Hati-hati makan hati.... nanti menjeruk diri sendiri.... Baik makan kuih raya....gerenti tak bahaya...sedap |
Walaupun tidak dizahirkan dengan perkataan, ibu tua yang lebih dahulu makan sodium chloride, dapat memahami gerak menantunya yang gelisah, tidak ceria.... Terdetik dihati mertua "Inilah rumah yang melahirkan dan membesarkan suamimu itu dengan penuh kasih sayang walaupun dalam kepayahan..... janganlah selepas memiliki anakku sebagai suamimu....kau gelisah dengan kepayahan yang sedikit ini..... aku cuma meminta sedikit perhatian diujung usia dari anakku..... dan juga dari menantuku, tak lebih dari itu....."
Dihalaman rumah usang inilah kita pernah bermain teng-teng dan konda-kondi..... kini terbiar sepi..... |
Adakah anda sebagai suami juga bersikap begitu?
Jika isteri anda balik ke kg halaman anda dan membawa kegembiraan, berikanlah kucupan azimat kerana dia adalah isteri sejati yang benar2 menyayangi suaminya dan menyayangi apa sahaja yang disayangi oleh suaminya.
Inilah maksud raya 2.0 iaitu raya interaktif 2 hala, kita gembira dirumah keluarga sendiri dan sepatutnya bergembira juga bila dirumah mertua...hanya isteri yang mementingkan diri sahaja yang inginkan kegembiraan beraya di kg sendiri.... tapi tak sanggup berbuat hal yang sama di kg mertua. Saya tak boleh bayang jika ada isteri yang banyak diam, lesu dan tak bermaya dirumah mertua pada raya 1 dan 2, tetiba sahaja menjadi manusia paling periang mengalahkan Raja Azura mahupun Ogy Ahmad Daud sebaik sahaja menjejakkan kaki dirumah ibubapa sendiri pada raya 3, 4.... Tahun depannya aksi yang sama bertukar bila raya 3,4 pula kerumah mertua, tetiba sahaja isteri yang periang pada raya 1,2 menjadi lemah dan longlai..... sekaligus mematikan kegembiraan suami dan anak-anak.....
Saya percaya, tidak ramai isteri yang bersikap begini....sebab hanya isteri yang jiwanya sakit sahaja yang sanggup melakukan aksi demikian setiap raya.
Dengan ini saya ingin merakamkan rasa terima kasih kepada isteri ku tersayang atas 10 perkara di hari lebaran ini.....dan saya menjangkakan anda juga telah menunjukkan sikap yang sama di rumah mertua....
1. Terima kasih sayang.... kerana bersama menyinsing lengan sehari sebelum syawal membersihkan rumah ibuku sebagaimana rumah sayang sendiri
2. Terima kasih sayang....kerana sering duduk dan bersembang dengan ibuku mendengar kisah lama dan merenung wajahnya yang berkerut seribu
3. Terima kasih sayang.....kerana bersama menyiapkan juadah raya dari pagi hingga ke petang melayan tetamu kecil besar yang datang
4. Terima kasih sayang....kerana sanggup memeluk ibuku dipagi raya sambil memohon maaf serta menghulurkan sampul kepadanya walaupun tidak pernah melakukan kesalahan
5. Terima kasih sayang....kerana memberi "angpau" kepada semua anak2 buahku walaupun sayang tidak perlu berbuat demikian....
6. Terima kasih sayang....kerana sanggup melayan tetamu ibuku dengan wajah ceria tanpa rasa malu dan jemu walaupun kepenatan
7. Terima kasih sayang....kerana mengingatkan aku utk menziarahi pusara aruah isteri ku dan turut bersama berpanas ke pusaranya bersama anak-anak aruah.
8. Terima kasih sayang....kerana mengikuti aku menziarahi saudara mara dan kawan2 ku dengan wajah ceria
9. Terima kasih sayang....kerana kepenatanmu disiang lebaran tidak melunturkan keghairahan kucupan panas bibirmu menjelang malam...
10. Terima kasih sayang....kerana menerima ketidakselesaan kehidupan dirumah ibuku walaupun sayang hidup selesa dirumah ibu bapamu
Inilah rakaman penghargaan suamimu dihari lebaran ini.....kerana sayang menjadikan raya ini raya 2.0, raya interaktif......disana gembira dan disini juga gembira....
Gembira menyambut tetamu yang hadir.... |
Buat bakal2 isteri dan bakal2 suami..... cubalah belajar menyayangi mertuamu sebagaimana anda menyayangi ibubapamu sendiri
OT
No comments:
Post a Comment