.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Sunday, April 1, 2012

TAJUK 336: SV tak selalunya benar

Bro... betul ke mata aku membaca tajuk ko tu?

Betullah.... SV tak selalunya benar. Sedang SV ko minta  ko komen kajian orang lain.... samalah std lain pun buat hal yang sama... mereka juga diminta komen kajian orang lain dan orang lain tersebut mungkin SV ko.... dan cari kesalahan dan kelemahan kajian SV ko tu.


Betul ker buat kajian nak cari kelemahan kajian orang lain? Bagi aku tak begitu.... sebab buat kajian adalah utk menyumbang kepada pengetahuan, duplication dan modification. Kereta guna injin wap memang byk kelemahan tapi.... ianya sesuai dan appropriate pada ketika itu.... so tugas ko adalah utk upgrade kelemahan tersebut....mengkritik dgn mendedahkan kelemahan itu bagi aku bukan kritis.... sebab mudah jer nak cari kelemahan org lain.... sedang kita sendiri? Sebab itu bagi aku..... bukan itu tujuan ko buat kajian atau kupas LR.... dan bukan itu dimaksudkan dengan bersikap kritis.... Sebab bersikap kritis adalah keupayaan menganalisis kajian2 sebelumnya dan mensintesis sesuatu yang lebih baik, comprehensive dengan LR yang extensive. Macam menganalisis beberapa kereta injin wap utk hasilkan kereta injin wap yang lebih baik.... 


Jadi maksud ko?

Aku sekadar mahu ko jelas.... Master atau PhD secara crucial banyak bergantung kepada kekuatan ko sendiri.... bukan bergantung kepada kekuatan SV atau kehebatan TAJUK ko yang bombastik, yang tak ada org buat tu! Aku dapati ada sekumpulan pelajar PhD yang memang menguasai kajian dan apa yang mereka lakukan...mereka advanced dan sentiasa menambah pengetahuan..... manakala sebahagian lain spt pasrah, menyerah dan akhirnya kalah...

Jadi aku masih menulis berkisar isu yang sama....TAJUK, SV dan tujuan ko mendapatkan PhD....sambungan beberapa tajuk sebelum ini dengan sedikit tambahan... sebab dunia akademik adalah dunia kesarjanaan bagi mereka yang berjiwa besar...berlapang dada dan berfikiran terbuka.... dengan sikap memberi dan menerima...dan boleh berfikir secara kritis....dan bukan padang mereka yang sikit2 nak kecik hati.... sensitif... takut.... dan pengecut...

Bagi aku bro.... buat MSc atau PhD, kesemuanya adalah proses merekrut pakar.....ko mendaftar sebagai pelajar PhD bukan hanya untuk bertemu SV dan diarahkan buat  itu dan ini dan kemudiannya menulis tesis. Ko dilatih utk menjadi seorang yang berupaya membina pengetahuan sendiri dalam bidang ko...berupaya menganalis dan mensintesis kajian lepas dengan mementingkan kerja yang sistematik dan sainstifik.... secara independent dalam kebanyakkan masa.... dan most of the time.....nobody care about u...

Tiada formula kejayaan mendapatkan PhD. Kejayaan sangat bergantung kepada x-factor yang ko miliki. Bagi mudah cerita sebab aku tak pandai nak berfalsafah..... straight to the point jer....perkara asas yang membezakan kelompok2 siswazah.

Pertama:
Jika kawan ko mengumpul 100 artikel dalam 2 hari.... ko pulak mengambil masa 2 semester....itupun hanya dapat 10 artikel, dan artikel itupun tak relevan pun sangat dgn TAJUK ko yang bombastik tu.... TAJUK  "baru" yang "tak ada lagi" orang buat kajian..... so mana nak ada dalam artikel ! Kalau ko jumpa 100 artikel jugak, maknanya dah banyak ler orang buat.... (mesti SV ko suruh ko tukar tajuk lain - padan muka ko!!)


Emmmmmm.....

Kedua:
Jika kawan ko menulis draf LR 3 chapter serentak setebal 30 pages dalam 3 minggu .... ko pulak perlukan 3 semester...sebab tulis objektif dulu....tunjuk kat SV... tunggu SV baca...buat appointment... then tulis research question.. tunjuk lagi... tunggu lagi.....then after then after then baru selesai tulis chapter 1.... tunggu green light dulu dari SV.... then baru boleh tulis chapter 2... then tunggu green light dari SV lagi...dan lagi dan lagi... berapa banyak lagi la.....Inipun dah cukup nak giler kan ko....

Ketiga:
Jika kawan ko menulis terus dari softcopy artikel ke dalam tesis.... tanpa perlu mencetak satu artikelpun....sedang meja ko bersepah dengan timbunan hard copy artikel... sampai tak nampak ko kat belakang timbunan tersebut..... yang tak bersusun... sampai ko pening mana satu nak baca....mana satu nak tulis..... dan ko nampak macam betul2 sibuk menyelak  itu dan ini sampai kering air liur dan melecet lidah ko nak selak satu2 artikel.....inipun dah cukup menyiksakan.....

Keempat:
Jika kawan ko dalam sekelip mata dapat mencari 20 artikel, author, journal dll dari 100 artikel hanya dengan menaip SATU keyword.... ko pulak perlukan 3 jam menyelongkar hardcopy ko yang berselerak atas meja.... hanya untuk cari SATU keyword sahaja....dan jumpa SATU artikel jer..... apa ke halnya tu bro?

Ko sebenarnya tak perlukan TAJUK yang bombastik. Ko juga tak perlukan tajuk utk buktikan kajian orang lain salah, kajian ko yang betul......setiap kajian ada sumbangan yang unik kepada knowledge. Kajian yang baik adalah kajian yang dapat membuktikan sesuatu itu lebih baik.... sebab ini yang sukar dan lebih diperlukan LEBIH dari berjaya membuktikan kajian lain tu tak baik.... 


Emmm... cer ko bagi analogi skit bro... he he aku suka analogi ko.... 


Suka ko yer.....ok analogi kereta lagi tau.... tapi keta  kancil ler pulak...


Jika ko nak buat model baru kereta kecil yang baik, ko modifikasi jer model kancil tanpa perlu ko komen  atau buktikan kereta kancil tu tak elok. Buatlah kereta kecil baru utk buktikan kereta ko tu lebih baik, bukannya kereta kancil atau kereta kecil lain tak baik. Kereta kancil ada keperluannya, paling tidak ianya mampu milik wpun tak secanggih kereta yang ko nak buat. Kalau nak buat kereta kecil sebab modal kecil, fikirkan untuk modifikasi dan upgrade kereta kancil tersebut... jangan pula buat kereta kecil dengan down grade kereta Merc....




Apa yang ko perlukan adalah research framework yang comprehensive dgn Methodology dan LR yang terhasil dari pembacaan yang extensive. Framework inilah yang akan menghasilkn data2 yang valid bagi mengisi gap, menyelesaikan sebahagian masalah, yang menyumbang kepada pembinaan model yang baru, yang membuka kepada asas kajian yang lebih advanced....dan dapat menyumbang sesuatu kepada body of knowledge..

Ketahuilah, SV mungkin tidak tahu semua yang ko tahu... sebab ko yang menguasai kajian anda. SV juga tidak semestinya selalu benar. SV diperlukan bagi membimbing dan menunjukkan jalan, bukan menunjukkan dia tahu semua dan oleh itu ko macam tak tahu satu abuk pung.... Ko jangan bimbang utk sekali sekala argue dan challange idea SV ko.... dgn suasana diskusi yang matured...... antara dua professionals so do it professionally....

OT

1 comment:

  1. Maryam Sulaiman, USMApril 5, 2012 at 7:53 AM

    Terima kasih DrOt..RFOT tu memang saya jadikan template untuk membuat summary chapter 1 saya semasa presentation pre-viva..supervisor saya sangat terpegun...amat sesuai untuk presentation katanya..now framework tu akan ditambah dari masa kesemasa untuk pemurnian final thesis.DrOT hebat!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...