.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN A MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

BENGKEL ANJURAN DR OT:

(1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY

(2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS

(3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti

(4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK

Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke:

zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, April 16, 2012

TAJUK 342: IT + a narrow and well-defined gap

IT + a narrow and well-defined gap

Bro…. aku tengok ko selalu jer sembang2 dengan postgraduate kat café  depan fakulti (sebenarnya kantin…. macam kantin sekolah)

Saja…. aku nak tanyalah soalan basic….kepada beberapa student MSc dan PhD tentang Mendeley…. dan dropbox. Agak terharu juga apabila ada seorang tu dgn conficent  menjawab dropbox itu adalah  shoutbox…. yang lain pulak tak pernah dengar Mendeley, dan ada beberapa yang dengar sambil lalu aplikasi dropbox tapi tak pernah guna pun….paling best mereka tanya balik.... penting ke nak tahu benda2 tu ?

Kenapa ko tanya tu…. nak jadi CSI pula ker?

Tak der lah sampai cam tu…. sekadar menyatakan bahawa computer technology telahpun mengambilalih sebahagian tugas penulisan thesis. .. dan dalam erti kata lain…. penulisan thesis telah dipermudahkan dengan adanya perisian computer…wpun bagi sesetengah students memang tak ambil pusing pun... sebab itu mereka suka berpusing2 masa nak menulis tesis....

Contoh mudah adalah on-line journal. Bukan satu dua publication yang “online”kan journal mereka, tetapi SEMUA publisher termasuk yang established spt Emerald, SAGE, Wiley dll…. Boleh diperolehi secara online…hujung jari bro…!!

Jadi ?

Aku macam nak kata bahawa “Dari ko sibuk2 nak cari TAJUK kajian ko dulu…. Lebih baik ko sibuk2 mahirkan diri dengan benda2 komputer ni…”

Kenapa pulak?

Emmm… cer ko amati situasi berikut:

Situasi 1:
Kalau ko nak cari tajuk, ko kena selongkar semua journal yang sesuai dengan bidang kajian ko….. baca secara extensive untuk dapatkan a narrow and well-defined gap …. Klu aku tanya amende “a narrow and well-defined gap” sure ko tak tahu... betul tak? Klu ko tak tahu, apa lagilah student baru... (kecuali ahli DSG facebook !!)

Secara ringkas “a narrow and well-defined gap” akan memberikan focus yang jelas apakah gap yang ko nak kaji....

Emm camner tu bro...bagilah contoh...

Susah betul nak bagi contoh ni sebab ada banyak bidang kajian.... emmmm.... aku bagi contoh simple supaya sampai mesej ok....

Banyak juga student yang juga guru TESL dapat jumpa aku nak buat kajian. Ini adalah antara contoh gab yang mereka bawa:

Gap 1: Mengkaji keberkesanan pengajaran vocabulary sekolah rendah.

Gap 2: Mengkaji pendekatan alternative dalam pengajaran vocabulary sekolah rendah.

Gap 3: Mengkaji keberkesanan ICT dalam pengajaran vocabulary dalam kalangan murid Tahun 5.  

Gap 4: Mengkaji keberkesanan multimedia dalam pengajaran vocabulary dalam kalangan murid Tahun 5.  

Gap 5: Mengkaji keberkesanan pengajaran vocabulary berasaskan animasi 2D dalam kalangan murid tahun 5.

Gaop 6: Mengkaji keberkesanan pengajaran vocabulary berasaskan animasi 2D berbanding pengajaran berasaskan gambar pegun (still picture) dalam kalangan murid tahun 5 di sekolah rendah Negeri Selangor

Gap 7: Mengkaji keberkesanan pengajaran vocabulary berasaskan animasi 2D berbanding pengajaran berasaskan gambar pegun (still picture) bagi tajuk idioms dalam kalangan murid tahun 5 di sekolah rendah Negeri Selangor

Perhatikan bahawa Gap 1 terlalu umum dan semakin kebawah sehingga Gap 7..... semakin  “narrow and well-defined gap” dan  macam Gap 7 nilah yang ko kena cari dan sediakan untuk kajian ko.

Jadi...klu selongkar journalpun tak tahu….…. dok main google jer... camner nak gali semua journal dan selongkar sampai dapat satu gap yang “narrow and well-defined” ?

Skill ni memanglah SV ko tak ajar…. dan kadang2 SV ko pun tak tahu....sebab dia sentiasa ada RA (yang comel) membantu siapkan LR.....so you should move a step…. in mastering this skill….. bukan tahu ala kadar buka google dan menaip jer....

Situasi 2:
Menulis tesis yang panjang lebar perlu bermula dengan penulisan proposal. Apa yang ko nak tulis dan bagaimana ko nak mulakan penulisan ko setelah ko dapat gap kajian ko? Bagaimana pula ko nak siapkan proposal atau thesis ko “nice and professionally written  in coherent and structured ways”?

Jadi kemahiran document map akan membantu ko menyusun apa yang ada dalam pemikiran ko (organise your thought) yang akhirnya akan generate the progress of your proposal and finally become your thesis.

Adalah menjadi satu pemahaman yang salah  dan menyulitkan apabila ko menulis dari muka surat 1, 2, 3 dan seterusnya…. Sedang ko boleh bermula dari mana2 muka surat dan mana2 chapter dengan document map.

Situasi 3:
Banyaknya artikel tidak bermakna ko boleh menulis dengan baik dan efisyen. Sebab itu pengetahuan Mendeley bagi menyusun artikel menjadi semakin crucial…. Bagi mengelakkan “mental block” dan rasa nak termuntah apabila melihat banyaknya artikel yang nak dibaca. Endnote versi terbarupun aku dengar dah boleh organize artikel dengan mudah.... cuma ko masih perlukan lesen bro....Dgn Mendeley atau ENDNOTE, ko boleh trace artikel dgn mudah utk baca, ko tulis dan  ko cite serentak….

Anak zaman IT..... semua dihujung jari.....

Jadi kesimpulannya bro..... tidak keterlaluan ataupun extreme jika aku katakan bahawa membuat persediaan menguasai kemahiran IT bagi menguasai 3 situasi di atas sebelum memulakan langkah membuat kajian dan menulis tesis... adalah LEBIH UTAMA dari terhegeh2 datang jumpa SV kononnya nak bincang pasal tajuk kajian ....dan.... lebih ironi lagi jika yang datang jumpa tu students dengan IT background... dari fakulti yang tercatat perkataan komputer dan teknologi maklumat lagi.....

OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...