Thesis lebih mahal dari seorang baby....
Salam Jumaat bro.....aku dalam perjalanan ke SMK Terendak Camp.... Melaka utk menyelia latihan mengajar.... sampai di pintu kem tu.... jammed..... oleh kerana aku ada driver sapa lagi kalau bukan Kak long.... aku pun sempat mencoretkan sesuatu.....sesuatu yang berkaitan thesis dan baby...
Malam tadi sebelum tidor.... aku buka blog aku....rupanya ada yang “merindui” tulisan aku..... emmm..... tak sangka pulak sebab dalam hidup aku tak pernah sesapa berminat nak baca apa yang aku tulis...pesanan aku jangan rindu2.... sebab rindu tu satu yang stress....stressful but wonderful...
Apa ni bro..... jgn lah perasan.....
He he....
Ko nak tulis mahalnya thesis berbanding seorang baby plak........ tak takut controversy ker tajuk ko ni?
Aku bukan kaki kontroversi.....jadi blogger ni pun secara tak sengaja....so ko kena baca yang tersurat dan tersirat.... don’t jump to the conclusion dulu...
Citer ler....
Citer ni maybe boleh dikongsi dan disebarkan......termasuk yang belum kawin.... tapi khas ditujukan terutama kepada pasangan suami isteri yang masih belum ada rezeki menimang baby.... atau yang hanya dapat 1 baby jer .....kesian pulak dia tak ada adik lagi.... atau yang dapat anak pompuan atau lelaki jer..... idamkan jantina anak yang lain pula. Tentu ada yang dah dapat 3 anak lelaki..... habis tunggang langgang rumah....ganazzz woo anak lelaki ni.... nak pulak selepas tengok Ben-10 ke.. ultraman ker, siaplah abis sofa jadi mangsa............so nak idamkan pulak anak pompuan... yang lemah lembut....anak mak pulak.... emmm...yang tengok snow white....
Ko tentu ingat kisah yang aku pernah tulis pasal mengisi gap apabila nak buat research..... kali ini kisah gap yang dah diisi dgn berbagai gaya dan cara.....tapi tak berhasil..... jadi perlukan bantuan pakar....dan pakar tersebut ada di MAC !
Amende MAC tu bro? Macam komputer Mac ker?
Aku tahu tak tamai yang tahu apa itu MAC ringkasan kepada Medical Assisted Conception, unit specialist di HUKM, Cheras..... unit utk pasangan yang bermasalah mendapatkan zuriat... wpun telah berkahwin agak lama tapi masih belum berhasil mendengar gelak tawa seorang baby..... MAC yg ditubuhkan pada tahun 1992 ini berjaya mengedalikan banyak kes kelahiran secara IVF dan teknik yang sewaktu dengannya.
Mana ko tahu MAC tu bro? Ko kan ada ramai anak.... temasuk si NINE tu.... dah lama aku tak tengok pic NINE.... mesti dah makin hensem dan osem ....
Aku tahu MAC kerana salah seorang pakar di MAC, Prof Zainol adalah doctor pakar di HUKM Medical Centre yang menjadi doctor yang sunatkan NINE sebaik sahaja dilahirkan. Jangan tak tahu, anak aku tu dah teruna...... sebab tu renungan dia ada aura yang mengancam dan mencairkan.....

NINE pun termasuk kategori baby ajaib.... |
Jadi aku cadangkan datang lah ke MAC, ko akan akan tahu secara explicit samada ko subur atau ada masalah lain dari imej2 yang di scan. Scanner tu bukan macam scanner kat rumah ko, ia dapat scan dgn jelas sehingga boleh dikira bilangan “telor” dan “sperm” mana yang aktif, yang sihat dan yang miang..... malah selepas disenyawakan boleh pulak pilih jantina bayi yang ingin dilahirkan jika terdapat lebih dari satu “telor” yang berjaya disenyawakan ... malah dalam beberapa kes, boleh mendapatkan pasangan kembar... Di MAC, ko akan tahu status kesuburan dan peluang ko dapatkan zuriat dgn data lengkap.... bukan main agak2 atau pasrah dgn doa sahaja ......
Spt yang diceritakan oleh Prof Zainol, terdapat byk kes sperm suami yang tak subur... bermasalah.....cair..... yang perlu menjalani fertility treatment oleh sang suami ..... tapi oleh kerana tak tahu.....dan ego yang tinggi...isteri pulak yang kena pergi urut dan berubat secara alternative ke sana sini sebab kalau di MAC sure di suamipun kena peksa....oh tidak !!
Kos yang diperlukan utk IVF adalah sekitar RM10 – 20K, bergantung kepada tahap kesuburan pasangan. Aku pun terfikir bahawa kos ini jauh lebih murah dari kos mendapatkan PhD bagi pelajar yang tiada biasiswa. Kalau yuran dan lain2 belanja sepanjang pengajian katakan lekeh2 pun RM5 K setiap tahun, dalam 4 tahun jer dah keluarkan belanja 20K. Aku teringat kawan aku Dr Awang dari UM yang belanjakan duit poket beliau RM 50K utk kumpulkan data serta Dr. Zaiton UNIMAS yang belanjakan RM20K..... hanya utk dapatkan data bagi sekeping ijazah PhD... bermakna belanja IVF utk dapatkan baby lebih murah !!

Jadi tajuk tu sekadar gimmick utk menyedarkan bahawa era canggih ni, mendapatkan zuriat masih boleh usahakan....dan kelahiran seorang baby adalah amanah Allah yang tak ternilai.....dan juga satu ingatan bersama bahawa jika ada yang bermasalah mendapatkan zuriat.....eloklah berjumpa pakar yang sahih..... lagipun bukannya jauh...... dekat HUKM jer. MAC tu pulak terletak di ground floor.... extreme left jika ko masuk HUKM. Masuk jer MAC tu..... penuh tergantung gambar baby2 yang dilahirkan secara IVF dan kaedah2 yang setara dgnnya.... tak perlu testimoni spt perubatan alternative yang mendakwa dapat mengubati segala macam penyakit atas muka bumi ini....
Sebagaimana mendapat baby sebagai sesuatu yang sgt precious dan rahmat besar bagi mereka yang tiada baby lagi, begitu jugalah mendapatkan PhD juga satu yang dinanti2kan oleh postgraduate. Maybe inilah di disebut ...... Thesis is my baby.... kalau baby bawa gelaran ayah dan ibu..... PhD membawa gelaran Dr ...
Jadi bersyukurlah mereka yang dah dikurniakan baby..... dan tambah bersyukur kepada yang bukan sahaja dapat siapkan thesis..... sempat gak tambah baby...... kadang2 bukan satu.... dapat sampai dua .....atau yang anak dara tu ..... dalam menyiapkan tesis sampai seru.... ada yang berkenan.... masuk meminang......dapat pulak hubby.....dan tak lama lagi .... menimang ler pula baby..... indahnya hidup ini........yang belum tu.... sabar menanti.... abiskan dulu PhD.....kalau rezeki tertulis di azali......akan sampai giliran sendiri....
Esok aku akan ku UNISZA...... doakan aku selamat take off dan landing di Teganu Kite.....Phewww...aku baru dapat maklumat bengkel sempoi aku akan di rasmikan oleh TNC UNISZA....tak jadilah aku nak pakai seluar jeans......
OT

No comments:
Post a Comment