ko bukan pasal komputer..... ko bolehlah set tahun tu dalam 15 tahun ker.... sekadar nak survey bahan bacaan yang ada dalam SAGE...

Barulah ko dikatakan mula membina asas yang kukuh, membaca secara intensive dan extensive.... dan dari sini ko dapat kutip keyword yang digunakan dalam LR ko... supaya tepat utk ko buat pencarian selanjutnya yang lebih details..

(minta maaf semua pic hilang... saya tak sure kenapa ini terjadi.....)



STRATEGI 2: Filter to narrow down your search

Ko mestilah narrow down focus bacaan ko kepada bahan,  katakan 3 - 5 tahun kebelakangan yang ada term “e-learning” dalam TITLE dan keywords yang ko dah pastikan seperti “postgraduate”, “teaching”, “student”, “learning” dan “school” supaya bahan ko focus kepada education.


Cubaan 1:



Hasilnya: 8 bahan yang menjurus kepada education tapi malangnya e-learning tu berkaitan dengan HEALTH dan NURSING education, maybe bukan bidang ko...



Cubaan 2:


Ko focuskan lagi dengan teaching dan learning dalam abstrack. Jgn pilih Full Text .... sebab nanti banyak yang tak relevan akan keluar.... scopekan pada abstract sahaja. Kekalkan "e-learning" sebagai TITLE.


Hasilnya 6 lagi bahan dan ada yang bertindih dengan cubaan pertama.



Cubaan 3:

Oleh kerana banyak isu berkaitan nursing dan health dari cubaan 1 dan 2…. Ko perlu filter dengan operator “not” instead of “and” seperti Cubaan 1 dan 2 tetapi kekalkan “e-learning” dalam TITLE. Ini sangat penting bagi narrow down your search



Hasilnya… jeng..jeng…jeng…. inilah hasil yang ko dapat....alamat satu jer !! So maybe boleh jadi pilot artikel ko jugak.... lepas ni ko selongkar pulak publisher yang lain... byklah pilot yang ko akan dapat... !!


So ko baca artikel di atas dan dapatkan GAP yang ada dalam article tersebut yang boleh ko jadikan GAP dalam kajian ko kat Malaysia. Paling best dalam tu dah ada theory dan instrument maka ko boleh guna. Jika ko dah putuskan utk jadikan GAP tersebut, ko memang dah ada sumber rujukan utk LR dgn snowballing artikel tersebut .... dan artikel2 yang sewaktu dengannya.


Then barulah ko sediakan working title kajian ko maybe sebagai:

“Implementation of a hybrid e-learning environment among lecturers in postgraduates programmes at the Faculty of Education, UPM”


Bunyipun dah canggih bro.... dan yang lebih penting ko tahu apa yang terkandung dalam tajuk tu..... bukan datang dari ilham pujangga ko yang tak boleh pakai tu....


Bila ko jumpa jer SV ko... barulah ko boleh "goreng" sebab ko dah tahu apa yang ko nak buat dan dahpun buat pembacaan yang intensive dan extensive !!


Sebab tu bro... kalau ko buat tajuk ko syok sendiri jer.... keywords ko tak kena.... meraban ler ko nak cari articles....


Cukuplah tu….. ko cuba lah sendiri…. Bagi publisher yang lain plak…. Seperti Science-direct, Wiley, IEEE dll….

OT

1 comment:

  1. Very useful information! Thanks for sharing Dr. OT! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...