Saya percaya, anda telahpun memiliki 6 siri e-book dari laman web www.siap-tesis-cepat.com.
E-book tersebut tercetus dari pergaulan saya yang "singkat" dengan post-graduate dan juga dari soal jawab dengan peserta bengkel.
Saya ingin mengetahui bagaimana 6 siri ebook tersebut boleh membantu anda dan bagaimana isi dan mesej dalam ebook tersebut dapat diterjemahkan dalam praktis penulisan tesis dan penyelidikan pembaca, khususnya anda sendiri.
Oleh itu saya ingin menganjurkan "pertandingan" penulisan karangan bertajuk:
"Inilah respon saya terhadap ebook Dr OT".
Respon anda mestilah memenuhi syarat berikut:
- Font: Arial
- Spacing: 1.5
- Perkataan: Sekitar 1000 - 1500
- Isi dalam ebook yang berjaya membantu anda
- Kekuatan isi ebook (contoh dan kupasan)
- Kelemahan isi ebook yang boleh diperbaiki (contoh dan kupasan)
- Cadangan akan datang dan lain-lain yang anda fikirkan sesuai
- Tulisan anda mestilah jujur, ringkas dan straight to the point - samada negatif, positif mahupun kedua-duanya.
- Fokus kepada isi dan mesej yang terkandung dalam ebook tersebut, bukan kesalahan seperti typo atau bahasa yang digunakan
- Bahasa Melayu atau Inggeris sahaja diterima
- Hantar melalui email dalam format .doc atau .docx ke zahinothman@gmail.com.
Tarikh tutup: 5 Mei 2012
Setiap karangan yang dihantar adalah menjadi milik blog drotspss.
Jadi sambil anda termenung didepan komputer dan terasa loya asyik menulis perkara yang sama, apa kata anda tulis sesuatu tentang ebook yang anda baca.
OT
No comments:
Post a Comment