.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Monday, April 30, 2012

TAJUK 350: Bengkel Uitm Puncak Alam - ZERO yang significant

Bengkel di Uitm Puncak Alam - ZERO yang significant

Saya ke Uitm Puncak Alam lagi semalam. Kali ini bertemu calon2 oscar Master dan PhD di Fakulti Farmasi.  Terima kasih kepada Sdri Amlizan yang membawa saya ke Puncak Alam...


Spt biasa saya ambil kesempatan mendengar dan berbincang dengan peserta2 semasa coffee break…. Semuanya muda2 belia….  Ramai yang mengeluh mengapa mereka terlalu lambat panas.. dan tidak banyak progress….sedangkan segala keperluan termasuk komputer, on-line library.....tersedia utk berkhidmat dgn efisyen......emmmm. 


NINE1: Searching for info.... anytime.... anywhere.... fuhh !


NINE2: Tidur sambil berfikir...... ngalahkan calon PhD !

Saya pun sambil sembang2 beritahu mereka bahawa sebaik sahaja melangkahkan kaki menjadi calon PhD atau Master, mereka akan menghadapi antaranya 3 situasi ini..... 

1. Menjadi supervisee kepada SV yang sibuk 
2. Membaca puluhan articles yang sukar difahami
3. Menghadapi masalah memulakan penulisan

Oleh itu izinkan saya sentuh sedikit bagi menjawab persoalan khusus di atas.

Pertama:
SV bukan tempat utk anda memahamkan kajian anda atau selesaikan masalah anda. Mereka tak bertanggungjawab utk mengajar apa apa yang anda tidak faham. Berapa ramai calon PhD yang belajar dari pihak lain, malah dari luar jabatan dan university mereka apabila menghadapi sesuatu masalah. SV melihat anda sebagai manusia dewasa yang "perfect" yang boleh atasi apa juga masalah. Jika terlalu harapkan SV..... takut anda akan kecewa..... 


Jika anda ingin berbincang dhn SV, pastikan anda tahu apa yang anda ingin bincangkan dan SV hanya akan memberikan pendapatnya sahaja .... SV akan biarkan anda yang membuat keputusan anda sendiri....so jangan cepat kecewa.  Tapi dalam banyak keadaan, anda akan mendapat lebih banyak komen lebih dari pendapat jika anda bertemu SV anda. 

Mungkin antara tugas paling “significant” dalam perjalanan anda membuat thesis yang dapat anda rasai dilakukan oleh SV adalah menurunkan tandatangan dan meluluskan proposal atau thesis utk defend…..dan viva…. the rest.... terserah kepada anda....

Kedua:
Artikel kini dah dihujung jari. Dalam menjelaskan Mendeley kepada peserta bengkel, ternyata perisian reference manager yang easy-to-install dan easy-to-use ini masih asing di Uitm. InsyaAllah.... lepas ini Mendeley akan mengalir deras di Uitm...... Dgn Mendeley, kerja2 mengurus artikel semakin mudah dan bersahaja. Tetapi ingat, ratusan artikel yang anda download tidak bermakna apa2 jika anda tidak tahu mengektrak idea dan maklumat yang relevan bagi memulakan penulisan.  Mengetahui cara mengekstrak idea dalam artikel lebih penting dari hanya membaca dan downloading sebanyak2nya artikel....dan ini tidak pernah di ajar kepada anda bukan? 


Ketiga:
Kalau dah SV biarkan sahaja anda memahami kajian anda sendiri..... dan tak tahuler pulak camner nak ektrak idea dari artikel, bagaimana pula nak memulakan penulisan first draft proposal.... sebagai langkah pertama sebelum buat research? 


Bagi peserta bengkel Uitm semalam, anda telah diajar secara live dan hands-on bagaimana nak menyediakan zero draft. Inilah langkah pertama yang anda perlu lakukan yang mungkin anda tidak pernah didedahkan pun sebelum ini. Inilah satu2nya zero yang signifikan bagi mengatasi langkah pertama dan kedua di atas. Dalam bengkel, saya telah tunjukkan secara  hands-on bagaimana penulisan proposal bukanlah langkah pertama dalam perjalanan penyelidikan anda….. langkah pertama adalah penyediaan zero draft. 


Penyediaan zero draft melalui kombinasi dropbox, mendeley dan document map / navigation pane ini akan sekalipus  "mengajar" anda "menguasai" apa yang anda tidak faham secara lansung dan tidak lansung seluruh aspek kajian anda  berdasarkan LR dan kajian2 lepas… dari pendahuluan hinggalah ke penyediaan bibliografi... 


Penyediaan zero draft ini juga akan sekalipus menjadikan artikel2 yang anda kumpul walaupun mencecah ratusan banyaknya dapat di ekstrak dengan mudah dan sempoi.... dan akan membuka minda anda kepada "dunia baru" penyelidikan anda. 


Ingat.....walaupun baru beberapa minggu menjadi calon Master dan PhD..... penyediaan zero draft akan menjadikan anda dari ZERO ke HERO dalam bidang kajian anda sendiri..... kerana ZERO draft adalah satu2nya ZERO yang significant buat calon Master dan PhD memulakan langkah dengan yakin......!


Buat peserta di Uitm Puncak Alam.... gud luck.... dan pic ini jadi saksi kesungguhan anda....




Sebagai pensyarah pendidikan, saya tak mimpipun nak pijakkan kaki di Fakuti Farmasi UiTM....




Searching for pilot articles




Preparing zero draft......tak cukup satu komputer....


Constructing RFOT.....  semua dah paperless...


Turning zero draft to first draft proposal




Organizing citation using Mendeley... 


make it written..... using doc map


Refining proposal


Writing a critical LR... kat lantaipun ada komputer lagi.. fuhh !




Wajah2 ceria dan control ayu postgraduates Uitm Puncak Alam...... 


Semoga anda akan sampai ke puncak kejayaan bersama Uitm....


OT



Friday, April 27, 2012

Tajuk 349: Master dan PhD – 2 dalam 1


Master dan PhD –  2 dalam 1

Apahal ni bro…. 2 dalam 1 ni?

Aku nak sembang2 santai petang ni.... dan ambil kesempatan utk membuka sedikit minda calon2 Master dan PhD… terutama yang baru nak bermula....sekali anda membuat research biarlah mendapat 2 dalam 1.

Amende ler ko ni…. 2 dalam 1 tu pedia?

Aku nak  bagi tau ko…. tak ramai yang lulus Master atau PhD termasuklah pensyarah atau academician sedia ada di IPTA atau IPTS yang expert dalam kedua-dua content dan analisis data. Jika analisis kualitatif…. tak ramai yang expert menggunakan software seperti NViVO…. Atlas…. Ethnography... 

Abis?

Aku cadangkan bagi calon2 Master dan PhD, termasuklah ko….ambillah peluang bukan sahaja untuk ko menguasai bidang kajian ko, tetapi kuasailah juga aplikasi mana-mana software yang aku sebutkan. Jangan lagi buat analisis ikut cara manual…. Ko patut explore dan mendalami mana-mana perisian terkini supaya ko menjadi expert dalam content dan analisis sekali gus. Lepas ko graduate, ramai ler akan cari ko utk belajar NVIVO atau Atlas… sehingga nama ko dipanggil Dr. Mamat Atlas.. .atau Dr. Mamat NVivo....bertaraf international tu....walau kawan2 ko sebelum graduate panggil ko Mamat Pilah jer... 

Kalau aku buat kuantitatif?

Fuhhh… itu lagi canteekk….

Kenapa pulak?

Ko tahu tak berapa lulusan Master dan PhD yang sekarang ni jadi pensyarah, researchers, academician yang expert dan kuasai content sekali dengan analisis data kuantitatif spt Rasch Model, Advance SPSS, SAS sehingga boleh petik jari bila jalankan analisis  spt SEM, PLS dan analisis yang setaraf dengannya. Jadi jgn belajar sekadar nak run data ko sahaja, atau paling sadis ko upah orang lain ler pulak....tetapi ko ambil kesempatan dalami bersungguh2… 

Kalau ko perempuan.... silap2 orang panggil ko Dr. Siti Rasch Model, walaupun cita2 asal ko nak jadi model tak kesampaian sebab ko tak cukup tinggi.... atau ko dipanggil Dr. CT SEM… dah macam nama mesin ler pulak he he 

Emm… tu dia maksud 2 dalam 1 !

Bukan tu saja…. dengan kepakaran analisis kualitatif dan kuantitatif… ko meningkatkan saham ko… berdesup saham ko naik bro !! Berebut2 orang nak merisik kabar....

Katakan ko buat education…. Then ko ada knowledge S.E.M dan PLS…. bukan ko diperlukan di education sahaja bro…. malah semua fakulti science social akan merayu2 kepakaran ko….ko dah jadi global bro…. global…

Fulamak… lain macam cara ko fikir bro… betul2 diluar kotak tu!


Bukan tu sahaja bro.... bukan sahaja ko jadi rebutan, saham ko naik... tetapi dgn kepakaran analsis data yang ko ada... ko akan mudah jer nak tulis paper dan publish dalam journal yang kaw-kaw... caya tak? 


Nanti selain research ko sendiri... kerja ko analisis data orang lain jugak.. sambil publish paper sama2.... tak ker senang hidup ko... sebulan tulis 2, 3 paper.... dan kalau dan 2,3 paper sebulan..... berdesup ler ko promote dapat AP dan Prof.....caya tak?


Dan satu lagi..... jika ko nak buat  post doctorate kat obersi.... berebut university obersi tu nak terima ko.... senang2 jer ko nak masuk university yang top2.... barulah ko meletop... dan makin mantop... susah ko nak stop !

Bukan apa bro....aku seronok tengok seorang dua yang secara tak sedar mereka dapat 2 dalam 1, dan contoh terdekat adalah kawan aku si Kashfi dari Fakulti Pendidikan UKM….semua orang di Fakulti tu kenal dia.... malah semua staff dan lecturer..... wa cakap lu bro...yang tak lama lagi akan graduate dan akan bergelar Dr. Kashfi Rasch Model atau ringkasnya Dr. Kashfi RM…mula2 jadi rebutan kalangan postgraduates UKM then semua IPTA.....(Kashfi kalau ko baca entry ini.... ko senyum jer k) malah belum dapat PhD pun dah dipanggil kesana sini dan present kat obersi sokmo.... Inilah contoh 2 dalam 1 bro…alang2 membuat Master atau PhD, kenapa tidak menguasai sekaligus content dan analisis data…..

Kalau macam tu aku nak jadi 3 dalam 1 lah… aku nak buat mixed methods…. Rash Model dan NVivo gak….maybe ko nanti boleh panggil aku Dr. Mamat RaMOS  sebab aku terror Rasch dan AMOS …. he he

Sukati ko lah bro…

Tuesday, April 24, 2012

TAJUK 348: Perlukah “BACK TRANSLATION”: Shakespeare vs P.Ramlee


Perlukah buat “BACK TRANSLATION” utk soalselidik?

Salam bro... dah lama tak sembang2....

Apa hal ni....?

Aku nak tanya... SV aku suruh aku buat BACK TRANSLATION (BT) questionnaire aku...sebab aku ambil questionnaire mat salleh dan nak convert dalam bahasa melayu.... then perlukah aku buat BT pula....jenuh aku nak cari sapa yang nak buat tu? Apa pendapat ko?

Aku sekadar nak bagi pendapat. BT ini sesuatu yang aku tak fikir perlu dilakukan jika tidak ada keperluannya. Selain buang masa, buang electric juga buang duit dan tak mendatangkan apa2 faedahpun...

Fuhhh... ganazzz ko bro.!!

Apalak ganazzz.... tadi ko tanya pendapat aku, itulah dia....

Rasional bro.... rasional?

Bila ko minta seseorang utk kerja2 translation.... org tu mestilah bilingual expert dalam BM-BI, the best adalah professional translater dan lagi baik kalau dia juga tahu content. A good translater takkan translate “word-by-word” tetapi akan menyesuaikan dgn konteks local dgn mendapatkan “conceptual equivalent” of the word or sentences or meaning or contects or culture bukannya linguistic equivalence.

Contoh soal selidik sikap dan persepsi terhadap filem dan budaya tempatan:


  • I love to watch Shakespeare movie.... (soalselidik asal utk responden mat salleh di UK)

Diterjemah dalam konteks local menjadi.....


  • Saya suka menuntun filem P. Ramlee.... (responden Melayu di Malaysia)

Dan jika di BT semula..... ?

Aah lah bro...... kalau di buat BT akan jadi pelik ler pula......

Aku nak tanya ko.... jika ko buat BT, then pernyataan dalam BI tu berbeza dari BI dalam soalselidik yang asal.... apa ko nak buat? Adakah ko nak bagi tau bahawa expert bilingual pertama ko yang translate tu salah ? Then ko nak apakan dengan soal selidik ko tu? Silap hari bulan, tak sapapun boleh guna soal selidik yang di translate sebab sudah barang pasti akan ada sahaja perbezaan antara yang ditranslate dgn yang di BT.... Jika ada perbezaanpun so tak kan boleh buat apa2, sebab tak perlupun...yang penting translation yang pertama ko tu dilakukan oleh expert..... jadi aku tak nampak perlunya BT ni. Jika bahasa dalam BT tu sama dgn yang dah translated pun.... takkan datangkan apa2.... so buat apa buang masa, duit dan tenaga ko? Setuju?

Sebab itu asas pertama ko mesti mendapatkan soalselidik yang baik, ringkas dan concise. Paling cun jika translater ko tu ada asas dengan content yang ko nak translate tu.

Abis bro.... jika di tanya oleh SV atau panel kenapa tak buat BT..... mati wa oooo....

Ko kata jer.... soal selidik telah melalui 6 langkah berikut:
(i) di translate oleh professional translater yang expert biligual dan di sahkan kemudian oleh ....
(ii) content expert dan...
(iii) measurement expert dan seterusnya melalui proses...
(iv) pilot testing..... dan
(v) nilai chronbach alpa menunjukkan consistency yang tinggi....... 
(iv) maybe ko nak buat concurrent / predictive validity lagi cun !


Jadi semuanya beres !! So tiada asas perlunya BT dilakukan spt yang aku jelaskan di atas. Atas sebab yang sama juga.... BT bukan satu kewajipan.... malah bukan satu keperluanpun. 

Emmm.. kalau SV nak juga buat?

Kalau dah 5 atau 6 langkah di atas ko buat, tapi dia nak jugak....dia nak jugak.... mula2 ko tanya dia balik..... dia sendiri buat tak BT tu dalam kajian dia? Kalau dia sendiri tak buat.... tu maknanya SV ko tu nak manja2 dengan ko.....eemmmm...


He he......tapi bro kalau dia berkeras nak mintak juga aku buat BT tu.....


Senang jer.... ko suruh dia sendiri yang buat BT tu... abis citer !!

Ko jgn main2 bro?

Bila lak aku main2.... ada ko tengok aku main2 ker?

OK..OK.... mekacih bro...... phew..

OT

TAJUK 347: MENCARI PILOT ARTICLES "IN THIS JOURNAL"

Saya dah perkenalkan PILOT ARTICLES kepada pembaca blog saya..... yang maybe asing bagi postgrads sejak sekian lama...dan mengapa pilot articles penting bagi novice researchers dan student researchers macam anda....dan saya percaya... anda mungkin tidak akan dapat maklumat ini dari SV anda selain dari kata2 ... "cuba u cari dulu dalam journal2...." dan ramailah yang terkial2 apa yang nak dicari dan bagaimana nak cari..... khususnya pelajar undergrads dan maybe pelajar master...ala..... yang PhD pun kadang2 sama jugak !!


Saya tak sekadar mengutarakan sahaja konsep pilot articles.... now saya cuba demonstrasikan bagaimana  mencari pilot articles gaya Dr OT. Kali ini saya akan menerobos ke Wiley pula selepas saya tunjukan SAGE dan ScienceDirect... Kali ini saya tunjukkan bagaimana nak dapatkan pilot artikel secara Advance Seach dalam publication Wiley pula.....dan juga pencarian secara khusus ke dalam journal tertentu terbitan Wiley...spt Journal of Research in Science Teacing (JRST).


PERTAMA:
Mula-mula cari guna Advanced Search.... dengan keyword Animation AND Learning. Perkataan Animation mestilah berada dalam TITLE..... ikut gaya Dr OT.


Buka Wiley dan pergi ke journal JRST
Go to Advanced Search, isi details dan limit tahun 2009 - 2012

 dan klik SEARCH......inilah hasilnya 8 articles..... dengan tajuk ANIMATION






KEDUA:
Jika anda tahu atau biasa dengan journal tertentu secara khusus yang popular dalam bidang anda, boleh sahaja anda terus buka journal ini dan gunakan fungsi Search "In This Journal". Saya percaya langkah ini akan menghasilkan sesuatu yang lebih baik.


Buka journal JRST dgn SEARCH "In This Journal"
Nampaknya bagi Search "In This Journal", tiada pula limit year of publication.... so anda boleh gunakan Sort by DATE.... benda-benda ni perlukan sedikit creativity jer...


Dgn keyword "Animation AND learning"......inilah hasilnya iaitu 68 articles dari tahun 2012.... emmm...mudah utk dapatkan pilot articles...


Berikut adalah artikel terbaharu dari 2012 hingga 2010.... yang berkaitan dengan animation in science education ....... pastinya membuka banyak gap utk duplication dan modification..... .. keseluruhannya ada 68 articles.... hanya dalam journal ini JRST sahaja. Anda PASTI akan temui teori, instrument, methods dll....so mulakanlah pengembaraan anda secara intensive dan extensive.... dan kuasai apa minat dan bidang yang anda ingin kaji...


Apa tunggu lagi.... masukkan sahaja artikel 10 tahun kebelakangan dari senarai tersebut terus dalam MENDELEY desktop anda, utk anda baca sambil lengkapkan zero draft anda.... saya JAMIN tak sampai 3 hari.... anda akan kuasai asas2 kajian animation dari pelbagai perspective.... methods... instrument dan perkembangan teori.... ini baru berasaskan SATU JOURNAL sahaja.... 









Sepintas lalu dgn teknik hybridization pilot articles.....anda boleh dapatkan dua RESEARCH GAP menghibrid konsep berikut:
  • learning gains
  • inquiry science teaching
  • multimedia cased-based environment
  • dynamic visualization
Enhancing learning gains using inquiry dynamic visualization in science teaching among form 4 students in Malaysia

Promoting learning gains using multimedia cased-based environment in science teaching amongst form 4 students in Malaysia

Jadi.... jgn salahkan sesiapa jika anda sendiri yang tak bersedia... sedang segala maklumat dah tertera depan mata..... hanya menunggu masa utk diteroka..... dalam beberapa minit sahaja.... ada apa lagi yang tak kena sehingga bertukar2 tajuk tak  sudah2 jadinya?

OT

Sunday, April 22, 2012

BENGKEL DOC MAP SIRI 4 DI MYHOMME

Pertama kali bengkel document map dikendalikan di lokasi baru...MyHomme Training Centre..... dan peserta yang hadir ada yang datang dari Johor Baharu.....


Pic ini menjadi bukti kegigihan anda.... syabazzz...


Lena tidor sebelum ke bengkel

Bersiap utk ke bengkel


Emm.... testing dulu...... netbook baru ker?

Saling membantu dalam menyediakan zero draft

Masa untuk 1File1Thesis

Paperless....

Cepatnya ko menaip.....

Taip terus dalam note Mendeley....

Friday, April 20, 2012

TAJUK 346: MENCARI PILOT ARTICLE GAYA DR OT... MEMANG BERDESUP !!

Malam dah masuk ke pagi. Kawan berbual aku maybe dah lama masuk tidor.... so terpaksalah aku bermonolog....


Jam menunjukkan 2.15 am. Mata tak mahu lelap....isteri berada dikejauhan kerana mengikuti kursus dua hari.....Nine baru sahaja aku dodoikan dgn sebotol susu......


Perlahan2 aku bangun membuka komputer.... sambil mengenang kembali saat2 ketika aku ingin mencari pilot article sebelum aku membuat permohonan menyambung study di Australia dahulu.... masa tu aku gunakan idea aku sendiri jer... yang kini aku namakan pilot artikel...


Dulu sangat sukar..... kebanyakkan artikel dalam hard copy. Jadi aku ingin simulasikan jika ketika itulah aku mencari pilot artikel tersebut... maka aku bayangkan "animasi" sebagai fokus kajian yang aku ingin jalankan dalam konteks pembelajaran....


Aku membuka web library UPM.... dan sengaja membuka ScienceDirect publication pula setelah aku mencuba SAGE Publication dalam tajuk 345. Aku mahu menguji cara sempoi aku mencari artikel.... Gaya Dr OT... 


Aku hanya gunakan strategy pertama gaya Dr OT .... iaitu menaip keyword "animation" dalam kotak TITLE. Menu Advanced Search pada ScienceDirect lebih friendly sebab ada kotak  TITLE, ABSTRACT, KEYWORD maka akupun menaip perkataan "learning" dalam kotak tersebut, sekali gus memberikan fokus kepada pembelajaran berkaitan animasi sahaja. 


Dengan adanya ruangan option "Social Science", aku tidak perlu  mengunakan strategi kedua, kerana ruangan ini telah menghadkan search termasuklah ruangan INCLUDE yang membolehkan aku memilih tick journal sahaja. Aku suka Advanced Search macam ini berbanding dengan SAGE....


Oleh kerana aku ingin mencari pilot article, maka aku tetapkan hanya artikel terkini dan sensasi dari 2010  hingga 2012 sahaja dipaparkan. Inilah print screennya.... perhatikan betul2...





Hasilnya adalah sungguh mengujakan.... aku memperolehi 17 artikel terkini (2010 -2012) yang fokus kepada "animation" dalam pelbagai bidang yang berkaitan "learning"...... phew.... sangat mudah jika aku ingin mencari gap, melakukan hybridization dan seterusnya mendapatkan teori dan instrumen serta mudah melakukan snowballing..... 


Berikut aku lampirkan 12 dari 17 artikel tersebut.... Ini baru satu publisher.....ScienceDirect..... emmmmm betapa mudahnya pelajar sekarang mendapatkan artikel....semuanya FREE dan boleh terus di download atau import dalam MENDELEY.... itupun masih ramai yang terkial2 hilang arah, hilang panduan....sehingga tak tentu arah.






Jam menunjukkan 2.31 am.... ini bermakna dalam 15 minit aku dapat 17 artikel sambil menyiapkan entry blog ini..... memang berdesup....... memang sempoi...


Cukuplah... esok ada bengkel.... peserta bengkel agaknya dah diulit mimpi indah...... dan aku nampaknya perlu memujuk  mata ini tidor barang seketika......... sambil memeluk NINE.....mudah2an diulit mimpi indah jua..... 


OT

LOKASI BENGKEL DI MYHOMME TRANING CENTRE, Sekyen 7, Bandar Baru Bangi

Salam,

Oleh kerana lokasi bengkel terletak berdekatan restoran Red Wok, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, saya harap sesiapa yang sesat boleh menuju ke restoran tersebut dan cari lokasi bengkel berhampiran berdasarkan alamat. Jadi saya sertakan lokasi Red Wok bagi memudahkan anda. 

Alamat bengkel:

MYHOMME GROUP RESOURCES (M) SDN BHD  
No. 17-1 & 23-1, Jln Kajang Impian 1/11, 
Taman Kajang Impian, 43650  
Bandar Baru Bangi, Selangor


Anda boleh bertanya jalan menuju ke Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, dan lokasi Restoran Red Wok (sebab ianya popular di sini). 


Kalau anda sesat juga.... call 019-2986914. 


OT

Thursday, April 19, 2012

TAJUK 345: DUA STRATEGI CARI ARTICLE dan GAP GAYA DR OT

Cari Article Cara Dr OT?

Ko tahu bro…. apa cabaran pertama bagi calon MSc dan PhD?

Emmm…. dapatkan TAJUK kajian?

Ko ni tak abis2 dgn TAJUK kajian…..sebab tu lah asyik pening memanjang jer….. dapatkan TAJUK kajian tanpa membaca seurat artikel pun….? Ingat ko masuk TADIKA ker belaja nyanyi dan doa makan jer... tanpa perlu membaca terlebih dahulu....

Abis amende cabaran tu bro?

Antara cabaran pertama adalah mendalami bidang yang ko minati utk buat kajian. Bidang tu hanya boleh ko dalami dengan membaca dalam buku dan journal yang khusus, bukan baca dalam internet yang ko jumpa jer. Ko mesti kuasai apa yang ko nak kaji dulu...

Jadi apa masalah nyer?

Mencari bahan, buku atau artikel bagi pelajar yang baru mendaftar sebagai calon MSc atau PhD ibarat mencari intan dalam timbunan pasir. Tambah lagi yang dah lama tak jadi student…. Dah terlalu lama jadi cikgu, CEO, boss  atau apa sahaja yang tak der kena mengena dengan mencari bahan2 tu....selalunya ko order jer org lain buat itu dan ini.... now ko kenalah buat sendiri.... cari bahan kajian ko..

Tak der hal u bro…. ko google jer…. Lagipun ada google scholar…. betul tak?

Tulah banyak sgt tengok Upin dan Ipin…. Cam nilah jadinya….Ko mesti pergi ke web setiap publisher bro…. then gunakan ADVANCED SEARCH (AS). Inilah senjata paling ampuh utk ko dapatkan bahan bacaan ko....ingat bro.... guna ADVANCED SEARCH (AS) !!

Okay… camner strategy nak guna tu?

Byk cara guna…. maklumlah ADVANCED…..macam-macam ada bro... tapi aku nak bagilah dua strategi gaya DR OT utk cari bahan terutama artikel…. sebab AS tu terlalu byk kotak2 yang disediakan….mahu pening ko bro....Ko ingat UKM jer ke ada GAYA Tulis Tesis.... akupun ada gaya aku jugak lah...


[Sebagai alumni UKM, aku sendiri tak faham kenapa UKM perlu adakan gaya sendiri khususnya utk citation dan bibliography bila siapkan tesis berbeza "sikit" jer dari format standard spt APA. Then apabila pelajar nak hantar articles kena tukar pulak ke gaya standard APA .... kan ke buat kerja yang tak perlu dua kali namanya tu....eemmmm..... otak pentium IV aku ni sungguh tak faham.....tak tahulah otak duo core i-7 intel] 

Aah lah….. bagi ler tahu..... AS tu bro

Ko boleh guna AS ikut sukati ko…. Tak der sapa larang….tapi biarlah ada strategi....katakan ko minat sangat kat "e-learning" sebab ko dari bahagian IT dan ada latarbelakang benda tu....dan ko nak apply kat program postgraduate….tapi ko tak ada gap lagi…. So ko kena mula membaca bagi mengetahui segala yang berkaitan e-learning dahulu. Katalah pertama sekali ko buka SAGE Publisher dulu k…

STRATEGI 1: Guna keyword pada TITLE

Taip sahaja “e-learning” bagi TITLE sahaja. Ini strategi mudah tapi penting. Setkan tahun 2000 – 2012 utk tahu apakah wujud perkembangan istilah “e-learning” dalam 10 - 12 tahun

Rasional:
Ko nak tahu semua buku, journal dll yang ada tajuk khusus “e-learning” yang diterbitkan oleh SAGE publisher. Kalau dah tajuk benda2 tu ada “e-learning” mestilah isinya membincangkan “e-learning” dalam pelbagai bidang tak semestinya education jer. Ini utk tujuan mendapatkan latar belakang kajian dan overview perkembangan “e-learning”....  


Jadi ko isilah AS tu spt berikut..... dengan hanya "e-learning" dalam "TITLE"....sahaja.....ini strategi ni sgt penting.... utk dapat bahan yang khusus dan biarkan kotak2 yang lain tu kosong jer....



Hasilnya.. ada 36 semuanya. Ini baru SAGE bro... belum lagi Wiley.... IEEE... Emerald.... dll....

Cukuplah kalau ko dapat access dan baca semua benda2 ni….tapi be selective….maybe ambil yang ko fikir sesuai utk ko baca…yang ada dalam library misalnya...dan kalau tajuk tu memang cun tetapi terpaksa beli.... belilah....Jgn nak baca semua... kalau tak…. termuntah ler ko…kalau kajian ko bukan pasal komputer..... ko bolehlah set tahun tu dalam 15 tahun ker.... sekadar nak survey bahan bacaan yang ada dalam SAGE...

Barulah ko dikatakan mula membina asas yang kukuh, membaca secara intensive dan extensive.... dan dari sini ko dapat kutip keyword yang digunakan dalam LR ko... supaya tepat utk ko buat pencarian selanjutnya yang lebih details..

(minta maaf semua pic hilang... saya tak sure kenapa ini terjadi.....)



STRATEGI 2: Filter to narrow down your search

Ko mestilah narrow down focus bacaan ko kepada bahan,  katakan 3 - 5 tahun kebelakangan yang ada term “e-learning” dalam TITLE dan keywords yang ko dah pastikan seperti “postgraduate”, “teaching”, “student”, “learning” dan “school” supaya bahan ko focus kepada education.


Cubaan 1:



Hasilnya: 8 bahan yang menjurus kepada education tapi malangnya e-learning tu berkaitan dengan HEALTH dan NURSING education, maybe bukan bidang ko...



Cubaan 2:


Ko focuskan lagi dengan teaching dan learning dalam abstrack. Jgn pilih Full Text .... sebab nanti banyak yang tak relevan akan keluar.... scopekan pada abstract sahaja. Kekalkan "e-learning" sebagai TITLE.


Hasilnya 6 lagi bahan dan ada yang bertindih dengan cubaan pertama.



Cubaan 3:

Oleh kerana banyak isu berkaitan nursing dan health dari cubaan 1 dan 2…. Ko perlu filter dengan operator “not” instead of “and” seperti Cubaan 1 dan 2 tetapi kekalkan “e-learning” dalam TITLE. Ini sangat penting bagi narrow down your search



Hasilnya… jeng..jeng…jeng…. inilah hasil yang ko dapat....alamat satu jer !! So maybe boleh jadi pilot artikel ko jugak.... lepas ni ko selongkar pulak publisher yang lain... byklah pilot yang ko akan dapat... !!


So ko baca artikel di atas dan dapatkan GAP yang ada dalam article tersebut yang boleh ko jadikan GAP dalam kajian ko kat Malaysia. Paling best dalam tu dah ada theory dan instrument maka ko boleh guna. Jika ko dah putuskan utk jadikan GAP tersebut, ko memang dah ada sumber rujukan utk LR dgn snowballing artikel tersebut .... dan artikel2 yang sewaktu dengannya.


Then barulah ko sediakan working title kajian ko maybe sebagai:

“Implementation of a hybrid e-learning environment among lecturers in postgraduates programmes at the Faculty of Education, UPM”


Bunyipun dah canggih bro.... dan yang lebih penting ko tahu apa yang terkandung dalam tajuk tu..... bukan datang dari ilham pujangga ko yang tak boleh pakai tu....


Bila ko jumpa jer SV ko... barulah ko boleh "goreng" sebab ko dah tahu apa yang ko nak buat dan dahpun buat pembacaan yang intensive dan extensive !!


Sebab tu bro... kalau ko buat tajuk ko syok sendiri jer.... keywords ko tak kena.... meraban ler ko nak cari articles....


Cukuplah tu….. ko cuba lah sendiri…. Bagi publisher yang lain plak…. Seperti Science-direct, Wiley, IEEE dll….

OT

TAJUK 344: RESEARCH TITLE VS RESEARCH GAP

RESEARCH TITLE VS RESEARCH GAP

Aku dapat satu mesej dari pembaca blog.... mereka sedang mengikuti siri bengkel menyediakan proposal. Tugas pertama yang diberikan oleh fasilitator (pensyarah jemputan) adalah menyenaraikan TAJUK kajian masing-masing.

Inilah mesejnya” Kitorang sekarang tengah bengkel phd, fasilitator bagi latihan buat tesis. 1st sekali kami disuruh cari tajuk utk buat phd. Gigit jari la kitorang....”

Kenapa plak mereka gigit jari.... gigit ler pen ker... kertas ker....?

Buat lawak ler tu ! Oleh kerana aku selalu tulis bahawa TAJUK kajian bukan perkara pertama yang perlu dirisaukan..... maka confused lah pelajar yang menghantar mesej tersebut... sebab dia baca blog, aku suruh pertama sekali cari GAP dulu...bukan TAJUK !!

Abis apa komen ko bro?

Begini.......aku tak ada masalah jika pelajar memang dah ada TAJUK atau TAJUK diberikan oleh SV. Ko tahu apakah ciri yang patut ada dalam satu TAJUK sebelum mulut ko dgn mudah dan selamba menyebutnya?

Emmm.... tak tahu bro?

TAJUK yang sesuai utk kajian oleh student researcher macam ko yang sedang buat PhD ataupun Master mesti ada at least 4 ciri. Ini lazimnya diperlukan dalam kajian sosial sains termasuklah pendidikan. Ciri tersebut adalah:

  • Sampling frame (sumber yang membolehkan ko mendapatkan sample kajian - pastikan sampling frame yang mudah ko access)
  • Location (tempat ko nak buat kajian - jgn ler buat jauh2.... ko masih student ler bro)
  • Variable (variable yang terlibat dalam kajian - ubah ler variable yang lain supaya ada contribution pada knowledge)
  • Theory (ko masih novis, carilah kajian yang memang ada theory yang mantap)

Bagilah contoh bro.... plzzzzz

Ini contoh TAJUK yang mungkin di kemukakan oleh pelajar:

Pelajar 1:
Learning styles and students performance in Mathematics (sebab dia pening jadi cikgu matematik)

Pelajar 2:
The factors influence job stress in UPM (sebab dia staff UPM yang sedang dilanda tsunami stress)

Pelajar 3:
The usage of e-learning in Malaysia (sebab dia suka main beno ambil bahan dari internet)

Mari kita analisis sikit TAJUK di atas:

TAJUK 1:
Learning styles and students performance in Mathematics
  • Sampling frame – Tak ada
  • Location – Tak ada
  • Variable – Learning styles dan performance
  • Theory – Learning styles (terlalu umum)

TAJUK 2:
The factors influence job stress in UPM
  • Sampling frame: Tak ada
  • Location: UPM
  • Variable: Job stress
  • Theory: Job stress (terlalu umum)

TAJUK 3:
The usage of e-learning amongst student in Malaysia 
  • Sampling frame: Tak ada
  • Location: Malaysia (terlalu besar)
  • Variable: e-learning usage (terlalu umum)
  • Theory: Tak ada

Jadi ko akan nampak kelemahan jika ko terlalu bergantung kepada TAJUK sebab TAJUK selalunya bersifat umum....dangkal kerana tidak melalui pembacaan yang intensif dan extensif terlebih dahulu.... malah TAJUK juga bukan sesuatu yang konsisten, boleh berubah.... dan ko tahu kenapa TAJUK berubah?

Sebab apa bro?

Sebab bila pelajar mula mencari maklumat dan mula mengumpul artikel....mereka akan hadapi satu masalah BESAR...... sukar nak jumpa artikel yang relevan.....kerana TAJUK tu bersifat umum....atau kadang kala terjumpalah pulak TAJUK lain yang lebih cun... maka cintapun beralih arah..... maka TAJUK pun berubah.... then jumpa pulak yang bukan sahaja cun tapi sexy..... tukar TAJUK lagi !!

Jadi cadangan ko?

Inilah yang membuatkan aku mencadangkan supaya pelajar tentukan dulu minat dan fokus pada satu-satu area, katakan e-learning..... then selongkar semua artikel 3 tahun kebelakangan bagi mendapatkan RESEARCH GAP yang sesuai utk dikaji. Dalam menyelongkar tu.... ko akan menemui bukan sahaja 4 perkara di atas iaitu sampling frame, lokasi, variable dan theory, malah ko akan terjumpa instrumen yang berbagai-bagai dalam bidang yang jadi fokus ko tersebut..

So?

So aper lagi..... ko intergrasikan le apa yang ko baca tersebut menjadi RESEARCH GAP yang sesuai dengan apa yang ko nak buat, sesuai dengan pengetahuan ko dan aspek lain yang memudahkan ko. Kalau kajian lepas lakukan kajian di IPTA, ko sebagai guru sekolah, pastikan sampling frame ko adalah guru-guru sekolah. Kalau kajian lepas ada guna teori Cognitive Load atau  Constructivist.... ko boleh sahaja gabungkan kedua2 teori tersebut. Dan kalau dalam kajian lepas ada guna beberapa instrumen... ko adapt sahaja yang sesuai....maka RESEARCH GAP ko boleh sahaja menjadi seperti berikut:

Mengkaji tahap kesediaan e-learning dalam kalangan pelajar Fakulti Sains UPM menggunakan soal selidik TAM2 yang diadaptasi dari teori Lewin.
  • Sampling frame: Pelajar Fakulti Sains UPM
  • Location: UPM
  • Variable: Tahap kesediaan
  • Theory: Teori Lewin
  • Instrument: TAMS

The intergration of constructivist e-learning in science teaching based on a contemporay model of Cognitive Load amongst Form 4 science student in Selangor.

  • Sampling frame: Form 4 students in Selangor
  • Location: Selangor
  • Variable: Constructivist e-learning
  • Theory: Cognitive load theory
  • Instrument: MOE pass year questions


Jadi mencari TAJUK boleh sahaja berlaku sambil minum kopi dan pekena keropok leko dengan kawan2 tetapi mencari GAP yang sesuai utk memberi sumbangan kepada knowledge mesti dimulai dengan minat, fokus, latar belakang pengetahuan diikuti dengan pembacaan yang intensive dan extensive......


Moral of the story.... carilah GAP dahulu.... dari GAP baru boleh tentukan TAJUK.... bukan dapatkan TAJUK then terkial2 nak isi GAP berkaitan TAJUK tersebut...


Ini prinsip berakit2 dulu... berenang2 ketepian.... membaca intensif extensive kajian lepas dahulu.... barulah senang tesis tu nak buat kemudian....

OT 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...