Keenam - Tulis serentak
Setelah menulis isi yang anda baca dgn teknik write while u read, siapkan semua chapter serentak, bukan chapter by chapter dan susun mengikut chronology dan sintesis apa yang anda tulis. Ingat, expectation pembaca adalah tinggi kerana anda adalah pelajar PhD. Apa yang ingin disintesis?
Chapter 1 - sintesis bagi menggambarkan latar belakang secara ringkas semua keywords supaya readers mengetahui apa yang sedang berlaku dan mengapa anda perlu menjalankan kajian ini.
Chapter 2 - sintesis perkembangan pengetahuan tentang fokus kajian anda, perkembangan teori, conceptual framework yang menjadi nadi kajian anda serta IV dan DV.
Chapter 3 - sintesis kajian lepas yang strengten kajian anda
Tulis dengan satu ingatan - tidak ada satu ayatpun yang anda tulis tanpa anda sedari maksudnya terhadap kajian anda
Ketujuh - Read and write... dont stop !
Thesis tak bertambah jika anda tak tulis. Jika tak bertambah macamana nak abis awal. Tukar kebiasaan anda membuat highlighted dalam artikel anda dengan pen kepada terus menulis idea yang anda baca ke dalam zero draft anda - now and then ! Saya telah sarankan dlm bengkel saya supaya anda menulis bilangan perkataan yang anda tulis disatu white board.... dengan target mencapai 70,000 perkataan.
Adakah anda akan abis awal jika anda hanya menulis 500 dalam tempuh sebulan? Jika anda menulis 1000 sebulan, anda perlukan 70 bulan.... bila nak abis? Jadi anda perlu menulis beribu2 perkataan sebulan..... yang kemudiannya anda akan edit, buang dll tetapi target anda mencapai 70 ribu akan segera tercapai....
Ingat.... mereka yang menulis lambat, kononnya nak mendapat idea yang terbaik, belum tentu mendapat idea tersebut, berbanding dengan anda yang tulis ribu2 perkataan, pasti anda akan terjumpa idea tersebut....
Kelapan - The sense of urgency
Anda perlu ada perasaan the sense of urgency.... bagi menggantikan the sense of "last minute". Perasaan the sense of urgency akan mengarahkan otak anda membuat sesuatu spt anda akan mati esok hari.... tu dia! Perasaan ini menyebabkan anda merasa sgt bergantung kpd keperluan menyiapkan tesis dgn cepat.... sementara the sense of last minute cuba memberikan anda justifikasi.... lambat2 pun siap juga.... macam orang lain juga. Percayalah...anda tak layak membuat thesis jika ada tak ada perasaan the sense of urgency ini...memang tak layak.... sebab PhD tak sesuai utk mereka yang kaki lengah, kaki malas, dan kaki kena suap baru nak buat...atau kaki tergedik2....kaki fesbuk yg klu tak buka tiap jam rasa mcm nak pengsan.....
Saya teringat kata2 Pak Cik Hj Aziz Hasan, salah sorang peserta bengkel saya dan activist fesbuk DSG bahawa bisness family hanya boleh bertahan 3 generasi sahaja. Saya tak sempat nak tanya kenapa? Tapi saya jangkakan bahawa generasi ke3 telah berada dalam comfort zone dah tak ada lagi perasaan sense of urgency utk majukan bisness.... mereka mengabihkan beras jer.... dan serah semua urusan pada orang lain...yg kemudiannya take over the bisness....padan muka !!
Kesembilan - Kena berlagak!
Jgn bro.... tak baik berlagak tau..... kena humble.....
Nak cepat siap mestilah kena berlagak sikit.... tapi dengan tujuan baik. Bukan berlagak tong kosong bro....
Masukkan dalam fesbuk dan beritahu kawan2 anda yang anda telahpun siap sekian2 ribu perkataan.......utk semua chapters......dan dah mula nak collect data.....dah buat sekian2.......sebagai satu trick anda memaksa diri anda meningkatkan apa yang anda dah capai.
Bila dan capai sasaran... war2 lagi sasaran baru..... biar anda ada sedikit pressure.... dan biar kawan2 anda terlopong kehairanan melihat cepatnya progress anda!
Contohnya (agak extreme supaya sampai mesej....jgn tiru.... gunakan bahasa yg sopan dlm fesbuk)
"Hello bro.... wa dah siap tulis draf LR 15 pages dalam 10 hari.... cayalah....wa akan habiskan lagi 10 pages dalam 5 hari... he he.. wa mau kasi wa punya SV terkezut !!
Lagi 5 hari bro.... nanti wa announce dlm fesbuk bagi lu orang jeles sama wa.....wa dah siap LR 20 pages.... terbaik bro....kaw-kaw punya...cincai2 wa tak main....semua siap dalam 15 hari bro.... bukan 15 tahun.... wa tak mau jadi kura2.... tapi klu korang nak jadi jugak....wa tak boleh larang...."
Kesepuluh - Jatuh cinta buat kedua kali....
Buat PhD kena jatuh cinta dgn PhD. Apa rasa bila jatuh cinta? Baru 5 minit hantar sms kat dia tu....rasa macam 5 hari tak hantar sms. Betul tak. Baru 1 jam hantar email... tanganpun gatal tak sabar2 nak hantar email lagi. Satu email bukan 1 paragaraph bro.... 10 paragraph tuuu....
Betul lah bro..... itu wa punya awek bukan 5 minit woo...tapi tiap2 satu minit wa sms sama dia... cintun punya pasal.... .
Cinta.....memberi dan menerima... |
Kalau sidia bagi buku 500 muka surat dengan catatan:
"Sayang.... baca lah buku ini masa ayang free, kerana kisah dalam buku ini samalah apa yang ayang rasa kepada ayang...."
Cuba teka.....bila agaknya buku tu dibaca?
Betul..... jam tu jugak diabiskan 500 pages.... membaca dgn penuh perasaan.... tak sempat tunggu waktu free....lupa makan...lupa mandi....lupa diri.....mujur tak lupa solat....cuma tak kusyuk jer sebab terbayang2 wajah sidia....
Inilah cintaku.... |
Jadi korang ni semua buat PhD ler? Betul ker? Korang betul2 ker jatuh cinta dgn PhD, atau sekadar suka2 dan main2 mata jer....Korang sanggup ker renangi lautan ribuan artikel? Bukankah buat PhD ni sesuatu yang mencabar... kena byk membaca...berfikir.....setakat multiple regression tu dalam 2,3 hari dah boleh faham asasnya. Setakat nak cari 10, 20 artikel tu dalam 2,3 jam jer dah dapat. Tapi jika tulis 2,4 paragrah sehari.... buat malu jer.
Jadi...jika anda tak ada rasa jatuh cinta..... buat ler benda lain yang anda cintai....bela arnab ker.... bela ayam ker....jgn buang masa..
Phew......
Itulah 10 tips "spontan" yang sempat saya catatkan, dalam kesibukan menyambut syawal dan pergi menziarahi sanak saudara sejak pagi tadi. Setelah menziarah lebih 7 rumah termasuk menziarahi pusara aruah isteri di Rembau, saya bertolak ptg tadi ke KL pula ke rumah mertua. Esok saya ke Seri Menanti then pulang semula ke Rembau. Saya terus menulis.... agaknya saya telah jatuh cinta....
Tips ini adalah pengalaman saya.... cuma tak pernah tercatat utk dikongsi....walaupun tidak menyentuh soal tektikal dan teknikal secara direct, namun setiap tips telah menggerakkan nadi, jiwa dan minda saya..... sehingga penulisan tesis menjadi sesuatu yang 'Tidaklah sesukar mana'....
OT
Bukit Tunku
1 Syawal....
No comments:
Post a Comment