.

"ANTARA BLOG TERBAIK DI NATIONAL EDUCATIONAL BLOGGING SUMMIT 2011"


MORE THAN 3 MILLION HITS !

Statistik

SPSS - STATISTIK PENYELIDIKAN SECARA SANTAI

Pertanyaan: zahinothman@gmail.com



-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sila joint dan sign-in. Anda FOLLOWER kehormat drotspss...

Saya klik Follow dan BANGGA menjadi follower drotspss...

Friday, August 5, 2011

TAJUK 178 - OPEN, AXIAL, SELECTIVE CODING DLM ANALISIS DATA QUANTITATIVE FFUUUHH!

Kajian qualitative memang sedikit abstrak terutama kepada yang tiada pengalaman…

Betul jugak…. kalau tak ada pengalaman camner nak buat kajian qualitative ….

Tapi kalau tak buat pulak sampai bila nak ada pengalaman hehe…

Saya nak sentuh asas coding dalam analisis data qualitative. Faham asas ini anda akan dapat gambaran bagaimana analisis data qualitative dijalankan.

Katalah anda ingin fenomena Mat Rempit (MR) spt keberanian, budaya dan mengapa mereka suka menunggang motosikal secara merbahaya. Anda sebenarnya tidak SURE apa yang bakal anda jumpa atau temui.

Katakan anda telah selesai interview seorang MR. Rakaman yang anda buat adalah FIELD NOTES anda kerana ianya masih raw data lagi.  Anda juga ada menyimpan beberapa catatan sebagai MEMO, iaitu catatan idea yang tiba2 timbul semasa anda menemuramah, yang mencatatkan beberapa idea penting yang anda bimbang anda terlupa jika tidak dicatatkan. Andapun menggunakan NVivo untuk membuat transcript verbatim temuramah tersebut.
 
Jam menunjukkan pukul 12 midnite. Setelah lenguh tangan anda menaip, tiba2 anda terbau wangi… meremang bulu roma anda. Tak semena2 bahu anda terasa disentuh lembut…rupanya hubby tersayang datang sambil memicit2 bahu anda…. malam ini adalah malam Jumaat dengan bulan mengambang dan hujan turun renyai2….fuuhh….hubby pakai wangian Hijjaz yang baru agaknya. Hubby nampaknya faham.... sebab diapun sedang layan Liverpool vs MU di TV.


Malam semakin dingin.....hujan semakin lebat.....

Anda pun teruskan kerja. Phew… ada 20 mukasurat transkrip! Anda menganalisis dengan membuat proses coding. Coding adalah proses meringkaskan transkrip anda dengan menandakan atau mewakilkan segment / ayat dalam transcript anda dalam bentuk symbol atau ayat yang lebih ringkas.

Banyak sungguh jenis2 coding dalam kajian qualitative tetapi saya hanya akan bincangkan tiga yang asas sahaja iaitu  open, axial dan selective coding.

Langkah 1: Open coding (OC) - Fragmentation of Data

OC adalah proses fasa awal menganalisis data secara terbuka dan bebas tanpa sebarang fokus dalam usaha mengenalpasti idea, fenomena dll yang boleh diringkas sebagai code yang mewakili kategori yang lebih umum. ANDA KENA BACA AYAT DEMI AYAT DAN BARIS DEMI BARIS. Code2 ini kemudiannya boleh diletakkan dibawah kategori yang sama.

Tanya diri anda maksud setiap line yang anda baca. Semasa melakukan OC, anda ibarat meraba-raba dalam sebuah bilik gelap sambil mengenalpasti objek yang dipegang dan seterusnya memberi code objek-objek tersebut seperti objek keras (lampu, buku, kerusi) atau objek lembut (bantal, tilam dll).

Contoh:

Line 1: “Come on bro, jangan pandang sebelah mata jer mat rempit ni bro, kita orang tak pakai moto besar2… itu moto bawa awek tonggek bolehlah….kita orang pakai kapcai tapi berdesup bro… “

[MR pakai kapcai aje…. CODE - kapcai]


Line 2: “Apa? Kita orang tak curi moto punya. Yang curi tu bukan Mat Rempit. Kita orang cakap lu gua lu gua jer bro…

[MR tak curi… bagusnya…. ini sikap yang baik….Code: Tak curi]
[MR ada slanga…. Code: Slanga]


Line 3: “Mestilah….. wajib berasap bro….. kalau tak berasap hidung baik duduk bawak ketiak mak jer bro…”

[MR berasap = merokok… CODE: Merokok]


Line 4: “Hati mesti kering (berani) bro….baru boleh jadi superman, wheelie pergh! Jangan cabar kitaorang, sure tak makan saman punya..“

[Hati kering.. berani Code: Berani]
[Superman dan wheelie Code: Kemahiran]
[Tak makan saman dan pantang cabar… CODE: Ego]

Langkah 2: Axial coding (AC)  - Categorising data

Dalam AC anda mengumpul code-code dalam kategori tertentu seperti
Kategori  1=  Identiti (Kapcai + Merokok + Slanga)
Kategori 2 = Sikap (Berani + Tak curi)
Kategori 3 = Kemahiran (wheelie + superman)
Kategori 4 = Ego (pantang di cabar + tak makan saman)

Langkah 3: Selective coding (SC) – Linking the category
SC melibatkan proses memilih dan menghubungkan kategori bagi mengenalpasti kategori utama yang memberi makna dan jalan cerita kepada fenomena yang dikaji.

Kategori 2 + 4 : Personaliti [Sikap + Ego]
Kategori 1: Identiti 
Kategori 3: Kemahiran

Perhubungan yang anda temui: Personaliti + Identiti = Kemahiran


Salah satu fenomena yang dapat dijelaskan dengan perkaitan antara kategori dan boleh diringkaskan sebagai Personaliti + Identiti = Kemahiran. Ini bermakna salah satu yang anda temui adalah IDENTITI MR yang sentiasa menunggang kapcai, sama2 merokok dan menggunakan bahasa sendiri menyebabkan mereka sentiasa dalam satu kumpulan. Dengan PERSONALITI MR pantang dicabar dan hati kering menyebabkan mereka berani membuat aksi merbahaya dan akhirnya memiliki KEMAHIRAN menunggang motosikal secara merbahaya. 


Ini adalah data ringkas yang dummy sahaja. Yang penting anda faham bagaimana open, axial dan selective coding memainkan peranan mewujudkan variable dan seterusnya menghasilkan perkaitan yang bermakna antara variable.



Anda pun lega..... dan tiba2 hubby datang dengan senyuman dan memimpin tangan anda sambil berkata.... Cukuplah sayang..... masa utk beradu...... eemmm


Malam tak lagi dingin.... sebab hujan renyai2 telahpun berhenti...

Jadi taklah susah mana nak jalankan analisis data kualitatifkan. Cuma jangan lupa triangulation. Ini akan dibincangkan nanti.....dahlah sample sikit jer.... tak perlu ponek2 nak faham statistiks dan SPSS, AMOS, SEM, ntah per2 lagi....


Inilah mungkin antara sebab pengikut kuantitatif "memperlecehkan" kajian kualitatif kerana kajian kuantitatif "kononnya" lebih objektif sementara kajian kualitatif terlalu subjektif seperti "syok sendiri" mentafsirkan code2 dan akhirnya membuat kesimpulan sendiri. 


Pengikut kualitatif "memperlecehkan" kajian kuantitatif yang dikatakan terlalu numerical sehingga tiada nilai dan "roh" kerana mustahil untuk mengukur sesuatu yang bersifat subjektif dalam psikometrik dengan nombor semata2!


Sebab itu ada yang cadang ambil sahaja mixed method (macam tesis saya) yang ada kuali dan kuanti !!


Selamat Berbuka Puasa....


OT

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...