.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Tuesday, April 3, 2012

TAJUK 337: PhD, DSG, kencing malam, dan...mee goreng mamak....

Bro... kenapa ko monyok jerr ni?


Ntahlah.... sekarang aku dah terasa kesusahannya buat PhD. Hari2 mengadap komputer.... kendong artikel kehulu kehilir... 


Ko patut fikir begini bro.... angkat muka ko... cerialah sikit !!


Bayangkan dalam ramai2 pelajar di Malaysia... ko salah seorang yang sedikit bilangannya yang mampu buat PhD bro..... ko patut bangga !! Berapa ramai pelajar PhD ada business card tulis macam "PhD Candidate". Mana ada org tulis "Bachelor Candidate" bro? Lepas konvo nanti jadi "Dr. Ain Abdul Mohsin".... satu recognition yang hadir selepas  usaha gigih.... yang smart !


Emmm patutlah.... aku pun nak buat card juga lah...


Kawan2 ko la ni semuanya bakal2 Dr.... dan ko adalah salah seorang darinyer !! Be pround man !!


Bayangkan ko berkawan dgn Prof.... tulis paper dan paper ko diterbitkan... bukan kat Malaysia bro.... kat UK, US dll.... international tu bro ... satu dunia baca paper ko... 


Ini belum lagi ko berpeluang present paper kat obersi.... kat obersi tu bro.... semua yang hadir dengar celotah ko tu semua pakar2.... sebab ko juga akan jadi pakar...Berapa ramai orang yang dapat peluang tu bro?


Aah.... ok ok.... kalau tak buat PhD.... sapa nak dengar cakap kau emmm...


Setiap apa yang ko baca dan tulis.... adalah knowledge bagi ko.....yang akan ko publish.... dan present dalam conference antarabangsa..... persis seorang menteri tu !! Dulu tulis cerpen nak masuk majalah sekolahpun kena reject.... but now... research ko masuk journal CIJ,Scorpus dan sewaktu dengannyer..... ko patut berbangga bro...


Aku banyak kali present paper, kadang2 aku jer sorang dari Malaysia.... bangga sungguh aku.... kembang kuncup bro... dan pernah diisytiharkan best paper lagi.... fullamak.... nak menjerit aku bro... then mat Salleh dgn muka tak malu nak bergambar dgn aku..... ngalah Aaron aziz masa tu tau...


Ko perlu membuka minda ko.... ini semua adalah kenangan terindah yang ko akan kecapi sekali jer dalam hidup !! Jadi kesusahan ko tu taklah ada apa sangat.... biasalah kalau nak jadi pakar... dan dihormati...


Bayangkan banyaknyer pengetahuan yang ko sedang gali... cari dan explore. Ko tahu teori kajian ko, dulu SEM AMOS tu macam Hantu Mak Limah tapi ko now dah mula expert..... pelajar junior  ternganga mulut dan kembang lubang hidung mereka bila ko demo SEM AMOS...dan sampai meleleh air liur bila ko tunjukkan keajaiban Mendeley.... 


Ingat tak bila ko hadir bengkel Dr OT.... ala... lecturer hensom yang ramai peminat tu.... betapa banyak benda yang ko dah tahu.... then ko tahu camner nak handle penulisan dan juga nak handle SV ko....dan nanti ko jadilah SV yang lebih baik.... Dulu ko taip macam ayam patuk beras... now penulisan ko... berdesup-desup.... 


Kawan? Betapa ko punya banyak kawan.... tak macam dulu.... asyik2 kawan yang sama jugak.... Kawan2 ko semua special... ko sebut jer apa masalah ko.... berebut2 mereka dan cuba tolong.... mereka tak pilih bulu.... tak pilih warna.... warna apapun tak apa....Tak caya?


Inilah facebook DSG....
Kalau ko tak caya cuba ko pergi wall Doctorate Support Group facebook dan tulis "Saya ada masalah skit untuk faham maksud.....Ada sesapa yang boleh tolong jelaskan". 


Ko tau....tak sampai 5 minit, gerenti Prof RT akan berikan jawapan.... bukan satu entry tapi 3,4 entry sampai ko faham....diikuti dgn anak2 buahnya....seperti D'Lyla San.... pasti akan membantu....Cubalah kalau tak caya ! Inilah indahnya peer sharing dalam facebook tersebut....


Kalau ko nak chatting... ko "poke" jer Jasmine Abdullah.... gerenti tak sampai 1 saat dia "poke" ko semula... siap dgn video klip lagu "pok amai2" yang ditujukan pada ko...sebab dia ni macam mobile learning....ada depan komputer dimana sahaja dan bila2 masa sahaja !! 


Dan kalau ko pergi mana-mana dalam Malaysia ni.... ko boleh tanya Zeq Villa, sebab dia tahu semua villa2 dalam malaysia ni, lebih2 lagi di kawasan pantai....dan kalau ko banyak duit nak buat medical tour.... ko message jer Roslan Ghazali, dia ni expert in the making...


Kalau ko nak ikut bengkel lebih advanced, DSG ada promoter terbaek.. sapa lagi kalau bukan Azlis Sani.... sentiasa up to date..... dan kalau ko nak nama anak yang cantik2 pun ada dalam DSG tu... macam nama Khyrina Airin... emmmm.. tapi jgn lah "copy" sebijik2 nama tu... creative dan....modifylah sikit macam... Khyrini Airina ker... atau Khyrani Airuna....hehe...


Lagi bro....melalui DSG, kita boleh kongsi rasa bangga dengan orang "lama" DSG, Satirah Ahmad.... yang  menang 3rd prize di MELTA (International-Conference-on-Graduate-Research-in-English-Language-Education) 2012... pasti ko tak akan dapat apa-apa award apatah lagi peringkat international jika ko tak buat PhD.... kalau setakat award menang karaoke tu tak mainlah.....nenek aku pun boleh jadi juara karaoke kalau genre lagu dondang sayang saja dipertandingkan...tapi kalau ko nak  dia nyanyi lagu "Jeling2 dan Pandang2" pun tak der hal....kenalah ko jadi pasangan duet dia.... layannn...


Dan satu kejayaan ko yang akan dinikmati bersama keluarga dan sahabat handai adalah kejayaan ko memakai jubah 3 stripes yang melambangkan pengikhtirafan kepada ko selama ini.... yang membawa gelaran "Dr".... Anak ko yang kecik pun nanti terkejut... bila pulak mak dan ayah aku jadi "doktor" ni....pegang stethoscope pun tak pernah.... cara guna lagilah tak tahu......


Dan ibu bapa ko pun akan bangga dan akan menitiskan air mata sebab anak kecil yang tak henti2 beringus dan kencing tiap2 malam sampai lencun tilam masa kecik2 dulu (maklumlah mana ada huggies... pet pet ker) kini dipanggil "doktor" walaupun mereka akan sedikit confused....apsal orang panggil anak aku "doktor"?


Juga bro... betapa PhD candidate di obersi "terkesima" hanya melalui DSG....local PhD candidate bertuah dapat ikuti pelbagai bengkel NVIVO, SEM / PLS AMOS, SPSS, Doc Map, writing articles dll yang menunjukkan tahap advanced.... maybe ada setengah2nya mungkin lebih advanced dari yang dipelajari di obersi.......


Ok ok bro.... aku dah bersemangat balik ni.... kenapalah aku nak moyok pulak.....aku bukan pelajar biasa.. aku bakal expert yang akan memberikan sumbangan besar pada negara, bangsa dan agama... aku akan menjadi pakar rujuk.... polisi maker... malah akan mewakili negara dalam bidang kepakaran aku... dalam masa terdekat.....menyumbang utk kesejahteraan sejagat....mencipta innovasi dan melatih lebih ramai lagi pakar.... Emmm kenapa lak aku nak moyok? No way man...


Citer lagi pasal DSG bro...?


Banyak cantik ko.... pergilah jadi member dulu.... Sheeqin MN dan "Captain" Ilya Yasnorina Ilyas selaku moderator  sangat bermurah hati siap bagi ko email dan password DSG tersebut....


Satu jer pesan aku... jgn lak ko merapu ... sampai pergi kedai mamak makan mee goreng pun nak ambik pic dan tunjukkan dalam DSG tu.......  


Tq dgn nasihat ringkas ko bro..... dan akan aku nimakti saat terindah ini dgn penuh semangat...


OT

4 comments:

  1. antara artikel motivasi yang terbaekkk dlm blog SPSS ni.. thanks alot DROT...aku rasa mcm nak siapkan 15 chapter tu malam ni jugak!! hehehe -RG

    ReplyDelete
  2. thanks drot for the motivation..-sharifah-

    ReplyDelete
  3. Dr OT... terima kasih sbb Entry 337 khas / spesifik / desyum utk DSG.. Terima kasih kerana sentiasa menyokong dan mendokong DSG.. Semoga lebih byk Dr yg sporting akan support kita .. yeay!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...