Master dan PhD – 2 dalam 1
Apahal ni bro…. 2 dalam 1 ni?
Aku nak sembang2 santai petang ni.... dan ambil kesempatan utk membuka sedikit minda calon2 Master dan PhD… terutama yang baru nak bermula....sekali anda membuat research biarlah mendapat 2 dalam 1.
Amende ler ko ni…. 2 dalam 1 tu pedia?
Aku nak bagi tau ko…. tak
ramai yang lulus Master atau PhD termasuklah pensyarah atau academician sedia ada di IPTA atau IPTS yang expert dalam kedua-dua content dan analisis data. Jika analisis
kualitatif…. tak ramai yang expert menggunakan software seperti NViVO…. Atlas….
Ethnography...
Abis?
Aku cadangkan bagi calon2 Master dan PhD, termasuklah ko….ambillah
peluang bukan sahaja untuk ko menguasai bidang kajian ko, tetapi kuasailah juga
aplikasi mana-mana software yang aku sebutkan. Jangan lagi buat analisis ikut
cara manual…. Ko patut explore dan mendalami mana-mana perisian terkini supaya ko menjadi expert dalam content dan analisis sekali gus. Lepas ko graduate, ramai ler akan cari ko utk belajar NVIVO atau Atlas…
sehingga nama ko dipanggil Dr. Mamat Atlas.. .atau Dr. Mamat NVivo....bertaraf international tu....walau kawan2 ko sebelum graduate panggil ko Mamat Pilah jer...
Kalau aku buat kuantitatif?
Fuhhh… itu lagi canteekk….
Kenapa pulak?
Ko tahu tak berapa lulusan Master dan PhD yang sekarang ni jadi pensyarah, researchers, academician yang expert dan kuasai content sekali dengan analisis data kuantitatif spt Rasch Model, Advance SPSS, SAS sehingga boleh
petik jari bila jalankan analisis spt SEM, PLS dan analisis yang setaraf dengannya. Jadi jgn belajar sekadar
nak run data ko sahaja, atau paling sadis ko upah orang lain ler pulak....tetapi ko ambil kesempatan dalami bersungguh2…
Kalau ko perempuan.... silap2 orang panggil ko Dr. Siti Rasch
Model, walaupun cita2 asal ko nak jadi model tak kesampaian sebab ko tak cukup tinggi.... atau ko dipanggil Dr. CT SEM… dah macam nama mesin ler pulak he he
Emm… tu dia maksud 2 dalam 1 !
Bukan tu saja…. dengan kepakaran analisis kualitatif dan
kuantitatif… ko meningkatkan saham ko… berdesup saham ko naik bro !! Berebut2 orang nak merisik kabar....
Katakan ko buat
education…. Then ko ada knowledge S.E.M dan PLS…. bukan ko diperlukan di
education sahaja bro…. malah semua fakulti science social akan merayu2
kepakaran ko….ko dah jadi global bro…. global…
Fulamak… lain macam cara ko fikir bro… betul2 diluar kotak
tu!
Bukan tu sahaja bro.... bukan sahaja ko jadi rebutan, saham ko naik... tetapi dgn kepakaran analsis data yang ko ada... ko akan mudah jer nak tulis paper dan publish dalam journal yang kaw-kaw... caya tak?
Nanti selain research ko sendiri... kerja ko analisis data orang lain jugak.. sambil publish paper sama2.... tak ker senang hidup ko... sebulan tulis 2, 3 paper.... dan kalau dan 2,3 paper sebulan..... berdesup ler ko promote dapat AP dan Prof.....caya tak?
Dan satu lagi..... jika ko nak buat post doctorate kat obersi.... berebut university obersi tu nak terima ko.... senang2 jer ko nak masuk university yang top2.... barulah ko meletop... dan makin mantop... susah ko nak stop !
Bukan tu sahaja bro.... bukan sahaja ko jadi rebutan, saham ko naik... tetapi dgn kepakaran analsis data yang ko ada... ko akan mudah jer nak tulis paper dan publish dalam journal yang kaw-kaw... caya tak?
Nanti selain research ko sendiri... kerja ko analisis data orang lain jugak.. sambil publish paper sama2.... tak ker senang hidup ko... sebulan tulis 2, 3 paper.... dan kalau dan 2,3 paper sebulan..... berdesup ler ko promote dapat AP dan Prof.....caya tak?
Dan satu lagi..... jika ko nak buat post doctorate kat obersi.... berebut university obersi tu nak terima ko.... senang2 jer ko nak masuk university yang top2.... barulah ko meletop... dan makin mantop... susah ko nak stop !
Bukan apa bro....aku seronok tengok seorang dua yang secara tak sedar mereka dapat 2
dalam 1, dan contoh terdekat adalah kawan aku si Kashfi dari Fakulti Pendidikan UKM….semua orang di Fakulti tu kenal dia.... malah semua staff dan lecturer..... wa cakap lu bro...yang tak lama lagi akan graduate dan akan bergelar Dr. Kashfi Rasch Model atau ringkasnya Dr. Kashfi
RM…mula2 jadi rebutan kalangan postgraduates UKM then semua IPTA.....(Kashfi kalau ko baca entry ini.... ko senyum jer k) malah belum dapat PhD pun dah dipanggil kesana sini dan present kat obersi sokmo.... Inilah contoh 2 dalam 1 bro…alang2 membuat Master atau
PhD, kenapa tidak menguasai sekaligus content dan analisis data…..
Kalau macam tu aku nak jadi 3 dalam 1 lah… aku nak buat
mixed methods…. Rash Model dan NVivo gak….maybe ko nanti boleh panggil aku Dr.
Mamat RaMOS sebab aku terror Rasch dan AMOS …. he he
Sukati ko lah bro…
No comments:
Post a Comment